Monday, May 29, 2017

True Love Connection

Alhamdulillah, dah Ramadhan ke-3 tahun ni.

Sejak kelmarin, aku ber-Whatsapp dengan nenek tersayang. Tetiba rasa macam homesick gila nak balik kampung. Rindu dekat atuk, rindu dekat nenek.

Maybe bila aku sebut aku ber-whatsapp dengan nenek tu dia macam ‘Wow’ effect sikit sebab nenek aku pandai main Whatsapp. Haha. Tak dapat dinafikan nenek aku memang maju sikit. Membahan pun terer haha. Walaupun nenek aku maju, atuk aku pulak tak suka guna phone. Puas dah anak-anak atuk nenek aku offer nak bagi smartphone dekat atuk, tapi atuk taknak. Dia tak suka.

Disebabkan atuk takde handphone, so kalau nak call atuk, kene la call rumah kampung. Selalunya memang atuk la yang jawab. Hehe. Kalau berborak dengan atuk, tak pernah atuk lupa sebut untuk doakan cucu dia yang sorang ni.


“Atuk, along nak exam ni. Doakan ya”

“In shaa Allah, nanti atuk bangun malam atuk doakan ya”

Disebabkan aku selalu balik sorang ke kampung, jadi selalunya aku pun keluar bertiga la dengan atuk nenek. Dan selalunya atuk akan tinggalkan kitorang tepi mall ke apa ke, lepastu atuk pergi cari parking. And surprisingly, atuk tak pernah gagal menjumpai kami walau di mana kami berada hahaha. Serious, padahal mana ada handphone ke Whatsapp ke nak tanya, tapi tetiba muncul je atuk dari mana-mana arah.

Selalunya aku gelak je, sebab muka atuk selamba je. Nenek yang bising takut atuk tak jumpa atau taktahu nak cari atuk kat mana.

That’s why aku selalu terfikir, macam mana ek orang dulu-dulu berhubung. Dulu manade handphone segala ni. Tapi instinct tu la kuat. Sebab tu la aku kata true love connection. Atas dasar cinta dan kepercayaan, alat komunikasi pun kalah. Hehe.

Nanti orang balik k, atuk nenek tunggu tau. Nak ready list menu dulu😂

Marjanaady
Cucunda yang kuat makan


Thursday, May 25, 2017

Ahlan Ya Ramadhan!

“Yang penting banyakkan amal dan mohon banyak-banyak pada Allah. Jangan pula amal sikit tapi minta macam-macam. Tapi tu lah pemurahnya Allah, dia bagi juga.”

Lebih kurang sehari sebelum memasuki bulan mulia bulan Ramadhan. Semoga kita bertemu ya Ramadhan.

Kata-kata di atas tu, aku tak pernah lupa sejak pertama kali aku dapat. Deep teruk kot. Terima kasih untuk nasihatnya makcik. You’re the best!👍

Ramadhan dah nak muncul, dah bersediakah kita?

Here are some tips that you can practice,






Poster credit: PEMBINA UNIMAS

Boleh juga sediakan jadual amal untuk bulan Ramadhan dan pokok Ramadhan! Yang ni best. Will make one for myself.😎

Dan puasa kali ini juga merupakan puasa terakhir di bumi Sarawak. Sedih kot. Setelah 4 tahun. Maybe lepas ni aku akan ke Sarawak sebagai tourist je. Hmm k.

Kepada semua umat Islam, selamat menyambut bulan Ramadhan! 🙋


Poster credit: Marjanaady

Monday, May 22, 2017

27 Hari Lagi

Tengok kalendar, 

4 hari lagi sebelum Ramadhan
18 hari lagi sebelum final exam
27 hari lagi sebelum balik ke rumahku syurgaku!

Setelah 4 tahun melalui segala suka duka kehidupan di bumi Sarawak ni, I just can’t imagine akhirnya aku balik jugak. In shaa Allah aku akan balik jugak.

‘Back for good’ bukanlah bererti balik dan tak kembali selama-lamanya. Ada jodoh kita pasti bertemu lagi 😌


Menghitung hari-hari terakhir di bumi Kenyalang. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. 💪


Wednesday, May 17, 2017

Selamat datang ke Asasi UNIMAS

Minggu ni keputusan UPU dah keluar. Siapa dapat Asasi UNIMAS?

Rasanya mesti dalam rata-rata yang dapat Asasi UNIMAS tu masih ramai yang taktahu nak pilih ke tak kan? I feel you. Relax. Tarik nafas.

“Dulu masa mohon saya tak fikir apa-apa pun tetiba dapat pulak”
“Haritu macam excited lepastu macam takut pulak nak pergi”
“Jauhlaaaa Sarawak, macam mana ni?”

Kepada adik-adikku sekalian. Sesiapa yang masih buntu boleh usha blog post Asasi Sains UNIMAS dan F.A.Q Asasi UNIMAS

Jika anda masih bersusah hati dan rasa semua benda tak kena, kerjakanlah solat sunat Istikharah. Hanya dengan mengingati Allah hati kan tenang. Doa banyak-banyak. In shaa Allah mesti ada kebaikan dalam setiap kejadian.

Kalau ada yang nak akak jemput/jumpa masa pendaftaran nanti, boleh la emelkan no telefon hehe. Nak tanya pun boleh. Email: marjanaady95@gmail.com

Masih ragu-ragu nak pilih Asasi UNIMAS? You better not. 😏

Sebab Asasi UNIMAS best gilaaa! Kbai

Selamat datang pelajar Asasi batch ke-8! Lets be part of asasian! 💪



Marjanaady
Senior Asasi UNIMAS 4th Batch
Tahun 3, Bioteknologi Sumber 

Monday, May 15, 2017

Final Year Project 2, done!

Alhamdulillah. I can proudly said that I’m done with my Final Year Project 2! Yehuuu! 🙆

Seawal pukul 10.30 pagi aku dah ada dalam bilik presentation tu. Datang awal pun sebab nak tengok flow pembentangan projek member-member. Dapat la jugak idea soalan spot untuk part aku nanti. Tapi jadi orang yang terakhir present serious rasa macam bosan gila. Lama kot nak tunggu sampai pukul 4.30 petang!

Disebabkan salah seorang member aku present pagi, so okay la kita datang kasi support sikit.

“Aku rasa kau nanti mesti kene tanya teruk. Sebab muka kau tu confidence sangat” – Isfa

“Ehh dah tu aku nak buat muka macam mana lagi, stress ah aku dengan kau ni” – Aku

Aku tau dia saje nak kenakan aku. But still mulut dia ni boleh tahan masin dia.

Dan selepas beberapa kali rehat – seriously lama gila nak sampai pukul 4.30 petang tu aku rasa. Masa dah pukul 4 petang tu. Aku dah berdebar macam apa dah. Aku fikir cepatlah selesai cepatlah selesai. Tak mampu dah hahaha

“Last presenter of the day, to present her FYP entitled -------“ – Chairperson

Akhirnyaaaa, what a relief!

Aku pun present laa sampai habis. Alhamdulillah semuanya smooth je. Betullah, practice makes perfect. Itulah pentingnya preparation awal! Hehe

Sampai lah masa Q & A. Disebabkan examiner aku memang dari awal dah aktif tembak semua orang, aku dah prepare dia mesti nak tembak aku gak ni. And yes, sangkaan aku tak meleset lansung! Plus, im the worst person yang kene tembak bertalu-talu! Hahaha. Aku taktahu berapa kali cubaan aku nak off slides and blah, tapi the examiner keep asking the next questions sampai laa last tu aku dah blur sebab soalan dia belit tahap super saiya. Hahaha

Sebenarnya aku tahu jawapan dia. Sebab sebelum ke depan tu PG (postgrad student) lab aku dah pesan examiner akan tanya kefahaman je. Make sure faham bebetul soalan dia. Tapi disebabkan dah 2 kali dia pergi rephrase soalan tu sampai aku dah hilang keyakinan nak jawab hahaha. Paling win tu otak aku interpret jawapan tu dalam gambar. So aku taktahu nak describe cemana. Dengan cuak nya lagi. Memang kosong ah otak aku masatu.

Dan akhirnya the examiner melepaskan aku ke tempat duduk asal. Phewwwww. Know what? Tu sesi Q & A paling lama untuk sesi harini! 😳

Perasaan masa tu macam lega, tapi macam sakit hati gak tak dapat jawab haha

Aku terus menuju laju ke meja di mana labmates berkumpul,

“Apa sebenarnya Dr tu nak tadi? Saya tak faham” – Aku

“Dia nak uji kamu je tadi. Dia bagitahu kalau bla bla bla bla apa jadi? Tahu tak apa jawapan dia? – PG student

“Sebab dia akan jadi macam bla bla bla kan? – Aku

“Haaa betul la tu. Kenapa tak cakap tadi? – PG student

“Sebab saya taktahu nak cakap cemana” – Aku


Huwaaaa bapak sedih. My beloved supervisor pun lalu, dan menyapa kami semua,

“Alhamdulillah Im proud of all your presentation today. Semua nampak confidence. Bukan senang nak berdiri dekat depan tu dan bentang hasil FYP kamu semua. Haqi okay. Marjana steady je dari awal. Ad okay. Nazey pun okay cuma kene serious sikit” – Ms SV

“Marjana, awak okay tadi jawab soalan tu. Cuma mungkin sebab awak boleh jawab semua sebab tu yang last tu Dr pusing baik punya sampai awak tak dapat jawab. Sebenarnya dia tanya basic je tu” – Ms SV

“Saya tahuuu, huhuhuhuhuhuhuhu” – Aku

“Takpelah, overall semua okay. Saya puas hati dengan semua presentation harini. Tahniah semua” – Ms SV

Dan kami pun bersurai.

So moral dia, muka takyah konfiden sangat. Haha!

Masa dekat luar bilik presentation, sempat miss tegur aku,

“Petang ni semua orang pun dah lesu dah. Pagi tadi saya nampak Marjana berseri betul” – Ms SV

Hahahaha aku tau maksud dia sebab aku pun rasa cam selekeh gila petang tadi. Maklumlah dah pukul 4.30 petang. Daripada pagi kot bertapa 😂

So yeah, im gonna miss this seriously. Will read this again in the future for sure. Terima kasih jugak yang datang support, labmates yang super supportive, semoga kita sama-sama berjaya dengan cemerlang! 💪


All the best for the rest of the team, esok! Ganbatte! 💪💪


Thursday, May 11, 2017

TheSIS

Baru-baru ni ada troll pasal TheSIS yang tebal, kalau TheBro dia maybe satu muka surat je. Aku rasa hambar gila kot haha kbai

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas *hiperbola akhirnya thesis aku berjaya disiapkan. Sesungguhnya thesis ini tidak akan berjaya dilengkapkan tanpa insan-insan yang sangat baik hati tolong check content, review thesis, tolong check grammar, tolong buat numbering paging, teman bonceng naik motor pergi print thesis, dan tak lupa juga yang bagi moral support. Semua bentuk bantuan adalah sangat dihargai.

Dengan sampainya thesis ini ke tangan programme coordinator dan supervisor makan berakhirlah ‘penderitaan’ aku *hiperbola kuasa dua. Jadi, sekarang fokus perlu kepada final presentation.

Aku sangat mengharap yang semua orang dah balik masa aku present nanti. Acah-acah kejutan sebab nak tengok aku present adalah tidak dibenarkan. Oh please, jangan ulang macam masa proposal, cuak teruk aku. Amaran keras ni haha.

Mohon doa dari jauh je okay. Semoga dipermudahkan segala urusan. Sikit je lagi ha. Yosh!

p/s: tak sempat nak snap gambar thesis, excited sangat nak hantar 😂


Tuesday, May 9, 2017

Travelog : Sarawak River Cruise

Ini merupakan kali kedua aku menaiki Sarawak River Cruise sepanjang berada di Sarawak. Tapi yang ni lagi best dari pertama kali aku naik sebab masa tu hujan lebat, jadi aku tak berapa enjoy sceneries since semua orang pun sibuk nak selamatkan diri daripada basah.

Bagi aku takde apa yang berubah. Sarawak tetap cantik di mata dan di hati, gituh. Aku tak tahu ni kali ke berapa aku jatuh hati dengan Sarawak. Tenang dan sangat mendamaikan bila berada atas cruise tu. Walaupun langit agak mendung, tapi okay laa sebab tak hujan lebat. Aku bersyukur sangat, kalau tak memang kene repeat la lagi sekali haha

And talking about future on the cruise is the best after all.

So nah akak lanje gambar-gambar sekitar pemandangan cruise,

 
My favorite pic! Dan dan je basikal tu nak lalu 😂

Bangunan DUN Sarawak -- gambar dari jeti

Sebab berangan kan percuma 😌


View atas cruise

Tak-tahu-projek-apa

Pemandangan sepanjang sungai Sarawak 

Bangunan DUN Sarawak --- gambar dari atas cruise

View atas cruise, lagi 

Hidup ni tak selalunya mendung, sebab akhirnya Allah datangkan pelangi 

View dari atas cruise, lagi

Santapan yang disediakan. Look at that makcik, lapar all the time 😝


Credit: 💖 Iphone 7 ( no filter )


Friday, May 5, 2017

Si Comel Ethan

Cerita dua hari lepas, aku terpaksa balik ke Kuala Lumpur selepas mendapat perkhabaran wan yang sakit tenat. Dan kepulangan secara mengejut itu menemukan aku dengan Ethan.

Ethan, mengingatkan aku pada Tom Cruise dalam filem Mission Impossibble 😁

Oh budak kecik comel ni aku jumpa masa dalam flight Air Asia dari Kuching ke Kuala Lumpur. Aku rasa memang style Air Asia kalau book flight lambat dapat duduk dekat Hot Seat. Nice laa. Hot seat kan.

So yeah hot seat telah menemukan aku dengan Ethan yang comel. Ethan bersama neneknya dari Bau travel ke Kuala Lumpur untuk berjumpa ibu Ethan di Melaka.

Since nenek ni pun macam ramah juga, so kami pun berborak sambil memecah kesunyian di ruang udara hewhew

“Ni cucu nenek ke?”

“Ya. Saya jaga dia dari lahir, dah 3 bulan dah”


“Oh ya ka. Comel betul. Ni nenek mau pergi mana?”


“Mau jumpa ibu dia. Saya suruh ibu dia berhenti kerja jaga anak-anak. Kami ni dah tua tak larat nak jaga anak kecil. Ni nak jumpa mak dia nak bawak dia balik sini dengan semua barang”


“Dia tidak menyusu badan?”


“Tidak. Sebulan jak. Lepas tu terus minum susu botol jak sebab mak dia dah balik kerja”


“Oh ya ka, lepas ni mak dia pindah balik Sarawak?”


“Ya, semua pindah balik sini”

And the conversation went well sampai la kami selamat mendarat di KLIA2. Mujurlah aku jumpa nenek ni. Banyak betul barang dia. Dapat la aku tolong bawakan.

Thinking of this, besar pengorbanan nenek budak ni. Besar juga pengorbanan ibu dia. Siapalah kita nak menilai kan?

Looking at this cute liltle boy, my heart melts. Haih. Dia buat aku rasa tak nak kerja lepas kawen. Am I too far? 😅

Hope to see you again, Ethan!

Much love,
Marjanaady




*post ini ditulis pada hari pulang ke Kuala Lumpur (2 Mei 2017)

P/S: Arwah wan telah kembali ke Rahmatullah pada 3 Mei 2017, jam 6.03 petang. Sedekahkah al-fatihah buat wan. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh.

Monday, May 1, 2017

Coretan Hati

Sang murobbiyah berkata,

“Kalau kita tidak menyibukkan diri dengan perkara kebaikan nescaya Allah akan sibukkan diri kita dengan perkara yang sia-sia”

Hidup sebagai pelajar yang penuh dengan assignments, labworks, tentu memenatkan bila turut bergiat aktif dalam aktiviti persatuan. Tak dinafikan memang sangat penat. Serious. Tapi bila fikir balik, sekurang-kurangnya masa yang penuh terisi tampak berkat. Sekurang-kurangnya masa diisi dengan kebaikan dan perkara yang memanfaatkan orang lain.

Aku pun pernah rasa marah dan tertekan. Walaupun marah tu tak tahu nak ditujukan kepada siapa. Tapi biasalah, aku juga manusia. Penuh cela dan takkan pernah sempurna.

Dan selepas segala kepayahan berkurang sikit demi sedikit. Masa aku makin banyak. Sekarang makin lapang.

Percaya atau tidak? Aku bosan. Aku rindukan masa aku yang sibuk, yang terisi dengan program yang memenatkan badan. Sekurang-kurangnya jiwa aku turut terisi. Bila dah lapang ni, aku rasa kosong. Jiwa aku kering.

Betapa beruntungnya hidup dalam jalan yang penuh dengan perkara kebaikan. Aku yang ada masa luang sikit pun dah rasa serba salah. Rasa nak cepat-cepat beli buku baru, baca website-website ilmiah sebab nak tambah ilmu. Sebab aku takut, masa aku terbuang macam tu je tanpa bermanfaat kepada orang lain.

Betapa beruntungnya hidup orang yang sentiasa berfikir masalah ummat, masalah rakan-rakan sekeliling dalam membantu mereka mendekati Allah.

Kadang-kadang aku terfikir, kalaulah dulu aku tak jumpa ‘mereka’, mungkin aku dah lama hanyut. Syukur pada Tuhan. Alhamdulillah. Terima kasih untuk nikmat yang tak terhingga ini. *nangis

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar daripada Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar” – At Taubah: 111

About Me

My photo
23 yo girl with extraordinary hungriness. Love travel and design. Japan is a must-go-country on the list!