Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Random III

30 Oktober 2015 | JUMAAT
The best moment bila dapat bergayut dengan mak.
“Mak, orang rasa orang dah tak sanggup la nak sambung Master. Tak jadi la mak.” Hahahahaha sakan kami gelak.
Lepastu sambung cerita resepi la, emas la, shopping la. The best moment of a daughter with her mother. Ilapchuu.

Akhirnya, Aku rasa lega betui. Mak jugak yang faham. Nasib la mak tak sebut cite kawen ke apa ke. Kbai.

*marilah kita belajar untuk midsem semula hohoho J
#PrayforMidsem #PrayforJana

3 Bahasa

27 Oktober 2015 | SELASA
Semester ni aku full credit hours. 22 maximum credits.
Agak dasyat bagi aku sebenarnya. Dengan komitmen kiri kanan atas bawah. Assignment yang menikam jiwa. Belajar lagi. Ya Allah, give me strength.
But, the best thing about this sem is I learn about 3 languages.
Bahasa Melayu English for Self Expression Japanese Language Level 2
Dia jadi 3 bila aku amek Japanese sebagai subjek eleftif aku. Boleh bayang tak, BM dan English aku pada hari yang sama. Pagi aku berusaha cakap Bahasa Melayu tanpa rojak. And in the evening I have to speak in English to express myself. It just wow! Hahaha. Dan pada hari jumaat pula, aku kene belajar cakap Jepun. Hoho. *aku tak reti lagi nak buat full sentences dalam Japanese hoho
Bila kau dalam kelas Bahasa Melayu,
Kau akan nampak pensyarah sebijik macam cikgu sekolah. Comel sangat. Aku rasa muda balik. Haahaha.
Suasana akan berubah seperti,
“Baiklah. Harini kita akan teruskan dengan tajuk Laras Ilmiah. Seperti yang kita tahu minggu …

Random II

22 Oktober 2015 | KHAMIS

Kadang-kadang aku selalu keliru apa yang lebih penting Aku mengeluh sebab penat Aku mengeluh sebab macam semua benda aku kene buat Lepastu aku pandang sebelah Dia lagi hebat dari aku Dia tak mengeluh pun Dia buat tanpa banyak soal K Aku malu Aku tahu aku salah K Aku buat Aku buat sebab aku tahu aku kene buat Semoga aku kau dan dia dan semua tabah Semoga kita kuat Sentiasa




Berkatnya Masa

19 Oktober 2015 | ISNIN
Tergerak hati nak tulis pasal ni.
Mak usrah aku kata
“Bila kita ni sibuk, masa kita berkat”
Sibuk tu sibuk buat apa?
Sibuk la. Mana nak pergi kelas, buat assignment, nak pergi program tarbiyah, usrah, kerja-kerja dalam persatuan lagi, study lagi. Pheww semput.
Kenapa berkat?
Bila kita sibuk dengan semua perkara berfaedah. Takde la kerja nya tidur je. Bangun tido online, main game, makan, marathon movie, tido balik. Ish ish ish. Hambar nya hidup.
Nampak tak bezanya?
Sebab tu lah kita dituntut untuk mengisi masa lapang sebaiknya. Pernah tak dengar? Nikmat yang selalu melalaikan manusia ialah nikmat sihat dan masa lapang. Kalau kita ni tak kuat, kalau ada masa lapang mula la nak buat benda-benda tak berfaedah.
Allah sendiri bersumpah demi masa dalam Surah Al-Asr. Sesungguhnya manusia semua dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh.
Mungkin boleh cari lagu nasyid Demi masa by Raihan. Hayati liriknya.
Aku pernah terbaca suatu artikel ni…

Malam di UNIMAS

13 Oktober 2015 | SELASA
I rarely wear spectacles but tonight I have something to watch then I had to do so. Melalui jambatan cinta UNIMAS gemilang, dengan cahaya gemerlapan, tiada silau, hanya lampu-lampu jalan yang menerangi kawasan tasik. Subhanallah cantik sangat!
Dah dua tahun dekat sini, aku rasa tu lah first time aku pakai spec waktu malam. And I moved by the sceneries. Cantik tak terkata. Subhanallah. Syukurlah aku masih mampu melihat walaupun dengan bantuan alat ciptaan manusia.
Bercerita tentang PRK UNIMAS, aku malas nak ulas panjang.
Aku cuma doakan UNIMAS akan sentiasa menjadi kampus yang harmoni. You know, like always. Aku pilih UNIMAS pilihan pertama UPU kot. So please, be kind with us.
Last shout, UNIMAS gemilang!
Saya sayang UNIMAS J

Journey to Kg Empila

11 Oktober 2015 | Sabtu
Akan datang, Biro Bakti PEMBINA UNIMAS akan adakan program PEMBINA Sekampung 2.0 Jadi, semalam kami bertiga (aku, Sabrena, Afiqah) pergilah mencari kampung. Huhuhu Dari awal lagi aku dah aim nak Kg Empila since Pabel kata kampung tu lengkap dengan segala fasiliti dan pernah dikunjungi pihak KRIM. So yeah kami pun ke sana. Jauh juga perjalanan. Seronok sikit kalau jauh-jauh ni.
Sampai sahaja di Kg Empila, kami mencari rumah Ketua Kampung. Part ni masalah sikit sebab aku segan nak berhenti randomly rumah orang dan tanya. Kami berhenti kat 3 buah rumah. Berpusing-pusing nak cari rumah Ketua Kampung punya pasal. Maklumat semua tak tepat pulak tu. Haha. Dugaan betul.
Yang sorang ni kata depan rumah ada kancil, padahal ada wira.
Yang sorang ni kata rumah warna putih, padahal kuning. Haha.
Akhirnya kami jumpa juga. Alhamdulillah. 
Kami bertiga je yang datang so its kind of awkward. To be frank, aku terasa communication skills aku tahap dewa punya teruk saat tu. Ba…