Thursday, June 15, 2017

Si Kaunter Pertanyaan

Bila cakap pasal kaunter pertanyaan je, mesti aku teringat Isfa - member asasi/biotech/sakura/assignment aku. Tahu kenapa? Sebab dia suka cakap aku ni kaunter pertanyaan bergerak. And I can’t even deny it! Haha

From 1 to 10, how do you rate your approachability?

Aku, 9/10. Yakin gila 😆

Sebenarnya aku tak perasan pun benda ni sampai lah suatu hari tu Isfa cakap,

‘Kau ni memang kaunter pertanyaan bergerak la, serious. Semua orang nak tanya kau. Sebab muka kau approachable sangat!’

I was like, huh?? Apa yang kau merepek ni.

Disebabkan aku memang selalu cerita apa-apa dekat si Isfa ni. So I can relate la. Bayangkan kadang-kadang tu member kelas yang tak rapat boleh tetiba Whatsapp aku tanya pasal assignments. Ada yang tetiba tanya pasal Uber la apa la, anything. Yes, anything. And it is out of nowhere. Tetiba weh! Aku balas jela dengan baik kan. Bukan nya salah pun. Cuma yela, kenapa aku? Haha 😅😅

Bila aku throwback zaman sekolah. Ada sekali tu, masa tengah tunggu bas. Ada amoi China ni sesat nak cari mall tapi English dia tak clear sangat. Dalam ramai-ramai dekat bus stop tu, dia terus menuju ke aku. Aku yang terbelit-belit speaking masatu belasah jela. Aku ingat amoi Malaysian, rupanya pelancong. Haha. Pengalaman betul.

Even kalau dekat fakulti pun, aku tak pasti la dari first year sampai third year ni berapa orang dah yang aku tak kenal tegur aku nak tanya tempat. Padahal ramai weh orang dekat situ. Adeh.  

Ada satu minggu tu, hari-hari ada orang tanya aku. Macam-macam la. So aku cerita dekat Isfa, sebab aku mesti nak tersengih bila ada orang ‘approach’ aku. Memang teruk la kitorang gelak sama-sama.

Esoknya, aku berjalan ke fakulti dari kolej. Dalam hati aku;

‘Okay, harini takde orang tanya aku’

Tak lama lepas tu ada lori lalu. Aku buat tak tahu jela. Sekali lori tu undur weh! Dia berhenti bebetul dekat dengan aku. Dia tanya arah! Hahahaha aku yang rasa nak tergolek kat situ hahaha, terus aku mesej Isfa sebab I just can’t hold the feeling. Adeh. Seharian aku tersengih sampai telinga sebab teringat kejadian tu.

I will miss everything, seriously.

And thanks for those who asking. Sebab bila orang suka tanya aku macam-macam, aku pun kena tahu banyak benda jugak. Kalau aku taktau pun aku akan cari jugak jawapan sampai dapat. It just an unsettle feeling bila kau tak dapat jawab soalan tu. Huhu. Such a complicated feeling.

Bila dah terbiasa sangat, aku pun dah lali. And yeah, im so glad that I can help so many people.

Tanyalah saya, nanti saya jawab😎


Wednesday, June 7, 2017

Air Asia Free Seat 2018

Hanya berbaki 11 hari sebelum meninggalkan bumi Sarawak terchenta

Al-kisah beberapa hari ni semua orang sibuk nak tengok tiket free seat Air Asia untuk travel tahun 2018. Disebabkan aku yang selalu jadi mastermind benda-benda macam ni, bila dah ada promo cemni memang tak boleh lari la 😅

“Jana, Lombok jom”
“Jana, kita pergi Pulau Perhentian nak?”
“Weh, aku tak boleh tahan la tengok tiket pergi Indon!”
“Aku tengok Krabi RM46 je weh. Joooom!”
“Okay la kalau tak nak pun luar negara, Penang la jom”

Gigih betul masing-masing nak berjalan. Sebenarnya dalam hati tu nak settle down, nak saving. Tapi cobaan donia ni kuat betul ek hahaha. Ingat tadi dah tewas dah nak book tiket pergi Penang, RM15 sehala. Sekali bila check, tiket dah mahal. Sehala dah jadi RM39 yang paling murah. So yeah, not this time girls. 

Aku ada lagi 3 trip sebelum bebetul settle down. Singapura – Kota Bharu – Koh Samui. Ni semua hasil belian Air Asia free seat tahun lepas. Will update the travelogue later. Total semua tiket tak sampai pun RM200. Serious, bila kau dah start backpacking, you will be addicted to it.

Since abah akan celebrate birthday mak di Pulau Perhentian next year *dan tinggalkan aku dekat rumah, jadi aku rasa better aku fikir siap-siap tahun depan aku nak hadiah apa *tak puas hati hahahaha

And for those yang masih belum sempat grab memana tiket, you better quick. Last booking 11 June tau. Aku sempat usha Lombok, Ho Chi Minh, Bandung, memang murah! Good luck! Simply log on into Air Asia

I miss the skies. Tenang weh, hilang segala masalah 😌

Thursday, June 1, 2017

TheSIS (Part II)

Final draft thesis aku telah selamat dikembalikan. Dan bermulalah semula episode kedukaan aku *susah weh tulis thesis. Betapa noob nya rasa diri ini, aku ingat dah final draft haritu sikit jela nak kene betulkan. Salah sikit-sikit kat mana-mana. Tapi ternyata meleset sekali. Banyak la pulok benda nak kene tambah 😅


Jadinya, melihat kepada thesis yang perlu banyak pembetulan. Aku pun macam nak-tak-nak je betulkan. Hahaha. Wahaiii mood nak tulis thesis, kemari kau, menjelmalah! 😆

Sebenarnya bila dah akhir-akhir ni, mood semua dah kelaut. Dah balik dulu naik flight agaknya. Tinggal lah jasad je menghadap paper exam dah tak lama lagi ni ha. Tu pun setiap kali baca nota, mengantuk. Parah parah.

Dalam kita sibuk mengejar duniawi (exam, fyp, thesis etc) ni, jangan dilupakan untuk lipat gandakan amalan di bulan Ramadhan yang mulia ni. In shaa Allah, berkat bulan yang mulia ni, mohon doa banyak-banyak dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Terawih tu kalau boleh jangan tinggal. Susun masa study tu molek-molek. Kalau rasa down sangat tu boleh tadabbur Surah Muhammad: 7.

Kepada semua rakyat UNIMAS, all the best di ucapkan! Final year tu, ayuh kita sudahkan semua ini! 💪💪

About Me

My photo
23 yo girl with extraordinary hungriness. Love travel and design. Japan is a must-go-country on the list!