Skip to main content

TheSIS (Part II)

Final draft thesis aku telah selamat dikembalikan. Dan bermulalah semula episode kedukaan aku *susah weh tulis thesis. Betapa noob nya rasa diri ini, aku ingat dah final draft haritu sikit jela nak kene betulkan. Salah sikit-sikit kat mana-mana. Tapi ternyata meleset sekali. Banyak la pulok benda nak kene tambah 😅


Jadinya, melihat kepada thesis yang perlu banyak pembetulan. Aku pun macam nak-tak-nak je betulkan. Hahaha. Wahaiii mood nak tulis thesis, kemari kau, menjelmalah! 😆

Sebenarnya bila dah akhir-akhir ni, mood semua dah kelaut. Dah balik dulu naik flight agaknya. Tinggal lah jasad je menghadap paper exam dah tak lama lagi ni ha. Tu pun setiap kali baca nota, mengantuk. Parah parah.

Dalam kita sibuk mengejar duniawi (exam, fyp, thesis etc) ni, jangan dilupakan untuk lipat gandakan amalan di bulan Ramadhan yang mulia ni. In shaa Allah, berkat bulan yang mulia ni, mohon doa banyak-banyak dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Terawih tu kalau boleh jangan tinggal. Susun masa study tu molek-molek. Kalau rasa down sangat tu boleh tadabbur Surah Muhammad: 7.

Kepada semua rakyat UNIMAS, all the best di ucapkan! Final year tu, ayuh kita sudahkan semua ini! 💪💪

Comments