Thursday, December 31, 2015

Saturday, December 26, 2015

Real Hobby


26 Disember 2015 | SABTU

Cerita pasal hobi

Let’s say ada orang tanya,

“Kau suka buat apa eh?”

Sebenarnya aku nak je jawab. Aku suka baca blog sendiri hahahahahahahaahaha

Tapi end up aku akan jawab, I will answer it typically,

“Aku suka pergi travel”

Aku tak tipu gak la aku memang suka travel.

Sebabnya kalau aku jawab aku suka baca blog sendiri mesti diorang akan tanya alamat blog aku. So aku memang takde niat la nak bagi. Haha.

Mr AJ once asked me,

“Kenapa buat blog kalau taknak orang baca?”

Sukati I la hahahahaahhahahaa. Tak lah, sebab saya segan. Tu je. Serious.

Dia macam kalau kau nak baca pun diam-diam je. Jangan bagitahu aku. Aku tak suka.
*masalah diri yang takde penyelesaian


Kbai. Sekian. 

Friday, December 25, 2015

Gadget and Me

25 December 2015 | JUMAAT

Bangun di pagi Jumaat nan indah. Tangan aku gatal nak bukak website Apple.

Impian aku nak membeli Macbook masih tak terkubur. Lama dah ni. Hehe.

To be honest, aku ni techno freak. Aku suka gadget. Lagi-lagi yang comel comel alahaii. Haha

I had an Instax Camera dolu-dolu. Sebab aku rasa Instax Camera sangat cute dan vintage dan versalite. I chose Instax Mini 8 sebab dia macam up sikit dari 7s dan paling murah daripada yang lain.

And I had 2 colours back then. Memula aku beli kuning. Lepas pakai sekali. Aku rasa kuning tak cantik. Aku jual. Then yeah, memang berebut orang nak benda tu. Aku jual murah, second hand kan. Walaupun baru sekali-dua pakai.


I bought another one. Pink colour. Okay masa ni aku dah puas hati sebab aku memang suka pink. Aku beli segala aksesori yang ada. Aku beli pattern stickers, aku beli album pink yang macam-macam corak. *sumpah cute. Aku beli casing pink. Aku beli transparent casing. Aku beli extra lens. Aku beli frame untuk instax film tu. Lagi, aku beli battery casing. Senang cerita. Complete A to Z.


Sampai lah aku masuk degree and I feel sooo busy sampai aku tak pakai pun instax aku. 

Memandangkan camera tu agak berat dan makan space. Aku jual Instax Camera aku. Yeah, tak susah nak jual sebab memang ramai nak beli. And again, second hand kan. So aku jual murah. Jadilah asal dapat duit sikit.

Then, minat aku tak terhenti sampai disitu. Aku bergerak lebih maju. Aku beli Instax Share-Printer. 




Ni lebih canggih sebab kau tak perlu ambil gambar pun. Cuma perlu connect phone with the printer thru Bluetooth pastu boleh print gambar instax. Style gila. Dan cepat dan cantik! Yeah aku melabur banyak jugak duit beli benda alah ni. Serious. Tapi puas la. Banyak jugak la aku print gambar kan hahaha. And aku sempat la buat online bisnes buat instax printing. Masa tu instax printing sangat femes kat Instagram. I donno now macam mana.

And yeah, after a while, aku rasa macam bosan. Oh ya, masa tu kerajaan announce GST. Aku usha harga film macam naik sekali ganda which is sangat mahaaaal. Nak bisnes pun macam dah tak berbaloi. Well, aku berfikir benda yang sama. Let it go. Masa tu aku dah beli casing segala dah. 

Macam biasa. Aku kalau beli benda memang aku jaga tiptop punya. Hehe. Dan sekali lagi, lepas aku iklankan, kejap je dah ada orang nak beli. Barang second hand kan. Jadi murah. Untung beli dekat aku sebab satu calar pun takde. Sumpah. Macam baru. Bau kedai lagi hahaha.

Maybe kalau aku rajin aku review satu satu hokay? Kalau rajin. Take note. Hahaha

Terbaru, aku dah termasuk dalam kelompok Iphone user, k im Apple user now. Trust me, you’ll love it once you use it. Once Apple user, forever Apple user.

Dan mungkin kah azam 2016 aku untuk memiliki Macbook Air? Ahhhhhhhhh dream on. Hopefully. *muka baby face with mata jeli

Wednesday, December 23, 2015

Hadek


22 Disember 2015 | SELASA

Mungkin atas sebab aku membesar dalam persekitaran asrama, aku rasa senioriti tu bagus.

Senioriti? Yes.

Kepada yang pernah duduk asrama mereka akan tahu dan faham perasaan aku. Being a senior in your school life times are superb and awesome. Hahahaha. Dengan kata lain being a senior means that semua orang kene dengar cakap kau, kau lah yang paling betul, harus dihormati in any way dan etc etc.

Tarbiyah makes me feel the other way round.

Semakin hari aku bersama tarbiyah, semakin perasaan senioriti tu terhapus dengan jayanya.

Masa aku memula tengok akak senior tu dengan budak tu dulu satu sekolah dia, diorang bila duduk dalam satu bulatan dan berbual seolah-olah diorang tak pernah satu sekolah pun. Rapat sangat. I can feel that seriously. Faham tak? Macam takde gap. Semua orang anggap kita sama je. Takde istilah senioriti lagi. No more.

Dan sesungguhnya dalam banyak sangat perkara, aku akui hadek-hadek lebih baik. Terer kot. Kita pun boleh belajar macam-macam dari mereka.

Dan kita selalu underestimate keupayaan orang bawah kita sampai satu tahap kita takut nak lepaskan tanggungjawab pada mereka. Dengan anggapan mereka tak boleh buat semua ni. Padahal, bila dah dapat jawatan tu contohnya, diorang survive je. Lebih baik pulak tu.

Maybe being a senior ni kadang-kadang kita rasa kita je bagus. Kita tak perasan kita menyekat peluang orang lain.

So kepada senior-senior atau super-super senior sekalian. Hadek-hadek junior kita tu hebat je. Percayalah. Satu hari nanti mereka akan jadi senior jugak hiks.

Eh kan ada Super Junior!  *K lawak kpop hambar kbai

Friday, December 18, 2015

Ostajah



18 Disember 2015 | JUMAAT



“Kau ni macam ustazah la.”

Teringat masa sekolah dulu-dulu orang kata aku macam ustazah. Biasalah bersekolah kat sekolah biasa kalau macam baik sikit je daaah macam ustazah hahahaa. Tapi masa tu aku kata,

“Okay apa kalau jadi ustazah pun”

I think on that time, I really mean it.

*******************

Harini aku dijemput sebagai panel, sebagai Ustazah Jana dalam satu talk show yang dianjurkan oleh pelajar final year Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif. Alhamdulillah. Walaupun hanya ‘berlakon’ tapi dapat la feel jadi ustazah kejap. Susah kot. Memacam soalan dia tembak kite hahaha

Mungkin menjadi ustazah tu bukan senang. Perlunya ilmu penuh di dada. Perlunya kekuatan untuk membidas segala yang silap. Perlunya keberanian untuk menegakkan yang betul.
Disebabkan tajuk forum yang dibincangkan tu Hipster, so terasa dekat sangat. Terasa macam hipster sekejap hahaha

Tak tak,

Point dia sebenarnya tak kesah la jadi ustazah ke tak. Tapi tanggungjawab menyampaikan tu ada pada semua orang. Semoga kita terus tsabat In shaa Allah.


Kbai


Wednesday, December 16, 2015

Manusia





Realitinya, memang kebanyakan manusia macam tu. Mungkin aku pun pernah tergolong dalam jenis manusia yang ini dalam sedar atau tak.

Kita cenderung untuk mencari salah orang, menyalahkan orang, menampakkan salah orang. Tu lah kita. Kita tak perasan, satu jari yang menuding ke arah orang lain, empat lagi jari ke arah kita.

Kadang-kadang aku jadi menyampah dengan reality.

Manusia seolah-olah malaikat yang tak boleh buat salah. Kesilapan yang satu boleh menyebabkan cercaan seumur hidup, what the?


Semoga kita, kita yang masih hidup dibumi Malaysia bertuah yang masih aman ni sedar. Sedar hakikat yang semua orang patut diberi peluang kedua dan dibimbing.

Dan aku percaya, kita sentiasa dalam proses belajar.

Belajar menjadi matang,

Belajar menjadi lebih baik,

Belajar menjadi yang terbaik untuk diri sendiri.



Sekian. 

Tuesday, December 1, 2015

Hello December


Tahu tak harini dah Disember? Gilaa cepat kot. Dah hujung tahun pheww.

Kata housemate aku semalam,

“Akak, esok dah 1 Disember, akak bila nak start study?”

Soalan ni sumpah tembus jantung hahaha

Aku sengih jelah sambil makan megi tengah malam sebab lapar sangat baru habes meeting masatu.


Dalam hati aku,


“Akak pun taktahu la bila nak start, In shaa Allah secepat mungkin”.


Dalam dunia ni ada 2 jenis orang

Dua orang ni akan memberi respon berbeza bila diberi tugasan,

Ali

“Okay nanti saya buat.”

Abu

“Okay saya buat sekarang.”


Analogi dia mudah kan?

Kalau kita pilih untuk jadi Abu, Inshaa Allah boleh berjaya sebab kita jenis manusia yang tak suka bertangguh. Kalau jadi Ali, suka bertangguh, lepastu lupa pulak, lepastu kerja tak siap, lagi teruk menyusahkan orang pulak, nah setepek haha, kan dah masalah.

Sebenarnya, saje nak bebel. Peringatan untuk diri sendiri jugak.

Jaaa semoga bermanfaat!


About Me

My photo
23 yo girl with extraordinary hungriness. Love travel and design. Japan is a must-go-country on the list!