Skip to main content

Manusia





Realitinya, memang kebanyakan manusia macam tu. Mungkin aku pun pernah tergolong dalam jenis manusia yang ini dalam sedar atau tak.

Kita cenderung untuk mencari salah orang, menyalahkan orang, menampakkan salah orang. Tu lah kita. Kita tak perasan, satu jari yang menuding ke arah orang lain, empat lagi jari ke arah kita.

Kadang-kadang aku jadi menyampah dengan reality.

Manusia seolah-olah malaikat yang tak boleh buat salah. Kesilapan yang satu boleh menyebabkan cercaan seumur hidup, what the?


Semoga kita, kita yang masih hidup dibumi Malaysia bertuah yang masih aman ni sedar. Sedar hakikat yang semua orang patut diberi peluang kedua dan dibimbing.

Dan aku percaya, kita sentiasa dalam proses belajar.

Belajar menjadi matang,

Belajar menjadi lebih baik,

Belajar menjadi yang terbaik untuk diri sendiri.



Sekian.