Friday, October 21, 2016

The Second Quadrant



21 Oktober 2016 | JUMAAT

Remember my older post pasal macam mana nak uruskan masa tu? Okay fine, taktahu. Boleh klik sini. 

Sebenarnya haritu ada pergi bengkel. Dalam tu ada slot The Second Quadrant. Masa memula tu jurulatih bengkel tanya, siapa yang tak pernah dengar pasal ni. And hampir semua peserta angkat tangan termasuklah aku. Cerita dia, memang tak pernah dengar so sis jujur haha

Bila jurulatih mula melukis dekat papan putih. Tahulah aku, yang benda ni rupanya dah lama aku buat. Dah 2 sem. Tapi taktahu pun nama dia apa. Sebenarnya teknik ni lebih kepada wise management. Orang nak hebat dalam management sepatutnya tahu la teknik ni.

Jadi, apa yang aku belajar dalam bengkel tu?

Sebenarnya tak semua orang mampu nak buat The Quadrant ni. Sebabnya semua orang pun berbeza cara pengurusan hidup. For me, yang memang guna teknik ni, aku rasa sangat bagus la. Rupanya selama ni apa yang aku buat tak berapa tepat. Tu laa jadinya bila kita tak berguru. *Kuang kuang kuang*

Al-kisahnya, benda petak-petak ni aku dapat masa aku melawat bilik kawan di kolej kediaman yang sama dengan aku. Bila tengok dia susun setiap perkara yang dia nak buat tu secara tersusun, aku rasa ni satu benda yang patut ditiru. Contoh yang baik dalam pengurusan masa. Jadi, balik je ke bilik aku. Aku terus buat yang sama macam apa yang aku nampak.

Dan sebenarnya, bila aku pergi bengkel ni, tahulah aku yang setiap kotak tu ada ciri-ciri tersendiri. Dia bukan ikut suka je nak letak dalam kotak mana. Sebenarnya ada panduan untuk mengkelaskan kita buat kerja.

Jadi meh I clarify-kan.

1st Quadrant (Important + Urgent) – crisis and emergencies
2nd Quadrant (Important + Not Urgent) – prevention, planning, improvement
3rd Quadrant (Not Important + Urgent) – interruptions
4th Quadrant (Not Important + Not Urgent) – time waster

Jadi, sebenarnya macam mana kita uruskan kerja seharian kita?

Kita tak sepatutnya ada banyak ‘sticky notes’ pada 1st Quadrant. Sebab kotak ni la penyebab kita stress sebenarnya. Jadi banyakkan ‘sticky notes’ pada 2nd Quadrant. So, we have ample time to finish this tasks. As it is prevention, planning and improvements box. Kurangkan 4th Quadrant, lebih baik kosong. 3rd Quadrant pun lebih kurang je.

Moral of the story, bengkel ni sangat bagus. Dan bergurulah untuk setiap ilmu. Jangan pandai pandai haha. kbaii semoga bermanfaat!


Wednesday, October 19, 2016

Be a Leader

19 Oktober 2016 | RABU

Siapa kata senang jadi ketua?

Kalau ada yang kata macam ni, mintak jumpa eh. Mohon PM segera. Haha.

Tak, my point is – parah jadi ketua ni. Lagi-lagi kalau perempuan. We tend to make a decision emotionally. Which is not good pun. Tak professional. Tapi atas dasar simpati dan kasih sayang tanpa batasan tu kenkadang jadi tewas jugak.

Me is really in that situation now. Erghh parok. I was thinking, and keep thinking bout the responses.

Dengan rendah hati dan ego, saya ingin memohon maaf atas segala keterlanjuran kata atau apa-apa tindakan yang mengguris hati. Percayalah bukan niat saya begitu. Segalanya keputusan adalah untuk kebaikan bersama. Maafkan saya, please? *mata jeli* 

Percayalah. Perfectionist pun tak perfect. Inikan pula yang bukan perfectionist. Haha. Tinggi Bahasa aku. Mohon faham dan hadam.

Sekian.

Marjana,
Your-complex-leader-ever


Saturday, October 8, 2016

#SindromBudakBusy

Alhamdulillah masih bernyawa. Hari sabtu yang indah dan tenang.

Semalam aku tanya kawan, “Esok kita ada pape tak ek? Macam pelik je takde apa-apa”

Dan kawan aku dengan selamba je berkata, betul takde apa-apa. Ni lah sindrom budak-budak selalu busy masa weekend. Hahaha. The truth is, aku dah terbiasa terkejar sana sini kena buat macam-macam. So bila tetiba masa lapang jadi pelik, rasa awkward.

Sebabtu laa orang kata kesibukan itu sebenarnya nikmat. Kita tak sempat pun nak melagha, fikir benda bukan-bukan. Drama korea, jepun, Hindustan apatah lagi. Memang jauh bara dari api.

Ni bukan cerita budak nak baru nak up dan bajet alim. Ni cerita benar budak yang cuba menyibukkan diri supaya tak terleka dengan masa lapang. Takut kot. Setiap daripada masa yang kita gunakan akan disoal. Worst case, akan ditayang semula di padang masyar nanti. Allahualam.

Masa muda ni kejap je. Let’s say belia sampai umur 40 tahun je. Tapi masa emas zaman muda ni area 20-30 je. Sebab lepas tu in shaa Allah kita pun banyak lagi komitmen lain, dengan keluarga, anak-anak lagi. Mungkin masa tu pun dah tak sekuat masa umur 20-30 ni. Faktor usia dan kesihatan lagi. Jadi ada la dalam 10 tahun kita nak guna sepenuhnya untuk kebaikan dan manfaat kepada orang lain. Sekejap kan?

Tahun ni, aku dah 21 tahun. Ada 9 tahun lagi menjelang 30. Apa yang aku dah buat? Kalau Sultan Al Fateh dah berjaya tawan Konstantinople, kalau Salahudin Al Ayubi dah menang beberapa siri perang, kalau Imam Syafie dah jadi guru yang hebat. Aku? Adehh insof kejap.

Umur kita ni tak panjang. Taktahu pun sampai bila. Mungkin esok, mungkin lusa. Seharusnya kita ni ada perancangan masa depan yang cemerlang. Yang terperinci. Bukan sekadar nak travel keliling dunia, nak ada kereta mewah sebijik dua, rumah 4 tingkat yada yada. Allah, duniawi sangat semua tu. Tapi impian yang lebih tinggi dan mulia. Nak pergi haji, nak bawak parents pergi haji, dan akhirnya membawa kepada tujuan paling sempurna, sorga Allah. Sesungguhnya sorga itu mahal sekali. Tak dapat beli dekat pasar basah. Tapi perlu pengorbanan dari segala segi. Perlunya susah payah.

Aku dah lama terfikir benda ni. Serious. In shaa Allah doakan lah aku kuat. Nak membentuk orang lain perlu dimulakan dengan membentuk diri sendiri. Tulisan ini buat aku khususnya dan buat kalian yang membaca.

Nak jadi baik ni biarlah ramai-ramai. Kalau aku jatuh, tariklah aku semula. Kalau aku rebah, papahlah aku. Kalau aku lemah, lontarkanlah kata-kata semangat.

Doakan aku, aku juga mendoakanmu. Semoga tsabat semoga kuat. 

Khas buat member-ku yang tercayang <3 p="">
P/S: Pabel tunggu gambar raya tahun depan ek hehe


Saturday, October 1, 2016

Mohon Kuat

Okay, dah 1 Oktober. Time flies soooo fast. Sesungguhnya, sem 5 ni serious menggila. Kadang-kadang rasa macam membunuh haha.

Tanpa sedar, aku jadi lemah daya immunity. Asyik nak demam je. Sakit tu sakit ni. Dan tadi Pabel kata,

“Bila kita stress, immunity system down”

Ohh really? Down. Padan aaa aku asyik sakit je. Haih. Di mana Marjana yang lama menghilang?

Bila aku termenung, fikir banyak benda nak kene fikir, nak kene buat. Rasa tense sangat. Rasa tersepit, terhimpit, tersekat, tak bebas. Tapi aku fikir lagi, kenapa aku masih bertahan. Dan jawanpannya In shaa Allah masih sama.

Kerana tarbiyah itu mendewasakan.

Doakan aku kuat. Doakan aku tsabat.


About Me

My photo
23 yo girl with extraordinary hungriness. Love travel and design. Japan is a must-go-country on the list!