Wednesday, December 20, 2017

Macbook vs Laptop

Ohayou!

Seperti yang dijanjikan harini terasa nak bercerita tentang Macbook dan laptop biasa yang menggunakan OS Windows.

Jujurnya, bila kau sejenis manusia yang gemarkan teknologi, dan kau dah try pakai barangan Apple, kau akan jatuh cinta berkali-kali dengan system nya yang super smooth. Tak percaya? Try to get one now! Hahaha. Contohnya bila kau dah try pakai Iphone, kau akan teringin nak pakai Macbook, Ipad, Ipod and so on. Ni kes bila kau gajet freaks je k.

Jadinya, aku pun menanam impian yang paling dalam nak beli sebijik Macbook. Nak dijadikan cerita, rezeki aku Paklang belanja je sebijik Macbook ni. Jadi dalam sekelip mata impian aku jadi kenyataan. Fuh, macam drama.

Untuk first timer, Macbook memang sangat lain dengan Windows. Operating system dia dah memang lain laa takyah cerita. Memang smooth habis. Sangat ringkas macam Iphone jugak. Paling best bila log in Apple ID segala harta dalam Iphone dikongsi bersama. Bila nak transfer gambar boleh Airdrop jek. Best gilaa takpayah pakai wayar bagai.

Here, revealing my macbook,

Bila dah beli terus cari baju lelawo dengan True Jannah Store, boleh try gugel or cari dekat Instagram. Casing semua lelawo tinggal siap duit je. Like mine, dalam seratus lebih jugak haritu, lupa dah harga dia. Kalau rajin boleh cari dekat Lazada/Shoppee/Ezbuy cuma design dan jenis sangat limited.







Buat masa sekarang, aku tak banyak pun guna Macbook ni. Since aku memerlukan laptop untuk kerja yang banyak. Jadi, aku terpaksa tinggalkan Macbook ni kejap. Yela, nak explore pun ambil masa. Bila aku free, aku bawak je Macbook ni sebab ia sangat handy, ringan, bateri tahan lama walaupun connectiong dengan Wifi.

Kalau korang dalam dilema nak beli jenis Macbook yang mana satu, I suggest Macbook Air 13 ni. Semua Macbook dah kene upgrade so harga memang lebih mahal tapi specs memang advanced.

Walaubagaimanapun, laptop putih Asus aku masih berjasa dan digunakan sampai sekarang. Thinking of letting it go tapi macam sayang. Lepastu ingat nak jadi laptop backup je. Mungkin sebab baru lagi so susah nak move on. Hmm entahla dilema sistur.

Wednesday, December 6, 2017

IOS vs Android

Tak sampai sebulan aku dengan phone kedua terbaru, Oppo A71. So far so good. Maybe kalau di bandingkan dengan Samsung tablet yang lama memang boleh buat aku naik angin bila-bila masa. So hijrah ke Oppo sangat membantu kali ini.

Sebenarnya aku dah lama guna tablet Samsung, sejak mula-mula model tablet Samsung diperkenalkan. Tapi bila competitors lain mula keluarkan tablet jugak, aku perasan Samsung dah tak menitikberatkan kualiti tablet yang dikeluarkan, tapi sibuk nak kejar model-model terbaru untuk beat jenama lain. Siapa yang guna tablet Samsung dari awal akan rasa benda ni. So disebabkan aku dah fed up teruk dengan tablet Samsung (tablet kedua Samsung), aku pun bertekad untuk menggunakan Oppo. Haha. Aku beli Oppo tu sehari selepas Patah kawen dengan Pazura *k takde kaitan hahaa

Hajat dihati nak pakai Oppo yang Patah pakai tu tapi mahal nau. Bak kata sales boy tu kalau setakat nak guna Whatsapp, fon Patah tu kira mahal laa dan tak worth. Biasalah bila nak beli benda gajet ni gua memang gatal tangan je nak yang canggih hahaa. Bila tengok bajet, tak lepas, kene laa berpada-pada.


So best tak guna Oppo?

Honestly best 👍👍

Kalau kau compare dengan Apple in shaa Allah masih tak boleh lawan system Apple yang smooth la. Sorry to say. Tapi kalau compare dengan android yang lain. Aku bet Oppo memang boleh lead. Disebabkan family aku pengguna tegar Android, so aku dah perati lama jenama-jenama yang memang tak boleh pakai dan tak tahan lama. Murah memang murah tapi kalau setiap tahun kene tukar fon baru tak ke rasa lebih baik beli je satu fon yang bagus yang mahal sikit tapi boleh pakai lama. Kan? 😏

Tapi kalau tak pernah pakai Apple, dan suka kutuk keturunan Apple ni bongkak, sis memang tak leh cakap apa sebab memang betul hahahaah. Tapi percayalah, once an Apple user, forever be.

Sebab apa? 😏

⇀Operating system Apple sangat smooth
⇀Susah hang
⇀Multitasking tapi tak hang/lagged
⇀Boleh simpan banyaaak gambar (beribuuu) *aku bet kalau android sure hang teruk

Ini bukanlah post yang bias. Cuma nak bagitahu. Kalau tak percaya boleh try pakai 2 handphone. 1 Apple tak kesah la Iphone berapa pun yang korang nak pakai, 1 android. Feel it and you will know it!


P/s: Maybe next post aku boleh share Macbook vs Laptop since aku baru guna Macbook jugak hewhew

About Me

My photo
23 yo girl with extraordinary hungriness. Love travel and design. Japan is a must-go-country on the list!