Saturday, November 29, 2014

Petang di Tasik Unimas

 

27 November 2014


Harini hujan. Lab batal. Tido best gila. Heaven!

Petang tu keluar pegi bazaar Persaintek makan eskrem gula apong. Heaven!

Lepastu teman le roomates beli makanan dekat pavi, aku tak beli makanan sebab nak makan dengan familia usrah. So aku ambil keputusan untuk lepak tepi tasik bagi ikan makan.

Ya Allah, tenaaaaaaang amat tengok tasik. Subhanallah perfect scenery. Walaupun tengah gerimis time tu tapi masih ramai team kayak yang bersungguh-sungguh berkayak. Well, good for me petang ni tak ramai pulak kapel lepak situ. Just ada aku and 2 akak tu pun jauh sikit. So kind of privacy la disitu hewhew.

Baling roti sikit. Baling lagi. Baling lagi. Dan mereka berlumba-lumba makan roti jenama apa-entah dari 7-e itu. haha

Oh kesian ikan ikan ni. Mungkin sebab hujan so tk ramai orang lepak situ bagi makan kat dorang harini.


Sebenarnya, jiwa aku meronta. Aku nak balik. Thinking of im the only one yang takde dekat rumah while school break just started really make me feel left out. Nak b a l i k jugak. Sobs



Tasik Unimas yang menjadi kebanggaan warganya


 Ikan-ikan yang tak pernah tak lapar hehe


Senyum itu Sedekah

 
25 November 2014


“Kenapa aku tengok kau ni ceria je eh”


Kata seorang mamat ni waktu aku tengah tunggu result experiment aku. Firstly, mamat itu bukanlah orang yang pertama cakap macam tu. Secondly, takkan la aku nak menangis je pulak kot. K kerek hahahaha


Sebenarnya aku memang dari kecik jenis cheerful macam tu. Aku jenis susah marah senang reda. So yeah, nak sakit hati lelama pun bukan nya best pun. So just enjoy the moment.


Senyumlah senyumlah ahaii cik mek molek


Aku cuma terfikir kenapa nak sedih? Fine la aku manusia gak. Banyak k masalah. Tapi deal with it lah. Lagipun dengan menjadi ceria seperti itu aku dapat hilangkan stress aku. Bila aku gila-gila tu la aku lupakan masalah aku. Lepak makan tido makan makan lagi gelak gelak haha really made my life bright.

Tbh, kau akan ada dalam hidup kau satu tahap yang kau tak boleh buat apa dah. Kau boleh senyum je. Haha. Percayalah. 

Oh terima kasih kepada kengkawan yang sudi layan gila aku, gelakkan lawak aku yang tak lawak, bersama aku dikala suka dan duka. Trimas geng!





Friday, November 21, 2014

Baca Buku JOM!

  
21 November 2014

Alhamdulillah masih bernyawa.

Tetiba rasa nak menulis harini. Haritu aku terfikir, dulu waktu kecik-kecik aku pernah dengar orang berucap kat majlis cakap

Purata rakyat Malaysia membaca buku ialah sebuah buku untuk tempoh setahun

Dan aku rasa statistik lama tu dah lame. Hahaha. Maksud aku zaman sekarang ni sebenarnya orang suka membaca. Yelah tak de lah tertumpu kepada buku pendidikan je. Novel, komik, cerpen, jurnal. Tu kira membaca jugak kan?

Waktu sekolah dulu pun. Kita cuma diadili dengan buku nilam kaler pink tu je. Sape penuh buku tu kira banyak la buku dia baca. Haha. Kira malang la bagi aku yang suka membaca tapi malas nak tulis dalam buku pink tu sebab bila tak tulis aku dikira tak membaca buku. Kan macam zzzzzz je tu hahaha

Oh k sebenarnya aku melalut tu saje je nak luah kan perasaan. ^^

Bila tengok orang sekarang. Even budak muda pun dah suka membaca. So banyak jugak buku buku ilmiah yang berbentuk islamik muncul dalam bentuk bentuk yang comel lagi menawan untuk menarik minat orang memuda ni.

Contohnya, Majalah JOM!

 
Credit : Google


Aku bukan lah promoter berbayar ke apa ke. Aku cuma nak share yang majalah ni superb! Serious best!

Bagi aku la, yang suka kan benda benda cantik comel menawan dan simple. Majalah ni sangat santai dan menyentap ke tangkai hati haha

Pengisian majalah ni berat tapi disampaikan dengan santai. Dengan ilustrasi yang menarik dan senang sangat nak faham. Aku memula try jelah baca sebab macam best. Alhamdulillah memang best! Boleh belajar bahasa Arab, doa doa harian, kisah para Sahabat, tafsir Al-Quran, memacam lah.

Penulis dia pun sume best best. Kalau kenal blogger femes emes, Budak Tomato, Aiman, Iche Kopiah dan lain lain. Haa dorang pun menyumbang jugak dalam penulisan majalah ni. Aku suka tulisan diorang. Sebab rasa dekat sangat. Dekat dan dekat dan sentap tepat terkena ouch! Haha

So yeah, boleh la try k. Majalah JOM!




 
Credit : Google



 Jom baca buku!


Monday, November 17, 2014

Sepi

 

16 November 2014



Lama aku biar belog aku sepi. Kenkadang aku bukak dashboard baca entry orang lepastu close window semula then sambung kerja lagi.


Yeah. Aku dah selamat buat memacam recent months ni.

Mid sem sudah. Projek Mini Bazaar sudah. Pertandingan drama pun dah 2 kali. Online shopping beberapa kali #eh. See Jana busy kan? Haha


Kehidupan dekat degree ni tak semudah berjalan naik pentas untuk gapai segulung ijazah. Ia perlukan effort, perlukan kesabaran, perlukan sahabat yang memahami, perlukan masa dan memacam lagi lah.

Point dia simple je, bukan senang nak berjaya.

Lately aku rasa tahap kekuatan makan aku berganda rapidly. Adakah aku tertekan? Aku pun tak pasti hmm



 

Oh jaa :)





About Me

My photo
23 yo girl with extraordinary hungriness. Love travel and design. Japan is a must-go-country on the list!