Thursday, November 26, 2015

Future?

And when suddenly, kau termenung berfikir yang kau ada lagi setahun setengah je dekat uni life ni.

Lepastu kau nak buat apa?

Seriously nak kerja?

Or what?

***************

To be honest, aku tak rasa jiwa aku nak kerja in science field. Entah la. Adakah aku goyah? Hahaha.

Mana pergi nya semangat nak klon ayam? Adeh.



Aku sendiri tak pasti.


Semoga aku jumpa apa yang aku nak sebenarnya. In shaa Allah.


Status: Searching



Thursday, November 19, 2015

Travelog :Pulau Pangkor

19 November 2015 | Khamis

Alhamdulillah, balik cuti midsem haritu abah ajak ke Pulau Pangkor.

Selama 20 tahun hidup ni, rupanya tak pernah lagi ke Pulau Pangkor. Haha. Sedih betul la.

Perjalanan bermula pagi dari rumah. Selangor-Perak dalam 4 jam juga la.


Sampai sahaja di Jeti Lumut, kami menaiki feri pada pukul 12 lebih macam tu. Tak tengok jam pulak masa tu.

Tiket feri Dewasa pergi balik : RM10

Tiket feri Kanak-kanak pergi balik : RM5

Perjalanan dalam feri ke Pulau Pangkor dalam 20-30 minit macam tu. Tak tengok jam jugak sebab mengantuk hahaha

Sampai je di Jeti Pangkor, kami menaiki van rusa sewaan abah untuk check-in ke resort. Kami menginap di Palma Beach Resort. Cantik weh! Haha. Dekat je dengan pantai.


Dah test katil jap, letak barang, solat lepastu kami pun keluar semula nak makan tengahari. Gerai makanan yang ada sekitar pantai takde lah banyak sangat, tapi boleh la nak tukar-tukar selera. Harga pun standard je.


Dah kenyang balik bilik siap-siap nak pergi island hoping dan snorkelling.

Kos snorkelling : RM15 sahaja


Kami dibawa pusing-pusing pulau pastu baru dihantar ke tempat snorkelling. Aku jadi ketagih snorkelling since snorkelling kat Krabi haritu hahaha. Syukurlah aku tidak menggelabah lagi di dalam air hahahaa. Masa snorkelling tu aku berpeluang pegang timun laut aka gamat. Uish geli geleman kome. Lembik semacam. Itu pun ehsan abang yang datang dari mana entah, rasa nya local people yang kasi aku pegang hahaha. Bila lagi nak pegang gamat kan? Kalau pegi Langkawi pun jumpa yang dah siap jadi minyak je hahaha.

Balik dari snorkelling bersihkan diri lepastu malam tu makan malam. Lepastu aku jalan-jalan laa di sepanjang jalan tu cari benda yang boleh dibeli. Tapi takde yang berkenan di hati. Jadi aku pun pulang haha.

Pagi hari kedua, aku bersarapan di gerai ni. Well, pilihan untuk sarapan pagi tak banyak sangat. So sarapan pagi aku tak best sangat la.


Memandangkan hari kedua hujan, well sekarang kan musim hujan. Aku pun tergolek jelah dalam bilik. Bercuti dan berehat haha.


Alhamdulillah hujan kejap je. Kami keluar balik. Aku lepak je tepi pantai tu tengok adik-adik aku mandi. Lepastu aku jenjalan cari makanan. Sebab aku rasa lepak tepi pantai sambil mengunyah sangat heaven hahaha.



Kami check-out dalam pukul 1230 tengahari. Dan kami pun pulang ke rumah.

Baiii Pulau Pangkor.

Komen aku, Pulau Pangkor is a nice place to visit with a very little budgets.

So kalau rasa nak bercuti dan berehat tapi ngak ada ongkosnya. Maybe boleh try la Pangkor.

So yeah, semoga bermanfaat. Adios! Jaa ne J

Tuesday, November 17, 2015

Kawen


12 November 2015 | KHAMIS

Akhir-akhir ni,
Aku perasan setiap kali bukak facebook, mesti cerita topic kahwin.
Sekali scroll,

“Kahwin muda”

Scroll lagi,

“Kenapa perlu kahwin muda”

Scroll lagi,

“Cinta dan kahwin”

Scroll lagi,

“Kahwin kahwin kahwin dan kahwin lagi”

Aku macam, eh semua orang memang nak kahwin je ke macam mana ni? Adeh. Parah.

*tutup facebook baca komik

“Best kot kahwin muda. Tengok ramai orang kahwin muda sekarang”

K fine la. Memang dah macam trend pun kahwin muda ni. Tapi memang itu je ke yang kita boleh fikir? Takde lain. Lepas kahwin, kahwin lepastu kahwin lagi. Adehh.

Aku tak menidakkan jodoh. Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang benda yang lebih penting dari kahwin.

Dah cukup bersediakah? Dah bersedia nak jadi ibu kah? Dah habes membantu ibu ayah kah?

Aku pun kadang-kadang terfikir gak macam best je kahwin awal ni tapi bila fikir lama sikit jadi tak jadi pulak nak kahwin hahahaha. Banyak oo tanggungjawab. Bersediakah aku?

Aku tak boleh lupa ada satu forum ni aku tengok dekat Astro Oasis.

“Sekarang ni semua orang suka topic kahwin awal, kahwin muda. Semua cerita kahwin. Kalau dah jodoh. Tapi takde pulak nak cerita mati. Mati tu bebila masa je”

Gulp.

Cerita kahwin seronok. Cerita mati sume terdiam.

Fikir-fikirkan lah. Pentingkan apa yang lebih penting.

Cuma kalau kahwin tu jangan lupa ajak eh. Nak gak makan nasi minyak hehehehehehe. 


Tuesday, November 3, 2015

Top 5 Traveller Apps

3 November 2015 | SELASA

Exam midsem dah habes! Yahoo!

So mood menulis is ON. Hehehe

Harini iols nak share a few apps yang berguna untuk kaki travel.

Rasanya bebudak sekarang ni semua dah ada smartphones kan? Ajaib sekali kalau nak nampak orang pakai phone 3310 di zaman ini. Kecuali la tu phone kedua dia. K tu logic sikit. Untuk alarm ke kan. Haha. Tahan seminggu kot bateri tu.

So disini ada 5 apps yang agak wajib untuk geng berjalan ada. Anda boleh download di Play Store atau Apps Store. Inshaa Allah ada. Kalau takde mohon cari dulu jangan bash iols haha.

Skyscanner



Apps ni basically sangat berguna untuk cari flight murah. Yes, murah. Kenapa apps ni bagus? Sebab apps ni akan susun semua flights yang available untuk destinasi berkenaan termasuklah flights antarabangsa.

Contohnya, anda ingin ke Vietnam. Search je KUL-SGN. Pastu dia akan keluarkan berderet available flights untuk tarikh yang anda pilih. Selalunya Vietnam Airlines lebih murah dari flights dari Malaysia. Dah boleh jimat berganda dah dekat situ. Sebab kalau nak compare Vietnam Airlines dengan Air Asia misalnya, air asia takde provide bagasi dan makan tapi Vietnam Airlines ada bagasi 30kg dan makan sedap lagi heheehe.


 TripAdvisor



Ni satu lagi yang sangat penting untuk travellers. Ni macam all-in-one pocket info. Apps ni provide semua maklumat tentang destinasi yang kita nak pergi tu. Termasuklah hotel, tempat makan best, aktiviti yang boleh dilakukan kat situ. Pengguna apps ni jugak boleh buat review kat tempat-tempat yang diorang dah pergi jadi dalam masa yang sama kita boleh la buat survey berdasarkan review yang diorang tulis.

Trivago



Trivago ni salah satu apps yang sediakan khidmat untuk carian hotel. Sebenarnya banyak sangat apps untuk hotel macam Agoda, Hotel.com dan macam-macam lagi la. Terpulang la nak guna apps mana satu tapi saya guna yang ni hehe. Free booking and free cancellation.

XE



XE ni apps untuk kiraan currency exchange. Penting ya kengkawan untuk kita buat perbandingan duit sebelum fly away hahaha. Kiraan dalam apps ni akan lebih rendah dari di kedai sebab di tempat pertukaran tu dia mesti la ada cas perkhidmatan sikit. Tapi apps ni boleh jadi guideline la untuk tahu purata tukaran asing semasa.

 Waze



Rasanya apps ni dah terlalu femes untuk diketengahkan. Tapi takpe, iols masukkan lah sekali. Sekarang ni kalau sesat je boleh ON waze cari jalan. Jarang dah orang sesat.Tapi awas! Waze juga boleh menyesatkan hahahaa. So agak-agak la jalan tu. Tapi waze sangat membantu lagi-lagi kalau korang ke tempat yang pertama kali dikunjungi. Bila dah ada tempat yang nak dituju, tinggal type je dekat waze dan sampai!


Semoga bermanfaat! Jaa ne!


Monday, November 2, 2015

Aku dan Usrah

1 November 2015 | AHAD

Aku dan Usrah.

I rarely talk about this actually.

Oh, I think I never talk about this, am I?

Sebelum aku masuk Asasi UNIMAS, aku tak pernah pun dengar benda alah ‘usrah’ ni. Serious. Noob betul. Haha.

Aku disapa seorang akak ni. Cantik. Aku kalau pandang orang je, kalau cantik tu memang aku puji terus hehe. So akak cantik ni berborak la dengan aku masa minggu orientasi. Pastu entah macam mana sebelum majlis bersurai tu kami dikumpulkan dan diminta isi borang keahlian. Aku yang blur tahap dewa ni pun isi jelah. Borang je pun.

Tak sangka besar impact borang tu. Haha. Dan kami dibahagikan kepada beberapa group kecil dengan seorang senior. Senior tu nantilah yang akan jadi kakak usrah dalam bulatan tu. Briefly, usrah ni kalau literally meaning translate dari bahasa Arab maksudnya keluarga. Tapi usrah dalam konteks ni adalah satu bulatan kecik yang mengumpulkan beberapa orang untuk sama-sama berkongsi ilmu dengan Islam disamping membantu ahli bulatan tu mendekatkan diri kepada Pencipta dengan nasihat dan peringatan.

Senang cerita usrah yang diadakan seminggu sekali ni macam makanan jiwa la. Setiap minggu perjumpaan usrah tu macam masa untuk muhasabah balik apa yang kita dah buat seminggu ni. Betulkan semula apa yang salah. Bersoal jawab dengan kakak usrah dalam hal-hal yang tak pasti. Soal jawab agama. Bertilawah bersama-sama. Dan banyak lagi!

Tapi,

Tak semua orang mampu bertahan dalam jalan ni.

Ada yang memilih untuk tinggalkan usrah untuk komitmen lain. Padahal usrah sekali seminggu je kot.

“Saya takde masa la. Saya ni dah la presiden kelab A. Orang kuat kelab B lagi. Tak sempat nak usrah bagai ni”.

Ada yang rasa usrah ni buang masa.

“Usrah ni buang masa je. Baik belajar. Bukan ke tujuan pelajar tu belajar.”

Meh nak tanya,

“Bukan ke Allah ciptakan manusia untuk menjadi hamba dan khalifah?”

Haa jawab jawab.

Ada gak geng yang kata tak join usrah pun boleh jadi baik.

“Ala bukan berdosa pun tak join usrah.”

Memang la tak berdosa. Tak cakap pun berdosa ish ish. Tapi, anda pasti ke dengan tak join usrah tu anda akan jadi lebih baik?

Aku bukan lah budak alim dan baik.

Jap nak ulang.

Aku bukan lah budak alim dan baik.

Tapi aku rasa usrah sangat membantu dalam membentuk jati diri muslim. Pendorong nak jadi baik. Ingat senang ke nak lawan nafsu. Kawan-kawan seusrah lah yang tolong support dari belakang. Mak usrah la yang bersusah payah fikir cemana nak selesaikan masalah. Dan kau akan sentiasa ada orang untuk dengar masalah kau. Inshaa Allah.

Jangan risau, usrah bukan untuk budak tudung labuh je. Otai macam aku pun boleh hehehe.
So, jom pergi usrah!


Saya Marjana. Dan saya budak usrah. *peaceciked J


About Me

My photo
23 yo girl with extraordinary hungriness. Love travel and design. Japan is a must-go-country on the list!