Skip to main content

Aku dan Usrah

1 November 2015 | AHAD

Aku dan Usrah.

I rarely talk about this actually.

Oh, I think I never talk about this, am I?

Sebelum aku masuk Asasi UNIMAS, aku tak pernah pun dengar benda alah ‘usrah’ ni. Serious. Noob betul. Haha.

Aku disapa seorang akak ni. Cantik. Aku kalau pandang orang je, kalau cantik tu memang aku puji terus hehe. So akak cantik ni berborak la dengan aku masa minggu orientasi. Pastu entah macam mana sebelum majlis bersurai tu kami dikumpulkan dan diminta isi borang keahlian. Aku yang blur tahap dewa ni pun isi jelah. Borang je pun.

Tak sangka besar impact borang tu. Haha. Dan kami dibahagikan kepada beberapa group kecil dengan seorang senior. Senior tu nantilah yang akan jadi kakak usrah dalam bulatan tu. Briefly, usrah ni kalau literally meaning translate dari bahasa Arab maksudnya keluarga. Tapi usrah dalam konteks ni adalah satu bulatan kecik yang mengumpulkan beberapa orang untuk sama-sama berkongsi ilmu dengan Islam disamping membantu ahli bulatan tu mendekatkan diri kepada Pencipta dengan nasihat dan peringatan.

Senang cerita usrah yang diadakan seminggu sekali ni macam makanan jiwa la. Setiap minggu perjumpaan usrah tu macam masa untuk muhasabah balik apa yang kita dah buat seminggu ni. Betulkan semula apa yang salah. Bersoal jawab dengan kakak usrah dalam hal-hal yang tak pasti. Soal jawab agama. Bertilawah bersama-sama. Dan banyak lagi!

Tapi,

Tak semua orang mampu bertahan dalam jalan ni.

Ada yang memilih untuk tinggalkan usrah untuk komitmen lain. Padahal usrah sekali seminggu je kot.

“Saya takde masa la. Saya ni dah la presiden kelab A. Orang kuat kelab B lagi. Tak sempat nak usrah bagai ni”.

Ada yang rasa usrah ni buang masa.

“Usrah ni buang masa je. Baik belajar. Bukan ke tujuan pelajar tu belajar.”

Meh nak tanya,

“Bukan ke Allah ciptakan manusia untuk menjadi hamba dan khalifah?”

Haa jawab jawab.

Ada gak geng yang kata tak join usrah pun boleh jadi baik.

“Ala bukan berdosa pun tak join usrah.”

Memang la tak berdosa. Tak cakap pun berdosa ish ish. Tapi, anda pasti ke dengan tak join usrah tu anda akan jadi lebih baik?

Aku bukan lah budak alim dan baik.

Jap nak ulang.

Aku bukan lah budak alim dan baik.

Tapi aku rasa usrah sangat membantu dalam membentuk jati diri muslim. Pendorong nak jadi baik. Ingat senang ke nak lawan nafsu. Kawan-kawan seusrah lah yang tolong support dari belakang. Mak usrah la yang bersusah payah fikir cemana nak selesaikan masalah. Dan kau akan sentiasa ada orang untuk dengar masalah kau. Inshaa Allah.

Jangan risau, usrah bukan untuk budak tudung labuh je. Otai macam aku pun boleh hehehe.
So, jom pergi usrah!


Saya Marjana. Dan saya budak usrah. *peaceciked J