Skip to main content

Posts

Review : Bajet Power

Aku dah perasan buku ni dah lama. Sebab fikir banyak lagi benda nak beli, so aku ketepikan dulu hasrat untuk membelinya. Tapi bila Bihah ajak ke bookstore, bila dah nampak depan mata rasa cair pulak kahkah
Jadi, terbelilah dengan jayanya buku Bajet Power karya Harith Faisal ni 😁
Bila aku selak dan selak lagi, baca dengan penuh tekun, rasanya seperti pernah ku lihat sebelum ini. Yes, benda yang sama aku pernah baca dalam e-book which someone gave me a few months ago. Nah, ni kira macam ulangkaji ler hoho. Dan tatkala aku membacanya, aku sedar yang aku tak banyak perubahan pun since the last time I read those words. Mungkin masa tu masih belajar so tak berapa nak applicable. Tapi sekarang nampak la kepentingannya tu 😆
Bila dah sedar tu, boleh la slow-slow buat perubahan kan Sekali lagi, hakak kasi buku ni 5 bintang sebab buku ni colourful (I loike!) dan sangat bermanfaat. Gaya penulisan pun sempoi dan sampai ke hati, gituh. Highly recommended 👍
Recent posts

Aktiviti Menarik di Taman Botani Shah Alam

Hujung minggu yang bermanfaat. Minggu lepas aku dengan dua ketul adik (Muiz dan Ami) ke Taman Botani Shah Alam bersama Bihah dan konco-konconya (baca: adik-adiknya).
Aku, Muiz dan Ami pertama kali ke Taman Botani ni. Mujur ada Bihah, dia memang dah sebati dengan tempat ni sebab dia intern dekat situ. Tapi kami tetap kene bayar la tiket masuk haha

Mungkin disebabkan tempat ni tak cukup viral lagi, so tak ramai orang tahu tentang aktiviti yang boleh kita buat dekat ini. Bagi aku, tempat ni sangat menarik untuk seisi keluarga. Yelah, daripada biarkan anak-anak main game atau gadjet di rumah, ada bagusnya bawak ke tempat macam ni. Dapat tadabbur alam sekitar, luangkan masa dengan family dan buat aktiviti menarik bersama-sama.
Macam-macam benda boleh buat di sini. Boleh berbasikal, memanah, berkayak, masuk ke Rumah 4 Musim, k ni femes la kot dan macam-macam lagi.
Bayaran: Tiket masuk: RM3 Dewasa, RM1 Kanak-kanak Sewa basikal: RM15/basikal biasa, RM30/basikal power sikit (aku lupa nama di…

Obsesi

Perempuan dengan benda cantik memang tak boleh dipisahkan. Mungkin dari kecik hobi aku memang suka kumpul barang. Bila aku suka something, semua benda berkaitan aku beli. Tu kira self-reward lah. Tak tahu la reward untuk apa haha
By time, aku dah tak kumpul dvd, keychain, teddy bear dan seumpama dengannya. Sejak jumpa satu brand tudung ni, aku mula kumpul tudung ni hehe. The best part is brand ni ada jual bidang 55. Sebab sepanjang penghijrahan aku, aku dah try banyak jenis. Bidang 45 pendek. Bidang 50 masih tak cukup labuh. Bidang 60 terlalu labuh, aku jadi selekeh. Akhirnya, keluarlah  bidang 55 yang menyelesaikan masalah. Tak banyak seller potong bidang 55. So sebab seller ni jual 55 so they become my fav now! Mustaphshoveri namanya. Pergi cari dekat ig and fesbuk sana.
Ada orang tanya, kalau nak belanja, aku nak kale apa? I simply said, I want all! HAHA. Sebab honestly susah gila nak pilih. Hewhew. Kalau lah ada yang bermurah hati, kecik tapak tangan, almari saya tadahkan 😆😆😆?…

Travelog : Aquaria KLCC

Di usia 22 tahun ni barulah berpeluang ke Aquaria KLCC. Teringat masa kekecik dulu lepas UPSR, sekolah aku ada buat aktiviti ke Aquaria KLCC ni. Tapi disebabkan masa tu ekonomi keluarga agak meruncing, abah takde duit nak kasi duit yuran. Jadi aku pun kuburkan jela niat nak pergi tu. Lepastu lansung tak terfikir pun nak pergi semula.
Dan bila Sabrena bagitahu dia nak datang KL, dia pun suggest nak pergi Aquaria. Jadi, aku pun ON la hehehe 😆

TIket masuk: RM69 Bawa IC: RM49 Bawak IC + Student card: RM39
Sakit jugak la jiwa bila yang lain bawak matrik card, aku terlupa. Erghhh rugi RM10 huwaaa
“Bukan kau selalu pesan ke, kalau keluar bawa matric card nanti dapat banyak offer” “Ergh aku lupa ah”
Tips: Boleh tengok jadual feeding ikan-ikan tu dalam website Aquaria KLCC. Harini kitorang dapat tengok Shark Feeding. Seronok!
Klik sini untuk → Feeding Schedule 
Sebab aku rasa dah lama tak tengok shark, so excited gak laa nak tengok shark ni. And semestinya excited nak masuk lorong aquarium ya…