Sunday, July 24, 2016

Travelog : Itinerary dan Bajet Sabah 3H2M

24 Julai 2016 | AHAD

Masih tak boleh move on dari Sabah, seriously. Memandangkan sekarang Sabah dalam musim hujan, so mungkin korang patut cek ramalan cuaca dulu sebelum beli tiket, okay?

Mount of Kinabalu

Sebab driving ke Kundasang masa tengah hujan lebat memang thriller habis. Kabus tebal di sepanjang jalan, dengan jalan berliku-liku nya. Dah la kau bawak kancil hahaha. Kuasa kancil sangat comel. Masa mendaki tu redha jelah. Biar lambat asal selamat.

Itinerary

Day 1

Airport à Restu Bonda & Katering à Check-in Hotel à Muzium Sabah à Pasar Kraftangan à Pasar Filipino à Kaison à Hotel

Flight kami dari Kuala Lumpur sampai lebih kurang pukul 11.40 pagi. Lepas ambil bagasi semua, kami keluar dari airport untuk dapatkan kereta sewa.

Sebelum apa-apa aktiviti, kita lunch dulu!

Mencari tempat lunch ni kira mencabar jugaklah. Akhirnya kami jumpa tempat makan Melayu Islam, Restoran Restu Bonda & Katering.

Dah kenyang, kami pun check-in hotel, yang terletak sangat hampir dengan kedai makan tadi. Selepas check-in Switz Paradise Hotel, kami memulakan perjalanan ke destinasi pertama, Muzium Sabah!

Disebabkan petang tu hujan, jadi pergerakan kami agak terbatas. Seterusnya, kami ke Pasar Kraftangan dan Pasar Filipino untuk membeli-belah hehe. Dan disebabkan kami terkandas dalam hujan lebat, kami makan malam di Gerai Sri Samudra. Makan malam harini berkonsepkan seafood, yummeh!

 Gelang mutiara air masin, RM30/pcs

Butang baju melayu, RM10/set

Sebelum balik ke hotel, kami singgah jenjalan di shopping mall berhampiran, Centre Point untuk ke Kaison. Saje je cuci mata hahaa.

Kaison Sabah

Dan kembali ke hotel, hari pertama tamat!

Day 2

Check-out hotel à Jesselton Point à Pulau Manukan à Pulau Sapi à Pusat Bandar à Rumah Terbalik à Check-in hotel à KFC à Hotel

Bersiap di awal pagi, kami check-out hotel dan menuju ke Jesselton Point.

 Jesselton Point

 Boarding time 

Setelah mendapatkan pakej island hoping dan watersport, aku membeli roti dan air mineral sebagai sarapan pagi (jimat haha)

Kami menaiki speed boat ke Pulau Manukan untuk aktiviti Sea Walking pada jam 9 lebih pagi. Selepas aktiviti sea walking tamat, kami sempat ber-snorkeling di pantai Pulau Manukan sebelum berpindah ke Pulau Sapi. Kami sempat membeli lunch di Kafe Sapi di Pulau Sapi. Sebenarnya sebab nak jimat masa. Tapi serious, mahal gila hahhaha. Nasi goreng seafood pedas, RM12. Jadi kami share la bayar dua orang J

Bertolak dari Pulau Sapi ke daratan, kami tiba di daratan pada pukul 2.30 pm dan terus menuju ke Kundasang. Perjalanan memang thriller habis. Dengan hujan nya.

Dalam perjalanan kami singgah di Rumah Terbalik sebab dia on the way nak ke Kundasang. Disebabkan sehala jadi kami pun berhenti.

Kami tiba di Nabalu Kundasang Lodge dalam pukul 5.30 petang macam tu. Selesai check-in, dah siap-siap kami pun keluar semula. Kononnya nak tengok sekeliling. Tapi masa tu pun dah gelap. Jalan pun sunyi je takde orang. Kedai makan ada la beberapa area tu. Tapi kami pilih KFC sebab tu lah pilihan paling selamat J

Pulang dalam kekenyangan, tamat hari kedua!

Day 3


Check-out hotel à Desa Dairy Farm à Kinabalu Park à Pasar Kraftangan à Pasar Safma à Airport

Bangun pagi-pagi sebab nak tengok sunrise dan Gunung Kinabalu. Subhanallah, superb! Cantik sangat panorama dia.

Bersarapan potato wedges baki KFC malam tadi dengan teh Sabah yang dibekalkan oleh pihak hotel. Perghhh memang sodap. Dengan teh panas di pagi hari yang sejuk. Asyiik!

Destinasi pertama di hari terakhir, kami ke Desa Dairy Farm. Menjadi pelawat pertama, rasanya macam ‘Desa Dairy Farm ni kami yang punya’ Hahaha

Barn 1

Seterusnya kami terus menuju pulang ke Kota Kinabalu since takut terlepas flight dan kami masih nak membeli belah kat sana hahahaa tak puas kot.

Singgah di Pasar Kraftangan untuk beli souvenirs lagi. Dan singgah di Pasar Safma untuk membeli seafood untuk dibawa pulang.

Dan habis last shopping kami pun menuju ke airport. Pukul 1 petang kami dah sampai kat airport. Check-in luggage lepastu lunch dekat Jesselton Restaurant. Ni pun mahal. Tapi sebab dah lapar. Belasah jelah J

And yeah, kembali ke Kuala Lumpur dengan jayanya!

Bajet

Basic

Malindo Air Flight – RM182.32/Return
Switz Paradise Hotel : RM 70.35/2 PAX
Nabalu Kundasang Lodge : RM 116.40/2 PAX
Kereta kancil Auto : RM 120/2 PAX

Total Per Person: RM 335.70

*Total per person selepas dibahagi kepada dua*

Optional

2 Island Hoping + Student Fees : RM31
Sewa Life Jacket + Goggle : RM8
Sea Walking : RM145
Entrance Fees Pulau Manukan : RM3
Entrance Fees Muzium Sabah : RM2
Entrance Fees Rumah Terbalik : RM10.60
Entrance Fees Desa Dairy Farm : RM5
Entrance Fees Kinabalu Park : RM3

Untuk perbelanjaan lain, semuanya terpulang pada bajet dan kehendak shopping haha

Berharap dapat peluang untuk ke Sabah lagi. Serious, banyak lagi tempat yang nak pergi J

Semoga bermanfaat! J


Saturday, July 23, 2016

Travelog : Sabah

23 Julai 2016 | SABTU

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga menjejakkan kaki ke bumi bawah bayu. Dengan ini tamatlah penjelajahan seluruh Malaysia, yeay! Malaysia boleh J

Bagi aku Sabah boleh disimpulkan dengan hanya 1 perkataan, Beautiful!

Kami berjaya melawat Kota Kinabalu dan Kundasang dalam masa 3H2M, alhamdulillah thorbek J

Persekitaran, pemandangan, makanan, budaya, penduduk tempatan arghh terlalu banyak untuk diceritakan dalam satu entry. Lemme share this J

Hasrat ke Kota Kinabalu tercetus selepas aku tengok Malindo Air buat promosi sempena Anniversary yang ke-3. Dengan sepantas kilat aku Whatsapp sepupu terchenta menyatakan hasrat dan mengajak si dia sekiranya berminat. Disebabkan kami memang susah-gila-nak-jumpa jadi vacation ni kira macam short escape kami la hehehe

Pengangkutan

Hanya dengan RM182.32 seorang kami berjaya membeli tiket pergi balik KUL-BKI-KUL dengan Malindo Air. Bagi aku harga ni sangat berbaloi memandangkan Malindo Air dah siap provide luggage 30KG dan snack ringan untuk alas perut. Not bad kan?

Untuk perjalanan selama di Sabah, kami menyewa sebuah Kancil Auto dengan kadar RM120 sahaja. Minyak pun jimat. Hehe. 

Penginapan

Berada 3H2M di Sabah, kami menginap sehari di Kota Kinabalu dan sehari di Kundasang.

Di Kota Kinabalu, kami menyewa di Switz Paradise Hotel. Harga tempahan melalui Agoda.com ialah RM70.35 semalam untuk bilik 2 orang.

Hotel ni selesa tapi tak menyediakan sarapan dan parking berbayar. Part parking berbayar tu aku tak suka sangat. Mahal weh.

Di Kundasang pula, kami menginap di Nabalu Kundasang Lodge yang telah ditukar nama baru kepada Puteri Nabalu.

Hotel ni superb! Bilik selesa sangat. Memandangkan Kundasang overly sejuk jadi bilik ni takde aircond cuma ada kipas. Well, tu pun tak pernah pasang sebab sejuk gila ohmaii. Sarapan pun tak disediakan. Tapi parking percuma! Jarak dari hotel ke Desa Dairy Farm hanya 10-15 minit.


Nabalu Kundasang Lodge

Budaya

Pusat Bandar Kota Kinabalu sangat sibuk. Dan melalui pemerhatian, agak susah jugak mencari restoran Halal sekitar bandar. Aku assume kebanyakan penduduk tempatan lebih gemar makan di rumah hehe. Tapi aku tak kata takda, cuma pilihan tu agak kurang.

Kalau pun boleh tengok kebanyakan kedai makan yang ditulis ‘No Pork Served’ tapi ada jual arak. Lebih mengelirukan bila ada orang bertudung makan. Benda ni simple je, kalau rasa was-was better chow.

Makanan

As I mentioned before, makanan agak susah. Jadi mungkin alternative paling senang boleh makan fast food. KFC, Pizza Hut, Borenos senang dijumpai di sini.

Antara tempat yang aku singgah untuk makan;

- Restoran Restu Bonda & Katering, Asia City
- Gerai Sri Samudra, Pasar Filipino
- Kafe Sapi, Pulau Sapi
- Jesselton Point, Kota Kinabalu
- KFC

Since dah sampai KK, takkan lah nak melepaskan peluang makan seafood kan? So kami ke Gerai Sri Samudra di area Pasar Filipino untuk try seafood Sabah yang murah lagi sedap hehe. Memandangkan gerai tu ramai orang semenanjung makan, jadi kami pun try sekaki.

Dengan harga RM35 untuk 2 orang makan, kami dihidangkan dengan 2 nasi putih, Ikan Siakap 3 Rasa, udang goreng butter, sotong goreng tepung dan sayur campur. Seriously, the taste was SUPERB!

Tapi overall belanja makan di Sabah agak kasar. So prepare la duit lebih sikit. 




Aktiviti

Kami menjelajah Sabah dengan bantuan map yang kami ambil dari airport dan sudah tentunya Waze J


Sebelum sampai Sabah pun kami dah buat a few research untuk ke tempat-tempat menarik. Tapi bagi aku, kalau ke Sabah wajib untuk try watersport dekat sana.

Bertolak dari Jesselton Point, pelancong ditawarkan untuk ke 4 Pulau utama iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Mataking. Semua pulau ni optional. Macam aku, aku just pilih untuk pakej 2 pulau, Pulau Manukan dan Pulau Sapi.

Antara watersport yang boleh dicuba di pulau-pulau ini;

- Sea Walking
- Paragliding
- Jetski
- Banana boat
- Flying fish
- Snorkeling
- Swimming

Harga vary di setiap kaunter di Jesselton Point. Macam biasalah, siapa pandai bermulut manis, tawar menawar akan menang dalam battle harga hohoho

Pakej 2 pulau kami dapat dengan harga RM31 termasuk memacam fees. Bayo jelah sebab dah tak mampu nak dengar memacam nak kene bayo.

Jadi kami memilih untuk Sea Walking since kami kira benda ni agak baru dan tak semua tempat ada. Harga pakej watersport ni, RM145 seorang. Lepas dah tawar-tawar akhirnya ni jelah harga yang mereka boleh bagi. Termasuk sijil dan cd rakaman video dan gambar-gambar di dasar laut. Asyiiiik!

 Photo taken by: SJ4000

Photo taken by: SJ4000

Pengalaman pertama Sea Walking bagi aku terlalu-amat berharga. Sebenarnya aku jenis yang cepat panic dalam air. Yeah, its kind of my fear factor hehe. Tapi aku berjaya buktikan aku boleh! Malaysia boleh!

Best gilaa dapat pegang nemo jenjalan depan mata, tengok coral, usik-usik apabenda entah bawah tu, lepastu bagi ikan makan sampai ikan-ikan tu gigit jari-jari J Nak sea walking lagi!

Tempat Lawatan

Untuk tempat lawatan yang berbayar, kami sempat singgah ke beberapa tempat;

Muzium Sabah - RM2 
Rumah Terbalik – RM10.60
Desa Dairy Farm – RM5
Kinabalu Park – RM3


 Muzium Sabah

 Desa Dairy Farm


Rumah Terbalik

Seafood

Untuk para pelancong dari semenanjung yang berminat nak membawa balik seafood yang segar lagi murah, boleh dapatkan di Pasar Safma. Terletak bersebelahan dengan Pasar Filipino dan Pasar Kraftangan. Ada tulisan besar-besar tepi dinding tulis ‘menjual produk perikanan’. Haa sini memang syurga bagi penggemar seafood macam aku.



Hasil tangkapan aku di pasar tu, aku berjaya membeli 5KG seafood, yeayy! Hahaha. Aku just tak boleh terima harga dia murah sangat. Rasa macam nak tinggal Sabah je J

Harga yang dibeli:

Kerang – RM15/2 KG
Ketam size kecil – RM10/KG
Ketam size sederhana – RM15/KG
Udang – RM28/KG
Wrapping dan Upah – RM25

Untuk memastikan seafood tu segar yang boleh dibawa pulang dengan selamat, jadi abang jual ikan tu tolong la wrap-kan sekali. Dia akan letakkan dalam polistren dan bungkus lagi dalam kotak supaya tak bocor atau basah. Jadi, selamatlah untuk dibawa menaiki pesawat! J

Tuesday, July 12, 2016

Cerita Raya 2016

7 Syawal J

Alhamdulillah, masih berkesempatan menyambut Syawal bersama keluarga terchenta tahun ni. Mungkin atas faktor usia yang semakin meningkat, aku rasa raya tu semakin bermakna. Lagilah aku yang duduk jauh di Sarawak. Balik pun jarang-jarang. Masa nil ah nak spend masa lebih sikit dengan family pun.

Beraya di kampung sangat best. Bila dah besar, kau pun dah join borak makcik-makcik haha. Tahun ni agak viral pasal soalan cepumas para makcik, “bila nak kawen?” di usia 21 tahun ni mungkin ada yang start bertanya aku. Tanya pakwe, tanya kawen. Aku rasa macam cepat sangat pulak. Hmmm. The struggle was real.

Time raya jugaklah masa terbaik untuk reunion dengan kengkawan. Sebab bila kita dah makin besar, ada hala tuju masing-masing. Time raya la nak jumpa dan update segala benda pun dengan kawan-kawan lama. Disebabkan ada peruntukan cuti etc. Membolehkan pertemuan tu diadakan dan bersebab.

Dan bila kawan kau jemput untuk ke majlis tunang, kau macam, okay dah start dah haha. Raya tahun depan tak tentu turn siapa pulak. Tak tentu lagi sampai ke tidak.

Akhir kata, kepada semua yang mengenali diri ini, saya ingin mengucapkan,

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin J


Monday, July 11, 2016

Review : Isteriku Seorang Doktor

11 Jun 2016 | ISNIN

6 Syawal J

The last one to review, Isteriku Seorang Doktor.

Yes, another doctors-related-books. Tapi yang ni lain sikit. Buku ni ditulis oleh suami-suami doktor yang bukannya doktor.

Bagi aku buku ni sangaaat menarik. Seolah-olah revealing satu kehidupan yang takkan orang tahu kalau dia bukan doktor. Dan aku baru dapat imagine, dasyatnya. But its great! Tak semua orang mampu buat macam ni.

Setiap cerpen kisah benar yang ditulis sangat menyentuh hati. Benarlah, perkahwinan bukan hanya untuk memuaskan nafsu. Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa yang perlu persefahaman dan tolak ansur yang tinggi. Aku tabik semua para suami doktor, tabah gila.

Kalau nak tahu, baca lah sendiri yek. *dah takde idea nak tulis apa* hahahaha

Okay jaa, semoga bermanfaat. Adios!


Review : Diagnosis3 Mortuari

11 Jun 2016 | ISNIN

6 Syawal J

Next book to review, Diagnosis3: Mortuari

Apa itu Mortuari? Bilik Mayat.

Aku tak pasti kenapa tapi aku suka sangat baca diari doktor. Yes, doctors’ diaries are really interesting and eyes opening. Membaca beberapa lagi siri lain seperti Diagnosis 2, Prognosis membuatkan aku meneruskan pembacaan kea rah buku-buku yang macam ni. Menarik tak tipu. Dan melihat kepada penulis, ada Dr Jack Naim! Ini membuatkan aku lagi semangat nak baca hehe

Buku ni realistic. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Ya, Islam juga menganjurkan untuk kita sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian. Beribadat seolah-olah itu ibadat yang terakhir. Dan kita jugalah yang mencorakkan cara kita mati. Adakah kita ingin mati dalam keadaan suul khatimah, atau husnul khatimah.

Manusia seringkali jelek bila kita sogokkan atau lontarkan dengan perkataan kematian. Padahal kematian tu , tak cepat seminitpun dan takkan lambat seminitpun.

Buku ni menceritakan beberapa kes hospital yang berakhir dengan kematian. Doktor pun tak terlepas dengan kematian, sebab doktor bukan Tuhan. Tapi doktorlah antara insan yang paling rapat dengan kematian. Sebab hampir setiap hari melihat kematian depan mata.

Cerita yang menarik buat seseorang yang awam macam aku. Dan seperti biasa, banyak terms medical baru yang aku belajar. Mungkin pengaruh J-drama Code Blue banyak memainkan peranan disini. Untuk para doktor, aku doakan semoga korang semua dilindungi dari malapetaka dan sentiasa tabah dalam mengharungi kerjaya sehari-hari. Tabik lah J


Review : Mak Kau Hijau

11 Jun 2016 | ISNIN

6 Syawal J

Cuti raya ni aku berjaya menghabiskan tiga buah buku, let me review the first one “Mak Kau Hijau” karya Emir Abu Khalil terbitan Kopi Press

Ini merupakan cubaan pertama aku membaca buku dari Kopi Press. One word; Impressive!

Buku ni menceritakan tentang pengalaman Cikgu Emir yang bersemangat dalam mencorakkan murid-murid di sekolahnya untuk menjadi insan yang berguna. Aku sangat terinspirasi dan kagum dengan usaha murni cikgu ni. Percayalah, kalau ada seorang pun cikgu macam ni dalam setiap sekolah di Malaysia, gejala negative pasti dalam dikurangkan.

Aku akui generasi sekarang sangat berbeza. Jauh kehadapan dalam teknologi tapi adab, ilek. Sedih. Belajar tak pandai, adab takde, apa nak jadi?

Tak perlu pandang jauh-jauh. Adik-adik aku sendiri pun lebih kurang je. Banyak lagi kerja yang aku kene buat. Aku terasa terpanggil, serious. Kerja mendidik ni bukannya kerja mutlak cikgu. Cikgu hanya pemudah cara sahaja. Sepatunya semua orang berperanan terutamanya ibu bapa, keluarga terdekat, sahabat handai.

Penulis telah berjaya menempatkan diri dalam senarai penulis kegemaran aku haha. Tulisan Cikgu Emir memang best. I’m waiting for the next issue (if there is any) keep up the good work. Good job J


About Me

My photo
23 yo girl with extraordinary hungriness. Love travel and design. Japan is a must-go-country on the list!