Review : Mak Kau Hijau

11 Jun 2016 | ISNIN

6 Syawal J

Cuti raya ni aku berjaya menghabiskan tiga buah buku, let me review the first one “Mak Kau Hijau” karya Emir Abu Khalil terbitan Kopi Press

Ini merupakan cubaan pertama aku membaca buku dari Kopi Press. One word; Impressive!

Buku ni menceritakan tentang pengalaman Cikgu Emir yang bersemangat dalam mencorakkan murid-murid di sekolahnya untuk menjadi insan yang berguna. Aku sangat terinspirasi dan kagum dengan usaha murni cikgu ni. Percayalah, kalau ada seorang pun cikgu macam ni dalam setiap sekolah di Malaysia, gejala negative pasti dalam dikurangkan.

Aku akui generasi sekarang sangat berbeza. Jauh kehadapan dalam teknologi tapi adab, ilek. Sedih. Belajar tak pandai, adab takde, apa nak jadi?

Tak perlu pandang jauh-jauh. Adik-adik aku sendiri pun lebih kurang je. Banyak lagi kerja yang aku kene buat. Aku terasa terpanggil, serious. Kerja mendidik ni bukannya kerja mutlak cikgu. Cikgu hanya pemudah cara sahaja. Sepatunya semua orang berperanan terutamanya ibu bapa, keluarga terdekat, sahabat handai.

Penulis telah berjaya menempatkan diri dalam senarai penulis kegemaran aku haha. Tulisan Cikgu Emir memang best. I’m waiting for the next issue (if there is any) keep up the good work. Good job J