Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Selangkah Lagi ke Hadapan

31 Ogos 2014
Cuti aku hanya berbaki sehari. Ya, esok dah nak daftar untuk degree pulak. 
Kejap sangat. Macam magic pun ada.
"Kejap je kau cuti. Nanti dah nak masuk asrama balik"
"Orang bukan balik asrama la mak, orang dah u dah"
"Mak tak biasa la. Mak rasa kau kecik je lagi. Rupanya dah u dah"
Sobs *lap air mata*
Masa hampir empat bulan kat rumah memacam benda aku buat. Tapi memang masa yang ter-best bonding time dengan mak abah adik-adik. Nama je sulung tapi manja ya amat hahaha
Tak tahu apa nak merepek dekat sini. Yang penting jiwa gua nebes. Nebes amat. Padahal dah setahun asasi Unimas , macam la tak biasa. Oh yang sebenarnya cuak nak hadap biology ni haa hahaha. Cita-cita nak jadi biotechnologist berjaya , dah pun dapat kos biotech. Tapi mampukah? Mampukah aku menghadap biology yang comel ini? 
Ya Allah, permudahkan lah segala urusan ku. Kalian, doakan lah seorang Marjana ini suksess hewhew
Dengan penuh tekad nak belaja bebetul nak setel segala hutan…

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

Selamat Hari Raya!!
Raya ke-7 yang masih terasa raya nya hihi
Oh raya tahun ni agak meriah dan sememangnya seronok sebab buat pertama kalinya aku menghabiskan masa Ramadhan dan Syawal di rumah.
Serious la 5 tahun duduk asrama , setahun tahun lepas duduk Sarawak. Rasa macam eh baru sekarang ke aku dpt pose kat rumah. Amende sadlife la haha
Raya pertama di Pahang. Kedua di Rembau.
Konklusi. Havoc berganda. Duit raya masih meriah cuma kureng sikit je haha. Biasa la bila umur bertambah. 

Soalan cepumas tahun ini , 
"Yang ni tingkatan berapa?"

Alamak cute je rasa hahahaha mekaseh la adik memang kecik lagi. 

Semoga bertemu di raya tahun depan. 

Jaa . 
XOXO