Friday, July 31, 2015

Currency Exchange Counter Murah

 
30 Julai 2015 | Khamis

Hai semuaaa J

Cuti aku hanya berbaki sebulan lebih je lagi. Jadi aku fikir nak kerja macam agak malas. Jadi, dengan simpanan yang ada. Aku plan nak pergi melancong sambil mengembara. Vacation while travelling. Gituh.

So, bulan Ogos yang indah ni In shaa Allah aku akan ke 3 tempat. Langkawi; Krabi, Thailand dan Ho Chi Minh City, Vietnam. Melampau en? Haha. Harap jangan jeles. :p

“Kaya boleh cite ah berjalan je keje”

Tak. Serious tak perlu banyak duit pun nak jenjalan ni. Yang penting kita tahu macam mana nak pergi berjalan dengan murah dan seronok!

Untuk details setiap tempat tu nanti aku update sesatu k lepas aku balik hehehe.

Bila cerita pasal melancong ke luar Negara, kita kene gak fikir pasal matawang. Maaf ya, Malaysia Ringgit tak laku kalau bawak pergi luar Negara hahaha. So kene la tukar dulu.



Waktu aku kekecik dulu, aku selalu jugak nampak kedai tulis “Pengurup Wang Berdaftar”. Dah beso loni baru tahu tu tempat tukar matawang asing rupanya hehe.

Kalau area KL/Selangor korang boleh jumpa banyak tempat Currency Exchange ni. Boleh kata setiap mall ada. Cuma, apa yang membezakan mereka ini ialah kadar tukar. Nilai matawang kita yang nak tukar tu berbeza di setiap tempat.

Aku dah usha beberapa tempat macam Jalan Tar, Setia City Mall, Aeon Jusco, GM Klang, NU Sentral, KL Sentral dan Mid Valley. Dan pemenangnya adalah, Mid Valley. Serious jauh murah berbanding tempat lain.

Contohnya, semalam aku pergi tukar matawang Baht. Dalam minggu ni aku usha. Aku ingat beberapa jelah hehe.

10 Baht – RM11.44 (Setia City Mall)
10 Baht – RM11.22 (NU Sentral)
10 Baht – RM11.12 (Mid Valley)

See, beza kan? Jadi tak hairan lah semalam aku terpaksa beratur panjang nak tukar kat Mid Valley tu. Aku rasa ramai orang tahu situ port paling murah nak tukar matawang sebab tu lah panjang beratur.

“Alah, beza beberapa sen pun nak kecoh”

Haha. Memang la nampak macam beza 20-30 sen. Tapi kita nak tukar 10 Baht je ke?

Bayangkan kalau tukar RM100? Tukar RM1000? Tukar RM10000? Wow! Banyak tu boleh jimat. Sebab tu lah penting untuk tahu tempat tukaran matawang yang murah. Hehe. Jangan mara haaa.

“Mid Valley tu kedai dia dekat mana?”

Currency exchange dekat Mid Valley ni ada 2 dekat sebelah escalator berhadapan dengan KFC dalam Mid Valley. Selain kedai depan KFC tu, Maybank pun ada jugak kaunter currency exchange, rate sama je macam kedai depan KFC tu. Actually ada satu lagi kedai yang murah. Time dah tukar tu aku masuk satu convenient store area floor tu jugak. Dekat belakang store tu ada satu lagi kedai currency exchange. Rate dekat situ, 10 Baht – RM11.11. Sigh. Aku dah tukar tadi. Haha. Tapi kedai ni agak susah nak cari. So kalau dah jumpa yang depan KFC tu pun dah okay dah. J

So yeah. Harap sangat membantu hakak hakak dan abam abam yang nak travel tu.

Jaaa ne J



Wednesday, July 29, 2015

Review: Diagnosis 2

26 Julai 2015 | Ahad

Alhamdulillah. Aku baru je habes baca buku Diagnosis 2 ni, teruus rasa nak tulis review. Hehe. Sementara masih segar di ingatan kan. Haha.

Credit to Google

Briefly, buku Diagnosis 2 ni sambungan dari buku Diagnosis yang katanya bestseller dan berjaya dicetakkan beberapa kali. Tahniah untuk tu. Tapi, aku tak baca pun lagi buku Diagnosis tu. Ada dua sebab, 1) Waktu aku nak beli tu dah sold out. 2) Fabel kata tak best sangat Diagnosis tu. Diagnosis 2 lagi best. So aku rasa dah tawar hati nak beli yang first series hehehehe.

Well, Diagnosis 2 ni adalah hasil gabungan cerita beberapa orang doctors. Overall, hakak bagi 3.5/5 bintang hahaa. Nak taknak aku terpaksa akur, aku tewas gak ah beberapa kali baca beberapa cerpen yang buat aku menangis beriya. Touching kuat seh haha.

Kalau dalam buku ni, fav writers aku Dr. Fatin Liyana, Dr. Aizzat and Dr. Mafeitz. Serious best. Meleleh-leleh air mata aku. Haha. Tak bosan. Sempoi je.

Kepada bakal doctor, buku ni menarik sangat untuk dibaca. Serious. Untuk yang bukan bakal doctor pun lek ah takyah sentap. Buku ni okay je nak baca. Kau akan rasa kau lebih kenal insan bergelar doctor. Kita kene ubah mindset, doctor pun manusia biasa jugak. Tak lepas dari kesilapan. And yeah, we should respect and value them more. Diorang sacrifice their life for the society kot. Bagus kan. Tak kata bukan doctor tak bagus, cuma tak ramai yang sanggup. So to all doctors, and future doctors, I wish all the best in your life. Ganbatte!

*kalau orang perasan aku suka baca buku doktor-doktor ni, tengok cerita bedah-bedah. Tapinya memang tak de terfikir pun nak jadi macam tu. Mungkin aku suka nak tahu, tapi taknak. Haa, macam tu la cerita dia hehe.

XOXO

*Usha buku banyak lagi tak baca ni. Kalau rajin iols review hewhew

Done for now. Mata ne J

Friday, July 24, 2015

Yayasan Bank Rakyat


Salam Raya ke-8!

Harini hujan lebat melanda Selangor. Sangat lebat. 

Terasa rajin nak bukak laptop, usha la website Yayasan Bank Rakyat. Oh permohonan Pinjaman Boleh Ubah untuk Ijazah Sarjana Muda dah buka!

Kepada yang berminat nak mohon, boleh terus ke laman web Yayasan Bank Rakyat. Korang boleh dapatkan borang permohonan dan segala yang berkaitan dengan pinjaman boleh ubah tu dekat website tu k. 



Alhamdulillah, aku adalah salah seorang yang dapat Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Bank Rakyat (PBBU YBR) tahun lepas. Aku start dapat waktu awal sem 2 la lebih kurang. Sebelum tu aku ada peminjam PTPTN hehehehe. 

Yang nak mohon tu kalau rasa macam ragu-ragu mohon je dulu. Kalau ada rezeki nanti, ada la tu. Risau pasal PTPTN? Taktahu cemana nak buat? Relax, semua boleh settle. Haha. Lets say korang dapat YBR ni, korang boleh tolak PTPTN tu dengan aman, jangan risau hehe. Oh nanti aku update entry pasal tu okay? Sekarang ni mohon je dulu. In shaa Allah membantu. So far kalau aku memang membantu la. Well, PTPTN bagi kan tak banyak sangat which is memang tak cukup pun kalau fikir. Hmm bukan nak cite tak bersyukur, tapi kalau kita ada peluang dan cara lain, tak salah kan kita cuba. 

So all the best! 

Jaaaa :)


Wednesday, July 8, 2015

Review: Ikhwah Pakai Jeans

 
Rabu | 8 Julai 2015

Alhamdulillah dah puasa ke berapa kita hari ni?

Well, harini rasa nak review buku yang aku baru ja habes baca.

Memandangkan cuti ni, masa yang ada tu dapat lah aku membaca buku-buku yang aku beli suatu ketika dahulu yang tak pernah nya nak baca. Haha.

Ikhwah Pakai Jeans by Inche Gabbana.



Aku yakin Inche Gabbana ni blogger yang femes jugak. Siapa yang suka baca entry berunsurkan dakwah dan tarbiyah mesti kenal dia ni. Cara penulisan dia pun sempoi je. Cuma satu je, panjang amat. Hehe. Maaf Inche Gabbana.

Sebab tu bila dia buku kan semua hasil tulisan dia tu, aku dapat baca dengan lebih tekun. Mentaliti kot, kalau buku panjang-panjang takpe. Haha. Padahal benda yang sama. Meh.

Mengenai buku ni.

Kepada yang dah terjebak dalam dunia dakwah dan tarbiyah, sila lah baca buku ini. Especially buat ikhwah. Eh tengok tajuk la. Ikhwah pakai jeans kot bukan akhwat pakai jeans. Tapi most of the topics memang tembak akhwat sekali hehehe. Saje je nak emphasize. Anda patut baca buku ini. Serious.

Walaupun bagi aku dia agak berat dan pahit. Tapi apa boleh buat, kebenaran itu memang pahit. Haih. But still, menyentap sanubari jugak la. Aku terasa seolah-olah penulis tengah cakap dengan aku. Deep sungguh tu hehe.

So, kepada yang curious tu, sila lah cari buku ini dan rasai sendiri penangan Inche Gabbana.
Boleh je dapat kan dekat Mph.

Done for now. Jaaaa J


About Me

My photo
23 yo girl with extraordinary hungriness. Love travel and design. Japan is a must-go-country on the list!