Skip to main content

Yayasan Bank Rakyat


Salam Raya ke-8!

Harini hujan lebat melanda Selangor. Sangat lebat. 

Terasa rajin nak bukak laptop, usha la website Yayasan Bank Rakyat. Oh permohonan Pinjaman Boleh Ubah untuk Ijazah Sarjana Muda dah buka!

Kepada yang berminat nak mohon, boleh terus ke laman web Yayasan Bank Rakyat. Korang boleh dapatkan borang permohonan dan segala yang berkaitan dengan pinjaman boleh ubah tu dekat website tu k. 



Alhamdulillah, aku adalah salah seorang yang dapat Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Bank Rakyat (PBBU YBR) tahun lepas. Aku start dapat waktu awal sem 2 la lebih kurang. Sebelum tu aku ada peminjam PTPTN hehehehe. 

Yang nak mohon tu kalau rasa macam ragu-ragu mohon je dulu. Kalau ada rezeki nanti, ada la tu. Risau pasal PTPTN? Taktahu cemana nak buat? Relax, semua boleh settle. Haha. Lets say korang dapat YBR ni, korang boleh tolak PTPTN tu dengan aman, jangan risau hehe. Oh nanti aku update entry pasal tu okay? Sekarang ni mohon je dulu. In shaa Allah membantu. So far kalau aku memang membantu la. Well, PTPTN bagi kan tak banyak sangat which is memang tak cukup pun kalau fikir. Hmm bukan nak cite tak bersyukur, tapi kalau kita ada peluang dan cara lain, tak salah kan kita cuba. 

So all the best! 

Jaaaa :)