Tuesday, March 22, 2016

Review : Why Men Don’t Listen and Women Can’t Read Maps

22 Mac 2016 | SELASA

“Weh aku tengah baca buku Why Men Don’t Listen and Women Can’t Read Map. Baru je start baca, best gilaaa”

“Hahaha kau dari dulu lagi minat benda ni”

Well, thanks for understanding me. Hahaha

Aku memang dari kecik selalu je terfikir tentang ni. Kenapa lelaki dengan perempuan berbeza cara dorang fikir?

Bila dah besar sikit, aku selalu pulak dengar lelaki cakap,

‘perempuan ni complex la’

‘perempuan ni complicated habis’

‘kau tahu add math? Perempuan lagi susah nak faham dari tu’

Panas je aku hahaha. Its actually not that kami ni species paling pelik di dunia. Cumanya kaum Adam yang tak cuba nak faham. *cliché words from ladies hoho

Memandangkan dari kecik aku minat topik ni, jadi aku cenderung nak baca fakta-fakta perbezaan lelaki dan perempuan. Bukan nak cari siapa menang, tapi aku nak cari apa uniknya dan macam mana lelaki berfikir sebenarnya since aku perempuan kan. And aku agak bangga kalau orang kata aku memahami, well ilmu tu penting beb hehe

Cikgu aku pernah kata dulu,

‘Lelaki ni pandai, tapi perempuan ni rajin.’

Lecturer aku pernah kata,

‘Kalau perempuan asyik pandang lelaki tinggi, sampai bila-bila perempuan di bawah dan perempuan akan kejar lelaki untuk jadi setaraf kononnya. Padahal dua-dua ada role masing-masing, dan sememangnya mereka setaraf.’

 Simple.

Dan ingatlah, Allah dah berfirman, setiap benda tak kan dijadikan dengan sia-sia.

So buku ni pasal apa?

Aku suka intro dalam buku ni. Nice je ayat dia.

“Through this book, you will know about your opposite gender and yourself better.”

…yourself better! Yes, aku pun nak tahu gak kenapa perempuan ni complicated sangat hahaha

So overall buku ni terlalu best dan wajar dibaca untuk sesiapa sahaja. Mungkin aku cadangkan untuk yang nak berkahwin, sebab you’ll know how to handle your spouse better. In terms of many ways. Seriously, ilmu ni sangat boleh apply.

And sebenarnya buku ni bukanlah hanya untuk kau faham pasangan. Contohnya aku perempuan. Jadi buku ni membantu aku faham abah, adik-adik lelaki, pakcik dan sebagainya. Panduan yang baik la. Its not 100% true or applicable to all men but at least you know something about them. J

Happy reading this book!
Sis bagi 5 bintang!


Friday, March 11, 2016

Responsibility

10 Mac 2016 | KHAMIS

“Jadi, saya melantik Ali menjadi Kelas 1 Arif”

Semua murid kelas 1 Arif bertepuk tangan. Dan Ali pun tersipu-sipu malu, bangga mungkin. Rasanya lepas jadi Ketua kelas ni mesti lebih dikenali dan menjadi tumpuan semua orang. Bukankah seronok begitu?

“Tahniah dan Takziah saya ucapkan kepada saudara Ali untuk pelantikan Pengerusi Persatuan Mahasiswa Cemerlang ini”

Semua hadirin di dalam dewan bertepuk tangan. Dan Ali pun tersenyum kelat. Memikirkan apa langkah pertama yang harus dia lakukan. Terasa seperti bebanan yang serta-merta menimpa ke bahunya, berat. 

Dan akulah Ali itu.

Sesungguhnya kefahaman tentang amanah itu membezakan setiap individu dan cara pelaksanaan tanggungjawabnya.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? – Al Ankabut: 2
Semoga aku lebih kuat. Inshaa Allah J


Tuesday, March 8, 2016

21

7 Mac 2016 | ISNIN

It’s 7th March 2016, I’m turning 21! Arghhhh tak best aaaaaaa

Another year ahead. Lepas je pukul 12.00 malam, Mak Abah wish dekat group Whatsapp family, air mata dah bergenang akhirnya tumpah jugak. Sobsob.

Kalau diikutkan hati nak je book tiket flight balik. Nasib baik la aku species tekad yang masih boleh fikir rasional hahaha.

Dear Mak,

Happy birthday! Semoga Allah sentiasa memberkati usia mak. Semoga sentiasa ceria. Doakan lah orang kat sini baik-baik je. Doakan orang jadi anak yang solehah. Doakan orang dapat jodoh yang baik. Sesungguhnya doa seorang ibu itu makbul J ilebiuuu mak


Thanks to Afiqah untuk giant bear yang sangat gebus dan comel


Thanks to Sabrena untuk cekelat yang cute lagi sedap


Thanks to Amie, my dearest youngest brother, yang belikan bakul dekat Daiso sebagai hadiah untuk along. Sedih along dik. “Ami tak cukup duit tak boleh nak beli hadiah mahal-mahal”. Menangis along baca mesej kau ni dik. Waaaaa.


Thanks to Abah yang nak hadiahkan cincin emas. Haha. Tak sabar nak balik pergi kedai emas. Hahahaha

And special thanks to my cousin yang cantik terlampau, Mir aku dah agak minah ni mesti nak post something dekat blog dia since dia macam tak kesah pun nak Whatsapp aku ke mesej ke call ke. Haihh la budak ni. But still, your birthday post really touch me. Aaaaaa sweeeet gilos. Haha. In shaa Allah, aku sangat berharap kita dapat pergi holiday lagi. Maybe kalau kita ada overlap cuti ke tak payah fikir banyak, beli je tiket flight terus pergi haha.

And for all wishes tanda ingatan dari seluruh dunia, saya amat hargai anda. Serious. Since I’ve turn off the notification on Facebook, so I value you more as remembering my birthday hahaha. Point dia, siapa tak suka orang sambut birthday kau en, segan la nak bagitahu. Hahaha *Peace

In shaa Allah berkat doa semua orang semoga saya menjadi lebih baik dengan meningkatnya umur, meningkat sekali lah amal. Inshaa Allah J


Domou Arigatou! Jaa ne J

Sunday, March 6, 2016

Misi Bantuan Pasca Banjir Sarawak 2016


5 Mac 2016 | SABTU

“Kau nak tak join team sukarelawan pergi tolong mangsa banjir sabtu ni? Tak cukup orang ni.”

“Boleh gak, bagi lah nama aku.”

Alhamdulillah, keterujaan aku nak membantu masyarakat Sarawak tertunai apabila diberi peluang untuk menyertai misi bantuan kali ini.

Selama hampir 3 tahun di sini, inilah kali pertama perkhabaran banjir besar berlaku di sini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 

Program anjuran Yayasan Ikhlas dengan kerjasama I-Medik dan Hikmah Sarawak ini pada aku sangat bagus. Tersangat bagus. Mereka bertindak sebagai medium atau platform untuk orang ramai khususnya menyalurkan bantuan. Semoga usaha murni mereka semua diberkati dan dipermudahkan Allah, amiiin.

Perjalanan kami bermula dari Kuching ke Lundu memakan masa hampir 3 jam. Dan bila aku perasan aku je yang bukan Medic, I be like …. Hahaha. Segan titew. Yang lain sume terdiri daripada doktor dan pelajar jurusan perubatan. Jadi biotech ni, apakah kerjanya? Haha. Alhamdulillah, membantu jugak lah kot. Aku tolong catatkan berat pesakit heheheheheehe

Melihat kepada kampung yang kami lawati, boleh tahan mencabar. Nak sampai ke kampung tersebut perlu menaiki bot, yang pastinya ada buaya dalam sungai tu herher. Scaryyy.

Kg Selampit, Lundu terletak di seberang sungai ini

Penduduk kampung juga tak melepaskan peluang untuk bersama-sama menjayakan misi kami pada hari ini. Ramai juga yang datang buat pemeriksaan kesihatan. Alhamdulillah nampaknya usaha ini berbaloi. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka yang sukar ke bandar untuk mendapatkan rawatan dan bekalan ubat-ubatan.


Terbaca status seorang Doktor yang turut menyertai misi ini, luahan beliau yang sangat sedih mengenangkan beberapa pesakit yang datang untuk membuat pemeriksaan pada hari tu yang sebenarnya sangat memerlukan rawatan serious. Disebabkan kekangan kewangan mereka tak mampu nak menyara kos perubatan tersebut. Kedatangan kami seolah-olah memberi sinar harapan baru bagi pesakit ini untuk mendapat bekalan ubat-ubatan.


Aku terfikir, kadang-kadang kita ni selalu mengeluh dengan apa yang kita tak mampu miliki. Padahal ramai lagi orang kat luar sana, benda basic pun tak cukup lagi. Muhasabah semula. Sentap habis ni.

In-shaa Allah kalau diberi peluang nak join lagi. Hehehe.

Kepada yang membaca, marilah kita sesame menyumbang. Demi meringankan beban mereka. Semoga usaha kita yang sedikit ini dipandang Tuhan, in shaa Allah.

Follow Facebook Page: I-Medik Sarawak

Hulurkan bantuan, ringankan beban :)


Friday, March 4, 2016

Caffeinated

4 Mac 2016 | JUMAAT

Its already 12.00 am. Kebiasaannya, aku dah lena pun. Tapi semalam aku masih terkebil-kebil pandang syiling. Dah kenapa ni?

Aku cuba ke kiri ke kanan, pusing-pusing lagi tak jalan jugak. Mata aku makin segar bukannya mengantuk. Tapi badan aku penat. Have you ever feel that way? Duhh tak best weh serious aku cakap.

I’ve texted Pabel and ramai gila orang lain, hoping that semuanya tak tido lagi. Syukur, Pabel masih sedar hahahaha. Aku merapu la dengan dia. Homesick la, lapar la. Its true then. Cuma aku tak mampu nak bergerak ke dapur untuk buat air, wehh dah pukul 1 lebih kot masa tu. Aku dah la penakut hahaha

Jam menghampiri pukul 2 pagi dan aku masih terkebil-kebil macam tadi. Tiada perubahan. Jiwa aku dah tak tenang, fikir macam-macam benda mengarut. Sumpah mengarut. Thinking of nak book flight ticket balik esok dan sebagainya.

Bibir aku tak berhenti berzikir mengingat Tuhan. Hanya dengan mengingati Tuhan, jiwa akan tenang.

Tak lama lepas tu, aku dapat ilham nak tanya Prof Google yang arif lagi bijaksana.

Google: How to get sleepy

Hahaha surprisingly siap ada WikiHow lagi. Serious nya masalah aku ni.

Aku baca satu-satu, the don’t kebanyakkan nya aku dah buat. Sadly. Dan aku perasan jangan ambil caffeine sebelum tido. Oh mannn, this hit me hard seriously!

Petang tadi sebelum kelas, aku beli Wonda Coffee. Patut lah aku terkebil tahap dewa malam tu. Sebab actually aku dah lama tak minum kopi since aku baca buku yang dia kata kalau nak hilangkan rabun, minum kopi memang tak boleh. Last time aku minum kopi maybe around 2-3 bulan lepas. Dan semalam dengan selamba badak nya aku beli Wonda dekat mesin gedegang dan enjoy the brew. Haihhhh padan lah muka aku. Aku lupaaaaa, erghhh steghes.

Di saat aku terbaca artikel tu, aku mula sedar semua salah aku. Sediih. Part last tu, apa-apa pun kalau nak feel sleepy otak kene kosong, jangan fikir bukan-bukan. Take a deep breath. Fikirkan yang indah-indah secara berulang.

Alhamdulillah, aku sedar balik masa loceng aku berbunyi untuk solat Subuh.

Dan yeah, saya isytiharkan perang dengan awak, kopi! 



About Me

My photo
23 yo girl with extraordinary hungriness. Love travel and design. Japan is a must-go-country on the list!