Skip to main content

Misi Bantuan Pasca Banjir Sarawak 2016


5 Mac 2016 | SABTU

“Kau nak tak join team sukarelawan pergi tolong mangsa banjir sabtu ni? Tak cukup orang ni.”

“Boleh gak, bagi lah nama aku.”

Alhamdulillah, keterujaan aku nak membantu masyarakat Sarawak tertunai apabila diberi peluang untuk menyertai misi bantuan kali ini.

Selama hampir 3 tahun di sini, inilah kali pertama perkhabaran banjir besar berlaku di sini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 

Program anjuran Yayasan Ikhlas dengan kerjasama I-Medik dan Hikmah Sarawak ini pada aku sangat bagus. Tersangat bagus. Mereka bertindak sebagai medium atau platform untuk orang ramai khususnya menyalurkan bantuan. Semoga usaha murni mereka semua diberkati dan dipermudahkan Allah, amiiin.

Perjalanan kami bermula dari Kuching ke Lundu memakan masa hampir 3 jam. Dan bila aku perasan aku je yang bukan Medic, I be like …. Hahaha. Segan titew. Yang lain sume terdiri daripada doktor dan pelajar jurusan perubatan. Jadi biotech ni, apakah kerjanya? Haha. Alhamdulillah, membantu jugak lah kot. Aku tolong catatkan berat pesakit heheheheheehe

Melihat kepada kampung yang kami lawati, boleh tahan mencabar. Nak sampai ke kampung tersebut perlu menaiki bot, yang pastinya ada buaya dalam sungai tu herher. Scaryyy.

Kg Selampit, Lundu terletak di seberang sungai ini

Penduduk kampung juga tak melepaskan peluang untuk bersama-sama menjayakan misi kami pada hari ini. Ramai juga yang datang buat pemeriksaan kesihatan. Alhamdulillah nampaknya usaha ini berbaloi. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka yang sukar ke bandar untuk mendapatkan rawatan dan bekalan ubat-ubatan.


Terbaca status seorang Doktor yang turut menyertai misi ini, luahan beliau yang sangat sedih mengenangkan beberapa pesakit yang datang untuk membuat pemeriksaan pada hari tu yang sebenarnya sangat memerlukan rawatan serious. Disebabkan kekangan kewangan mereka tak mampu nak menyara kos perubatan tersebut. Kedatangan kami seolah-olah memberi sinar harapan baru bagi pesakit ini untuk mendapat bekalan ubat-ubatan.


Aku terfikir, kadang-kadang kita ni selalu mengeluh dengan apa yang kita tak mampu miliki. Padahal ramai lagi orang kat luar sana, benda basic pun tak cukup lagi. Muhasabah semula. Sentap habis ni.

In-shaa Allah kalau diberi peluang nak join lagi. Hehehe.

Kepada yang membaca, marilah kita sesame menyumbang. Demi meringankan beban mereka. Semoga usaha kita yang sedikit ini dipandang Tuhan, in shaa Allah.

Follow Facebook Page: I-Medik Sarawak

Hulurkan bantuan, ringankan beban :)