Wednesday, September 13, 2017

Travelog : Aquaria KLCC

Di usia 22 tahun ni barulah berpeluang ke Aquaria KLCC. Teringat masa kekecik dulu lepas UPSR, sekolah aku ada buat aktiviti ke Aquaria KLCC ni. Tapi disebabkan masa tu ekonomi keluarga agak meruncing, abah takde duit nak kasi duit yuran. Jadi aku pun kuburkan jela niat nak pergi tu. Lepastu lansung tak terfikir pun nak pergi semula.

Dan bila Sabrena bagitahu dia nak datang KL, dia pun suggest nak pergi Aquaria. Jadi, aku pun ON la hehehe 😆


TIket masuk: RM69
Bawa IC: RM49
Bawak IC + Student card: RM39

Sakit jugak la jiwa bila yang lain bawak matrik card, aku terlupa. Erghhh rugi RM10 huwaaa

“Bukan kau selalu pesan ke, kalau keluar bawa matric card nanti dapat banyak offer”
“Ergh aku lupa ah”

Tips: Boleh tengok jadual feeding ikan-ikan tu dalam website Aquaria KLCC. Harini kitorang dapat tengok Shark Feeding. Seronok!

Klik sini untuk → Feeding Schedule 

Sebab aku rasa dah lama tak tengok shark, so excited gak laa nak tengok shark ni. And semestinya excited nak masuk lorong aquarium yang memenuhi ruang sekeliling. Just imagine shark besar gila lalu atas kau. Walaupun dalam kaca tapi rasa macam dekat gila hahaha. K sis over.



Tujuan sebenarnya ialah kami nak pergi BioMalaysia fair dekat Kuala Lumpur Convention Center. Hehe. Tapi yelah, apa salahnya sambil menyelam minum air. Dapat pulak makan hokaido cheese tart masa on the way balik, fuhh heaven!



Alhamdulillah. Satu lagi tempat best kat Malaysia aku dah pergi.Yeah, dah boleh tambah koleksi Lifebuuk.


Terima kasih daun keladi buat sabren, b, elis yang sudi melayan. Jumpa lagi nanti! 

Internship Diary

Tak sangka 10 minggu internship berlalu dengan sangat pantas

Aku teringat masa hari pertama aku melaporkan diri, dengan baju kurung, kasut sandal bertutup. Sumpah ayu tapi tak kena! Hahaha. Ini kilang dik, tak sesuai. Melaporkan diri seminggu lepas cuti raya aidilfitri. Jadi, pakai baju kurung ke kilang memang jadi bahan jela. Silapnya aku tak perasan emel offer tu ada nota kaki kat bawah suruh bawak safety shoes. Conclusion, first day dah fail.

Eh awak pakai baju kurung ke? Hm Selamat Hari Raya!”


3 hari aku tersalah tempat. Bos production plant ingat aku kos Biotechnology Engineering. They expected an engineer. Malangnya segala terms dan bahasa engineer diorang satu hape pun aku tak faham. So I cant help much. Setelah berbincang panjang, akhirnya bos berbesar hati nak tukarkan aku ke department lain. Yeah, now im going to be part of Quality Control. Akhirnyaa, aku masuk lab. Hewhew

Bermulalah hidup dalam lab. Awkward sangaaat. Sebab terlalu protocol jika dibandingkan dengan production plant. Dah nama pun quality control, haruslah mengekalkan kualiti di tahap paling maksima. Tapi disebabkan aku ni jenis manusia mudah adapt, takde masalah la. Campak dalam hutan pun maybe aku boleh kawan dengan rimau kahkah *ni over*


Dulu masa kekecik aku suka tengok kartun yang dalam lab. Rasa macam cool bila dia campur cecair oren dengan biru jadi hijau. Pastu meletup-letup. Ada buih-buih. Hahaha. Nampak gempak. Bila kerja betul-betul dalam lab. Memang benda tu real. Gila tak teruja, best gilaa kot haha



Walaupun ada ramai pakcik-pakcik dalam lab. Aku rasa semua sangat membantu. Baik, fatherly, pemurah dan macam-macam lagi. Aku rasa selamat. Terasa macam banyak bodyguard. Haha. And I learnt to not to say “Saya lapar” sebab nanti ada je insan yang bersimpati. Haha. Aku tak berniat pun. Dan sememangnya semua orang pun sangat baik dengan aku. Kalau ingat ni mesti terharu jiddan. Haih.

Aku ambil sambal belacan dekat café, makcik café kasi free je
Minggu terakhir ambil sarapan, 3 hari berderet makcik café tak kira. Free je.
Aku baru ambil lauk, sekali pakcik lab lalu scan kupon makanan, suruh aku amek apa aku nak makan
Aku baru cakap lapar, pakcik lab ajak pergi café belanja makan
Aku bagitahu aku tak sempat sarapan, pakcik lab bagi karipap dekat aku
Aku dah penat gila buat testing, last-last pakcik lab yang sambung sebab tengok aku dah lembik haha
Reagent habis, pakcik lab yang buatkan sebab takut tangan aku melecur terkena chemical

Terlalu banyak kebaikan kalau nak list, tapi saje aku listkan supaya aku tak lupa jasa baik pakcik-pakcik ni semua. Tanpa pakcik-pakcik ni semua, mesti aku tak dapat belajar banyak benda. Aku tak stress pun pergi kerja, seronok lagi ada. Rasa secure habis. Staff yang lain pun sangat laa baik. Mak siti memang jadi mak angkat terbaik dalam lab. Kak fina peneman breakfast yang setia tak pernah tak tunggu aku makan. Hehehe.

Walaupun terlalu banyak kali pakcik-pakcik tu semua suruh aku apply kerja dekat sana, tapi aku terpaksa tolak. Percayalah kadang-kadang kita terpaksa lepaskan peluang yang ada untuk sesuatu yang lebih baik. Doakan lah saya ya semua. Mesti ada hikmahnya.

Kepada semuaaaa yang terlibat,
Terima kasih untuk semua kenangan. Terima kasih untuk semua pengalaman.

Nanti kalau saya nak kahwin saya jemput semua okeh 😆

About Me

My photo
23 yo girl with extraordinary hungriness. Love travel and design. Japan is a must-go-country on the list!