Friday, February 28, 2014

Saya Bangga!

 

28 Feb 2014.
 
Memula nak cakap , Happy Birthdayyy Sabrena Hanafi ! Alhamdulillah. Dah 19 tahun kawan aku yang sorang ni haa :) Semoga tercapai lah segala yang di hajati. In shaa Allah aku doakan. Dr in the making kayy ^^

Oh , ni kisah rabu lepas sebenarnya. Majlis Anugerah Apresiasi Asasi 2013/2014. 



Nak cerita semua yang suksess dalam akademik dengan kokurikulum akan dapat anugerah haritu. Termasuk lah segala acara yang dah dipertandingkan sepanjang Asasi ni. 

And suprisingly and amazingly , group kitorang menang weh menang ! Senang cite semua dapat !

Inovasi Iklan Asasi (Inset)  :

Anugerah Lakon Layar Terbaik
Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik 
Anugerah Pengarah Terbaik

Martial Arts Asasi Demonstration ( Taekwondo ) : 

4th Place

Festival Seni Asasi (Boria) :

3rd Place 

Sijil pertama dari Unimas :)

Alhamdulillah. Sugoii k sugoii sangat. Haha.

Aku lansung tak berharap even terfikir pun. Kami tahu kami tak bagus macam group lain. Buat pun segalanya species last minit. Fikir nak enjoy je. Just having fun. But yeah usaha kami tak sia-sia rupanya. Ada mata yang nampak kebolehan group kami. Ecehhh ayat puji hakim. Heehee. Keputusan hakim muktamad kan. So bukan rasuah eh haha.

Inset tu aku agak bangga lah sebab aku salah seorang yang menyumbang jugak sebab aku salah seorang yang buat story board. Bila semua menjadi rasa macam ohsem sangat. Tahniah kepada pengarah dan pelakon lelaki group kami! 

Mungkin orang pelik kenapa lah aku ni super excited dapat tempat dalam semua acara tu bukan dapat johan pun. Hahahaha k macam ni. Aku ni dok berdoa jangan dapat no last je sampai sudah jakgi dalam top 5 dan top 3 ! Ohmaii rasa macam over react gilaa time di umumkan tu. Hahaha. Hanya group aku je paham perasaan aku sebab bukan aku je separuh gila time tu. Boleh kata semua yang aku jumpa cakap macam tu. Haha. Havoc habes ^^

Seronok. Seronok sangat. Kenangan indah yang tak dijangka. Alhamdulillah. Syukur sekali lagi.
Yeah tinggal dua bulan lagi ni haa. Chayok ! 


Selamat Hari Lahir , Sahabat :) Part II

 

28 Feb 2014.
 
Seperti tajuk di atas. Ini adalah entry part II. Hehe. Khas buat kawan ku terchenta , Marzila Aziz. 
 
24 Feb 2014. Marzila Aziz telah pun bertukar menjadi 19 tahun. Tuo dah makcik ni haa. Haha
 
Cepat sangat masa berlalu meninggalkan kita kan. Kau dengan kembar kau si Farm tu dah pungg 19. Haha. Bak kata lecturer aku kalau dah kawen lah beranak pinak dah. Phew kawen oii seramm iols. Haha
 
 
 
Marzila Aziz.
 
Awal perkenalan kita semasa di Kelana Jaya. Yeah kita sesama Sri Aman. Kita sesama Yaacob Latif. Kita tak sesama lepas tu. Tettt. Aku Cochrane, kau Seri Bintang Selatan. Kfoine. Haha. Tapi after all , lepas segala perangai tak matang kita. Segala pergaduhan dan perselisihan paham yang berlaku sepanjang persahabatan kita sebenarnya membuatkan kita kuat. Ya , kuat. Membuatkan kita sering memerlukan satu sama lain. Saling melengkapi. Sweet kan kita? Hikhiks
 
Bila tengok kalender dah 2014 kan. Aduhhh rasa tuo gilo lak den ni haa. Haha. 
Kita jumpa 2008. Sekarang dah 2014 dah pungg. Sungguh masa tu mencemburui kita. Kan kan? Aihh sodeh lak den. 

Jadi , di hari jadimu tahun ini ,

Tiada salam tiada pesan , hanya coretan sederhana yang dapat ku persembahkan ,
terima kasih sudi menjadi sahabatku , dunia akhirat. In shaa Allah.

Nak bagi hadiah peti ais takde duit , i tulis dekat belog jelah ehh. Hahaha
Glamour k masuk belog i hahaha

Pesanan aku buat kau ,
 

 
Semoga semua yang kau impikan tercapai ,
Semoga jalan yang kau ambil sentiasa dipermudahkan oleh Allah,
Semoga hidup kau diberkati dan dilimpahi rahmat-Nya,
Semoga menjadi anak yang solehah yang berbakti terhadap kedua ibu bapa,
Semoga persahabatan kita kekal ke akhirnya,
Semoga kau kawen cepaat. #eh Hahahaha
 
 Okayy melalut panjang nampaknya aku ini. Kfoine hahaha
 
Lastly , Mar. I miss you so much! Please la arrange masa jumpa aku. Haha. Oh ingatlah daku dalam doamu. Ecehh. 



So yeah , Happy birthdayyyy Marzila Aziz!
 

Monday, February 24, 2014

Selamat Hari Lahir , Sahabat :)

  
24 Feb 2014.

"Selamat Hari Jadi !"
"Happy birthdayyy"
"Tanjoubi omedeto!"
"Sanah helwah" 



Yawwww. Kepada Farmira dan Marzila yang teramat disayangi : Wahai kembar tak-seiras langsung, aku dengan rendah hati mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kawan-kawanku :)

Yeah ikhlas dan jujurnya aku rindu korang. Sangat. Teramat. 
Demi memenuhi permintaan si birthday gegel yang sibuk nak nama dia masuk blog aku yang tak seberapa ni so kfoine aku tulis. Khas buatmu di hari jadimu. Eceehhh. 

Farmira Ehsanuddin.

Pertama kali kita bertemu waktu aku form 3. Kau yang terlalu menonjol buatkan semua orang senang je kenal kau. Lagipun sifat peramah kau tu buat semua orang senang bergaul dengan kau. Yeah no wonder kau digilai dalam kalangan adik-adik junior dan akak-akak senior. Haha. Yang mana aku tak mampu jadi macam tu. Kelass ah kau Farm. Hewhew

Bila dah kenal dah rapat. Kita dah macam family. Kawan baik. Aku sedar aku ni kawan yang agak teruk ah. Nakal teramat! Hahaha. Selalu jeleskan kau. lol. Tapi kau sabar je kan. Dan aku tahu kau makin sayang aku. Hihihihihihihii gediks. 

Aku takkan lupa kenangan kita main pingpong sesama. Kalah sesama. Asalkan enjoy! Haha
Kita kongsi banyak kegilaan yang sama. Anime. Jepun. Cute things. Kan? Manis kan kita? Kan kan? Haha



Tabung Conan tu ! Ohmaii aku sayang gila tahap gunung Everest. Haha. Sampai ke Sarawak aku angkut. Aku terharu gilos sebab kau bagi aku tabung tu tanpa sebab. Dah la Conan , pink pulak tu. Oh macam mana laaa aku tak sayang gilaa. Hahaha. Mekaseh mekaseh mekaseh!
Tahun lepas aku happy sesangat dapat bagi kau puzzle Naruto tu. Lama aku plan tau. Hehe. Well , aku puas hati walaupun sampai sekarang aku tak sempat lagi nak beli puzzle Conan. Nampak tak aku sayang kau tu. Hehehehe gediks. 

So tahun ni maaf laa. Aku tk sempat nak belikan apa-apa ke buat apa-apa ke. Aku busy ter-amat tahap tidur pun tak cukup. Sobs. Nak habes asasi ni lagi lah semua benda nak kene buat. Assignment bertingkek-tingkek. Pheww takpe. Jana hebat kan? hahaha

Jadi , sekali lagi. Selamat hari jadi kawanku. Semoga hidup kau diberkati dan dirahmati Allah. Sentiasa bersama dengan orang-orang beriman. Semoga segala cita-cita kau tercapai. Semoga kau dapat membalas budi baik parents kau. Dan ingatlah aku disini sentiasa ada bila kau susah , kau senang. Bila kau ada masalah. Chillex , kau masih ada aku untuk kau mengadu. Kau sentiasa ada Allah. Minta pada-Nya. In shaa Allah. Semoga persahabatan kita ke akhirnya. Hingga Syurga :)

Aku terjumpa pics super sakai ini. Jadilah. Ini je yang ado! Hahaha

Ku tunggu mu datang sini. Hahaha.
Cepat pergi tempah tiket! Hahahahahahahaha


Done , XOXO

Jaa ne :)


Thursday, February 20, 2014

M U E T

 

20 Feb 2014.

Berdebar-debar dari malam tadi. 
Muka memang dah bertahan cool. Yeah bagus Marjana! Haha
 
The best part bila kau tak pernah tahu dan kenal atau nampak kewujudan groupmate kau sebelum Muet ni. Bila one of them contact aku ajak jumpa aku pun macam ohh okayy why not kan. 
 
Bila malam tu kitorang pun buat lah macam orientasi budak form 1. Hahaha
 
" Awak ke Marjana? Ohh kita satu group Muet! "
 
 " Saya rasa dia la lelaki tu sebab dia dari tadi kat situ sorang-sorang"
 
" Kita tunggu sorang lagi tapi saya pun taktahu kita tunggu sape"
 
Lawak k lawak. Lepastu buat la sesi kenalkan diri. Alaa asal tahu nama je. Takperlu pun tempat tinggal nama kucing segala kan. Hahaha

Harini.

Kejap je rupanya lepastu daaaaah siap. Phew lega teramat apabila keluar dari pintu bilik periksa Muet Speaking Test tadi. Alhamdullilah kami dapat tajuk boleh kata senang la boleh goreng. Hihi
 
"The most effective way for mantaining a friendship"
 
Lebih kurang macam tu la tajuknya tadi. So point aku , aku dapat "helping them whenever they need assistance" so aku goreng punya goreng. 2 minit je pun kan. Belasah jelah.
 
Part B tu mula-mula aku ingat nak tegakkan isi aku lah. Kononnya. Lepastu bila candidate C sokong point candidate A , aku pun dah goyah sikit. Nak argue macam malas pulak ( boleh pulak malas kan ) Hahaha. So aku pun buat keputusan cepat untuk sokong jugak point Candidate A tadi. Candidate D pulak dia still dengan point dia tapi dia kaitkan dengan point Candidate A. K kira semua sokong A lah ni. Mentang-mentang A handsome muka boleh tahan semua B C D dah ah perempuan. Hahaha *tak de kene mengena pun sebenarnya lol. 
 
 *Gambar sekadar hiasan
 
So as a conclusion , kami pilih la point Candidates A. Memang dia pun yang kitorang pilih untuk conclude. Lepastu done! It was superfast and awesome!


Thursday, February 6, 2014

Treat Yourself

 

6 Feb 2014.

Alhamdullilah. 
 
Minggu yang dasyat. 
Midsem yang menggugat. 
Soalan yang malas nak ingat. 
Result yang bakal buat jiwa tersiat-siat. Gituuh. 

Jadi , hari ini kami mengambil kesempatan untuk mengaplikasikan tagline BR "Treat Yourself" Hahaha

Aku dah memang plan nak pergi BR lepas je habes exam Mid Sem ni. Apa nak jadi pun jadi lah. Haha. Alhamdulillah , Allah permudahkan segala urursan. Mula-mula nak pergi dengan membe sorang je. Lepas tu ramai pulak nak join. I mean 2 orang lagi. Ramai la kan , total 4. Hihi

Kami ke Summer Mall. Otw tu singgah cendol layan cendol kejap je habes. Haha. Cendol makcik Kelate tu memey THE BEST la kan. Haha. Take note. Cendol adalah rare di sini. So untuk species jakun macam aku tu kira macam luxury dah tu. Yelah nak balik rumah bukan boleh selalu. 

Mula-mula kami pergi tingkat paling atas main game. Hahaha. Takde keje. Aku main yang drum pukul-pukul tu. Memang terbaik dari ladang la kan. Aku pukul baik punya kuat sampai merah-merah tangan bengang la tu kan. Dengan lagu Naruto dengan 100% Ost Ninja Boy memang layan lah. Haha

Lepastu pergi beli saltcheese biscuit untuk buat cheesecake nanti kat umah. Oh semenanjung takde biskut tu. Oootedah. Hahaha

Lastly , we went for Baskin Robins!

K happy tak terhingga sehingga merasakan seperti esok tiada kelas. Oh apalah naseb esok masih Jumaat. Kelas macam biasa. Macam takde apa berlaku je minggu ni kan.  Sabar jelah =='

Oh , i'll miss this moments :)

 
Selangor! Esok aku datang!
 
*kembali ke dunia nyata*

Esok ada kelas.
Kbai. Jaa ne :)
Salam.


Saturday, February 1, 2014

Fighting!

 
1 February 2014.


3 days to go for Midsem Exam =='
7 days to go for 'home sweet home' Yeayyy

Rata-rata aku dengar semua orang bualkan tentang macam mana nak balik , nak naik apa , flight pukul berapa. Hahaha. Seolah-olah macam takde je exam minggu depan kan. Lawak betul.

Aku pun excited gila nak balik! Last aku balik pun cuti final exam tahun lepas. Heh lama dah tak jenguk bilik ku di Selangor sana. 

Tapi sebelum apa-apa perjuangan yang lebih penting cuma tinggal 3 hari lagi. Yeah mungkin kurang 72 jam lagi pun. Walaupun bukan final tapi carry marks Midsem sangat penting untuk final result nanti. And yes , itulah yang boleh buat aku stress kalau duk termenung pikir. Hmmm

Jadi , kepada semua dakdak Asasi Unimas. Ganbatte kudasai! :) Fighting fighting!

Semoga kita memperoleh keputusan yang cemerlang 4 Rata. Amiiin :)




Berhenti di sini.
Jumpa lagi :)




About Me

My photo
23 yo girl with extraordinary hungriness. Love travel and design. Japan is a must-go-country on the list!