Skip to main content

M U E T

 

20 Feb 2014.

Berdebar-debar dari malam tadi. 
Muka memang dah bertahan cool. Yeah bagus Marjana! Haha
 
The best part bila kau tak pernah tahu dan kenal atau nampak kewujudan groupmate kau sebelum Muet ni. Bila one of them contact aku ajak jumpa aku pun macam ohh okayy why not kan. 
 
Bila malam tu kitorang pun buat lah macam orientasi budak form 1. Hahaha
 
" Awak ke Marjana? Ohh kita satu group Muet! "
 
 " Saya rasa dia la lelaki tu sebab dia dari tadi kat situ sorang-sorang"
 
" Kita tunggu sorang lagi tapi saya pun taktahu kita tunggu sape"
 
Lawak k lawak. Lepastu buat la sesi kenalkan diri. Alaa asal tahu nama je. Takperlu pun tempat tinggal nama kucing segala kan. Hahaha

Harini.

Kejap je rupanya lepastu daaaaah siap. Phew lega teramat apabila keluar dari pintu bilik periksa Muet Speaking Test tadi. Alhamdullilah kami dapat tajuk boleh kata senang la boleh goreng. Hihi
 
"The most effective way for mantaining a friendship"
 
Lebih kurang macam tu la tajuknya tadi. So point aku , aku dapat "helping them whenever they need assistance" so aku goreng punya goreng. 2 minit je pun kan. Belasah jelah.
 
Part B tu mula-mula aku ingat nak tegakkan isi aku lah. Kononnya. Lepastu bila candidate C sokong point candidate A , aku pun dah goyah sikit. Nak argue macam malas pulak ( boleh pulak malas kan ) Hahaha. So aku pun buat keputusan cepat untuk sokong jugak point Candidate A tadi. Candidate D pulak dia still dengan point dia tapi dia kaitkan dengan point Candidate A. K kira semua sokong A lah ni. Mentang-mentang A handsome muka boleh tahan semua B C D dah ah perempuan. Hahaha *tak de kene mengena pun sebenarnya lol. 
 
 *Gambar sekadar hiasan
 
So as a conclusion , kami pilih la point Candidates A. Memang dia pun yang kitorang pilih untuk conclude. Lepastu done! It was superfast and awesome!