Friday, September 20, 2013

Sarawak Cultural Village

  

Hai semua hai dunia :)

Minggu lepas aku telah menyambut Hari Malaysia di sini. Yeah Sarawak Cultural Village. 
Actually , tempat ni macam dah jadi kewajipan utk budak-budak uni dekat sini pergi melawat. Seronok jugak tau dapat kenal budaya adat Sarawak ni. Dekat semenanjung takde benda-benda macam ni.

Kampung Budaya ni terletak di Santubong. Perjalanan dari Kota Samarahan mengambil masa dalam 53 minutes ( ikut maps ) . Terletak berhadapan dengan Damai Sentral. K depan laut k. Sangat best. Di sarankan untuk sewa kereta sendiri sebab memang best. Hihi

Oh Sarawak tersangat lah unik. Walaupun satu negeri tapi macam macam budaya dan adat diorang amalkan.

The best part is Persembahan Budaya. Yup. Bertempat di Panggung Budaya , Sarawak Cultural Village. Persembahan ni awesome gila sebab dia tunjuk semua tarian femes amous dekat Sarawak ni. Kepada yang bukan orang Sarawak memang sesuai la kan :) Ada silat , ngajat , orang menyumpit , macam-macam lah. Kitorang masuk lambat then berdiri dekat belakang sekali. K sad. Berdiri. Naseb baik enjoy gila. Hihi
  
Beberapa momento terindah di Kampung Budaya Sarawak :)





Sebelum balik , kami sempat beriadah di Pantai Damai. Yeah seperti namanya damai sungguh pantai ni. Angin sepoi-sepoi bahasa. Fuuuu fuuuu. Sambil makan snacks. Fuuuuu fuuu. Angin menyapa muka. Alahaaaiii indahnyaa saat tu. Haha. Melayan snacks sambil tengok laut sambil layan angin pantai. K awesome tak terkira. Hehe
 

K ini saje coretan kali ini.
Ki wo tsukete.  Jaa ne :)

 

Monday, September 16, 2013

Animal Dissection - Mr Froggy

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

SELAMAT HARI MALAYSIA! Yeah , saya bangga menjadi anak Malaysia. Peace yawww. Hihi

Oh jumaat baru-baru ini seperti yg telah di jadualkan aku pun kena lah dissect binatang bernama katak itu. Ahh perasaan aku Allah jela tahu. Rasa serious macam nak ponteng je lab tu. Itulah gambaran betapa aku takut dan gelinya dengan benda alah tu. Haih.

Time nk beli katak tu gigil aku rasa. Naseb baik Dania superwoman rescue aku. Dia yang belikan. Dia yang bawak kan. Dia yang bawak balik. Eh. Eh memang pun. Sampai dah nak masuk lab baru dia pass dekat aku. Hahaha. Thanks a lot Dania!

Dah masuk lab tu baru laa aku memberanikan diri sikit-sikit. Takpernah terfikir aku utk face banyak2 katak dalam satu bilik. Pehh memang terbaik. Yang tak boleh blah tu aku punya katak je kecik. Yang lain sume fuhh bapak bapak katak agaknya. Yang beli katak makan tu lagi la takyah cite. Besar gila weh. Besar gila. K.

Kenangan paling tak dapat lupa. Katak giant tu ada 2 tau. Time nak matikan guna chloroform tu dia boleh agressive habes pulak. Terkeluar kepala katak tu dr plastic. Berlari semua org. Cuakk weh. Hahahahaha. Dah la besar menakutkan pulak tu. Haha

Yang second katak giant tu pulak dah mati dah. Si empunya pun pin la badan atas papan bedah. Jakgi jeng jeng jeng, tangan dia kaki dia gerak-gerak. Aku sebelah dia yang over cuak. "Weh katak kau hidup lagi! "
Cepat2 abang lab tu tolong masukkan dlm balang. Pehhhh genting nya lah saat tu, pheww naseb dia tk lompat je terus jadi hulk katak. Hahahaha

Bila dah mati tu , mati lah jugak ketakutan dan kegelian aku. Cuma part basuh a.k.a kena pegang katak tu aku mintak tolong membe aku la. Hihihi
Bila dapat tengok organ katak tu best pulak rasanya. Time ni sape punya katak besar la yang puas tengok. Sume organ nampak jelas. Aku punya sume kategori tiny je, haha.

Btw , Mr Froggy. Lets this be the first and the last one of frog dissection in my life. Yeah. Nak dissect benda lain pulak, haha

Oh sesungguhnya aku suka saat ni. Happy moment with all lab members ♡♥♡♥

Tuesday, September 10, 2013

Brace Yourself

Assalamualaikum..

Hai dunia hai semua!

Sejok pagi tok. Hujan jak dari tek. Hewheew
Ada jugak masa aku nak mengupdate belog kan. Yeah. Tadi dah revise chemist sikt-sikit so ni recess la ni. Haha

Nak cite minggu ni aku tersangaat la busy. Fine la aku sentiasa busy but this week is the busy-est. Hahaha

Asasi ni memey style dia. One week busy gila. One week cool je free. Haha. So kena pandai la manage masa.

Minggu ni aku ada segala lab. Yeah. Chem , It , Bio sumbat semua. Nak cakap lab chem semalam penat sangat. Longlai aku balik bilik. Selalunya pukul 3 lebih kitorang dah checkout lab tapi semalam nak dekat pukul 5 dah baru reti nak sudah semuanya. Sabar jelah.

Harini ada lab It , katanya lab ni la paling lama sekali sebab belaja OS ( Operating System ) hm hm positive pleasee. Takpe , kita buat dia jadi sekejap. Haha. So kene buat bebetul la petang nanti. Hehe

Rabu ni ada Jerayawara. Macam taklimat untuk kos time degree nanti kot. Im not too sure. Tapi rasanya cenggitu ah.

Khamis ada OSPE. Micropipette and Anatomy. Hmm wish me good luck ehh. Nak jugak aku merasa full marks. Hewhew

Jumaat , haih ni aku malas cite ni. Dissection of animal. Frog. Why frog weh whyy? Benda paling aku tak boleh katak la. Haihhh. Menci menci. Aku tak tahu apa naseb aku jumaat ni. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amiin.
Oh cukup dah kan seminggu. Phewww padat dan mutakhir kan? Haha
Done for now. Take care. Jaa ne. Byebyebye (:

About Me

My photo
23 yo girl with extraordinary hungriness. Love travel and design. Japan is a must-go-country on the list!