Skip to main content

Caffeinated

4 Mac 2016 | JUMAAT

Its already 12.00 am. Kebiasaannya, aku dah lena pun. Tapi semalam aku masih terkebil-kebil pandang syiling. Dah kenapa ni?

Aku cuba ke kiri ke kanan, pusing-pusing lagi tak jalan jugak. Mata aku makin segar bukannya mengantuk. Tapi badan aku penat. Have you ever feel that way? Duhh tak best weh serious aku cakap.

I’ve texted Pabel and ramai gila orang lain, hoping that semuanya tak tido lagi. Syukur, Pabel masih sedar hahahaha. Aku merapu la dengan dia. Homesick la, lapar la. Its true then. Cuma aku tak mampu nak bergerak ke dapur untuk buat air, wehh dah pukul 1 lebih kot masa tu. Aku dah la penakut hahaha

Jam menghampiri pukul 2 pagi dan aku masih terkebil-kebil macam tadi. Tiada perubahan. Jiwa aku dah tak tenang, fikir macam-macam benda mengarut. Sumpah mengarut. Thinking of nak book flight ticket balik esok dan sebagainya.

Bibir aku tak berhenti berzikir mengingat Tuhan. Hanya dengan mengingati Tuhan, jiwa akan tenang.

Tak lama lepas tu, aku dapat ilham nak tanya Prof Google yang arif lagi bijaksana.

Google: How to get sleepy

Hahaha surprisingly siap ada WikiHow lagi. Serious nya masalah aku ni.

Aku baca satu-satu, the don’t kebanyakkan nya aku dah buat. Sadly. Dan aku perasan jangan ambil caffeine sebelum tido. Oh mannn, this hit me hard seriously!

Petang tadi sebelum kelas, aku beli Wonda Coffee. Patut lah aku terkebil tahap dewa malam tu. Sebab actually aku dah lama tak minum kopi since aku baca buku yang dia kata kalau nak hilangkan rabun, minum kopi memang tak boleh. Last time aku minum kopi maybe around 2-3 bulan lepas. Dan semalam dengan selamba badak nya aku beli Wonda dekat mesin gedegang dan enjoy the brew. Haihhhh padan lah muka aku. Aku lupaaaaa, erghhh steghes.

Di saat aku terbaca artikel tu, aku mula sedar semua salah aku. Sediih. Part last tu, apa-apa pun kalau nak feel sleepy otak kene kosong, jangan fikir bukan-bukan. Take a deep breath. Fikirkan yang indah-indah secara berulang.

Alhamdulillah, aku sedar balik masa loceng aku berbunyi untuk solat Subuh.

Dan yeah, saya isytiharkan perang dengan awak, kopi!