Skip to main content

Responsibility

10 Mac 2016 | KHAMIS

“Jadi, saya melantik Ali menjadi Kelas 1 Arif”

Semua murid kelas 1 Arif bertepuk tangan. Dan Ali pun tersipu-sipu malu, bangga mungkin. Rasanya lepas jadi Ketua kelas ni mesti lebih dikenali dan menjadi tumpuan semua orang. Bukankah seronok begitu?

“Tahniah dan Takziah saya ucapkan kepada saudara Ali untuk pelantikan Pengerusi Persatuan Mahasiswa Cemerlang ini”

Semua hadirin di dalam dewan bertepuk tangan. Dan Ali pun tersenyum kelat. Memikirkan apa langkah pertama yang harus dia lakukan. Terasa seperti bebanan yang serta-merta menimpa ke bahunya, berat. 

Dan akulah Ali itu.

Sesungguhnya kefahaman tentang amanah itu membezakan setiap individu dan cara pelaksanaan tanggungjawabnya.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? – Al Ankabut: 2
Semoga aku lebih kuat. Inshaa Allah J