Skip to main content

Currency Exchange Counter Murah

 
30 Julai 2015 | Khamis

Hai semuaaa J

Cuti aku hanya berbaki sebulan lebih je lagi. Jadi aku fikir nak kerja macam agak malas. Jadi, dengan simpanan yang ada. Aku plan nak pergi melancong sambil mengembara. Vacation while travelling. Gituh.

So, bulan Ogos yang indah ni In shaa Allah aku akan ke 3 tempat. Langkawi; Krabi, Thailand dan Ho Chi Minh City, Vietnam. Melampau en? Haha. Harap jangan jeles. :p

“Kaya boleh cite ah berjalan je keje”

Tak. Serious tak perlu banyak duit pun nak jenjalan ni. Yang penting kita tahu macam mana nak pergi berjalan dengan murah dan seronok!

Untuk details setiap tempat tu nanti aku update sesatu k lepas aku balik hehehe.

Bila cerita pasal melancong ke luar Negara, kita kene gak fikir pasal matawang. Maaf ya, Malaysia Ringgit tak laku kalau bawak pergi luar Negara hahaha. So kene la tukar dulu.



Waktu aku kekecik dulu, aku selalu jugak nampak kedai tulis “Pengurup Wang Berdaftar”. Dah beso loni baru tahu tu tempat tukar matawang asing rupanya hehe.

Kalau area KL/Selangor korang boleh jumpa banyak tempat Currency Exchange ni. Boleh kata setiap mall ada. Cuma, apa yang membezakan mereka ini ialah kadar tukar. Nilai matawang kita yang nak tukar tu berbeza di setiap tempat.

Aku dah usha beberapa tempat macam Jalan Tar, Setia City Mall, Aeon Jusco, GM Klang, NU Sentral, KL Sentral dan Mid Valley. Dan pemenangnya adalah, Mid Valley. Serious jauh murah berbanding tempat lain.

Contohnya, semalam aku pergi tukar matawang Baht. Dalam minggu ni aku usha. Aku ingat beberapa jelah hehe.

10 Baht – RM11.44 (Setia City Mall)
10 Baht – RM11.22 (NU Sentral)
10 Baht – RM11.12 (Mid Valley)

See, beza kan? Jadi tak hairan lah semalam aku terpaksa beratur panjang nak tukar kat Mid Valley tu. Aku rasa ramai orang tahu situ port paling murah nak tukar matawang sebab tu lah panjang beratur.

“Alah, beza beberapa sen pun nak kecoh”

Haha. Memang la nampak macam beza 20-30 sen. Tapi kita nak tukar 10 Baht je ke?

Bayangkan kalau tukar RM100? Tukar RM1000? Tukar RM10000? Wow! Banyak tu boleh jimat. Sebab tu lah penting untuk tahu tempat tukaran matawang yang murah. Hehe. Jangan mara haaa.

“Mid Valley tu kedai dia dekat mana?”

Currency exchange dekat Mid Valley ni ada 2 dekat sebelah escalator berhadapan dengan KFC dalam Mid Valley. Selain kedai depan KFC tu, Maybank pun ada jugak kaunter currency exchange, rate sama je macam kedai depan KFC tu. Actually ada satu lagi kedai yang murah. Time dah tukar tu aku masuk satu convenient store area floor tu jugak. Dekat belakang store tu ada satu lagi kedai currency exchange. Rate dekat situ, 10 Baht – RM11.11. Sigh. Aku dah tukar tadi. Haha. Tapi kedai ni agak susah nak cari. So kalau dah jumpa yang depan KFC tu pun dah okay dah. J

So yeah. Harap sangat membantu hakak hakak dan abam abam yang nak travel tu.

Jaaa ne J