Skip to main content

Cerita Raya 2016

7 Syawal J

Alhamdulillah, masih berkesempatan menyambut Syawal bersama keluarga terchenta tahun ni. Mungkin atas faktor usia yang semakin meningkat, aku rasa raya tu semakin bermakna. Lagilah aku yang duduk jauh di Sarawak. Balik pun jarang-jarang. Masa nil ah nak spend masa lebih sikit dengan family pun.

Beraya di kampung sangat best. Bila dah besar, kau pun dah join borak makcik-makcik haha. Tahun ni agak viral pasal soalan cepumas para makcik, “bila nak kawen?” di usia 21 tahun ni mungkin ada yang start bertanya aku. Tanya pakwe, tanya kawen. Aku rasa macam cepat sangat pulak. Hmmm. The struggle was real.

Time raya jugaklah masa terbaik untuk reunion dengan kengkawan. Sebab bila kita dah makin besar, ada hala tuju masing-masing. Time raya la nak jumpa dan update segala benda pun dengan kawan-kawan lama. Disebabkan ada peruntukan cuti etc. Membolehkan pertemuan tu diadakan dan bersebab.

Dan bila kawan kau jemput untuk ke majlis tunang, kau macam, okay dah start dah haha. Raya tahun depan tak tentu turn siapa pulak. Tak tentu lagi sampai ke tidak.

Akhir kata, kepada semua yang mengenali diri ini, saya ingin mengucapkan,

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin J