Skip to main content

Travelog : Itinerary dan Bajet Sabah 3H2M

24 Julai 2016 | AHAD

Masih tak boleh move on dari Sabah, seriously. Memandangkan sekarang Sabah dalam musim hujan, so mungkin korang patut cek ramalan cuaca dulu sebelum beli tiket, okay?

Mount of Kinabalu

Sebab driving ke Kundasang masa tengah hujan lebat memang thriller habis. Kabus tebal di sepanjang jalan, dengan jalan berliku-liku nya. Dah la kau bawak kancil hahaha. Kuasa kancil sangat comel. Masa mendaki tu redha jelah. Biar lambat asal selamat.

Itinerary

Day 1

Airport à Restu Bonda & Katering à Check-in Hotel à Muzium Sabah à Pasar Kraftangan à Pasar Filipino à Kaison à Hotel

Flight kami dari Kuala Lumpur sampai lebih kurang pukul 11.40 pagi. Lepas ambil bagasi semua, kami keluar dari airport untuk dapatkan kereta sewa.

Sebelum apa-apa aktiviti, kita lunch dulu!

Mencari tempat lunch ni kira mencabar jugaklah. Akhirnya kami jumpa tempat makan Melayu Islam, Restoran Restu Bonda & Katering.

Dah kenyang, kami pun check-in hotel, yang terletak sangat hampir dengan kedai makan tadi. Selepas check-in Switz Paradise Hotel, kami memulakan perjalanan ke destinasi pertama, Muzium Sabah!

Disebabkan petang tu hujan, jadi pergerakan kami agak terbatas. Seterusnya, kami ke Pasar Kraftangan dan Pasar Filipino untuk membeli-belah hehe. Dan disebabkan kami terkandas dalam hujan lebat, kami makan malam di Gerai Sri Samudra. Makan malam harini berkonsepkan seafood, yummeh!

 Gelang mutiara air masin, RM30/pcs

Butang baju melayu, RM10/set

Sebelum balik ke hotel, kami singgah jenjalan di shopping mall berhampiran, Centre Point untuk ke Kaison. Saje je cuci mata hahaa.

Kaison Sabah

Dan kembali ke hotel, hari pertama tamat!

Day 2

Check-out hotel à Jesselton Point à Pulau Manukan à Pulau Sapi à Pusat Bandar à Rumah Terbalik à Check-in hotel à KFC à Hotel

Bersiap di awal pagi, kami check-out hotel dan menuju ke Jesselton Point.

 Jesselton Point

 Boarding time 

Setelah mendapatkan pakej island hoping dan watersport, aku membeli roti dan air mineral sebagai sarapan pagi (jimat haha)

Kami menaiki speed boat ke Pulau Manukan untuk aktiviti Sea Walking pada jam 9 lebih pagi. Selepas aktiviti sea walking tamat, kami sempat ber-snorkeling di pantai Pulau Manukan sebelum berpindah ke Pulau Sapi. Kami sempat membeli lunch di Kafe Sapi di Pulau Sapi. Sebenarnya sebab nak jimat masa. Tapi serious, mahal gila hahhaha. Nasi goreng seafood pedas, RM12. Jadi kami share la bayar dua orang J

Bertolak dari Pulau Sapi ke daratan, kami tiba di daratan pada pukul 2.30 pm dan terus menuju ke Kundasang. Perjalanan memang thriller habis. Dengan hujan nya.

Dalam perjalanan kami singgah di Rumah Terbalik sebab dia on the way nak ke Kundasang. Disebabkan sehala jadi kami pun berhenti.

Kami tiba di Nabalu Kundasang Lodge dalam pukul 5.30 petang macam tu. Selesai check-in, dah siap-siap kami pun keluar semula. Kononnya nak tengok sekeliling. Tapi masa tu pun dah gelap. Jalan pun sunyi je takde orang. Kedai makan ada la beberapa area tu. Tapi kami pilih KFC sebab tu lah pilihan paling selamat J

Pulang dalam kekenyangan, tamat hari kedua!

Day 3


Check-out hotel à Desa Dairy Farm à Kinabalu Park à Pasar Kraftangan à Pasar Safma à Airport

Bangun pagi-pagi sebab nak tengok sunrise dan Gunung Kinabalu. Subhanallah, superb! Cantik sangat panorama dia.

Bersarapan potato wedges baki KFC malam tadi dengan teh Sabah yang dibekalkan oleh pihak hotel. Perghhh memang sodap. Dengan teh panas di pagi hari yang sejuk. Asyiik!

Destinasi pertama di hari terakhir, kami ke Desa Dairy Farm. Menjadi pelawat pertama, rasanya macam ‘Desa Dairy Farm ni kami yang punya’ Hahaha

Barn 1

Seterusnya kami terus menuju pulang ke Kota Kinabalu since takut terlepas flight dan kami masih nak membeli belah kat sana hahahaa tak puas kot.

Singgah di Pasar Kraftangan untuk beli souvenirs lagi. Dan singgah di Pasar Safma untuk membeli seafood untuk dibawa pulang.

Dan habis last shopping kami pun menuju ke airport. Pukul 1 petang kami dah sampai kat airport. Check-in luggage lepastu lunch dekat Jesselton Restaurant. Ni pun mahal. Tapi sebab dah lapar. Belasah jelah J

And yeah, kembali ke Kuala Lumpur dengan jayanya!

Bajet

Basic

Malindo Air Flight – RM182.32/Return
Switz Paradise Hotel : RM 70.35/2 PAX
Nabalu Kundasang Lodge : RM 116.40/2 PAX
Kereta kancil Auto : RM 120/2 PAX

Total Per Person: RM 335.70

*Total per person selepas dibahagi kepada dua*

Optional

2 Island Hoping + Student Fees : RM31
Sewa Life Jacket + Goggle : RM8
Sea Walking : RM145
Entrance Fees Pulau Manukan : RM3
Entrance Fees Muzium Sabah : RM2
Entrance Fees Rumah Terbalik : RM10.60
Entrance Fees Desa Dairy Farm : RM5
Entrance Fees Kinabalu Park : RM3

Untuk perbelanjaan lain, semuanya terpulang pada bajet dan kehendak shopping haha

Berharap dapat peluang untuk ke Sabah lagi. Serious, banyak lagi tempat yang nak pergi J

Semoga bermanfaat! J