Kawen


12 November 2015 | KHAMIS

Akhir-akhir ni,
Aku perasan setiap kali bukak facebook, mesti cerita topic kahwin.
Sekali scroll,

“Kahwin muda”

Scroll lagi,

“Kenapa perlu kahwin muda”

Scroll lagi,

“Cinta dan kahwin”

Scroll lagi,

“Kahwin kahwin kahwin dan kahwin lagi”

Aku macam, eh semua orang memang nak kahwin je ke macam mana ni? Adeh. Parah.

*tutup facebook baca komik

“Best kot kahwin muda. Tengok ramai orang kahwin muda sekarang”

K fine la. Memang dah macam trend pun kahwin muda ni. Tapi memang itu je ke yang kita boleh fikir? Takde lain. Lepas kahwin, kahwin lepastu kahwin lagi. Adehh.

Aku tak menidakkan jodoh. Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang benda yang lebih penting dari kahwin.

Dah cukup bersediakah? Dah bersedia nak jadi ibu kah? Dah habes membantu ibu ayah kah?

Aku pun kadang-kadang terfikir gak macam best je kahwin awal ni tapi bila fikir lama sikit jadi tak jadi pulak nak kahwin hahahaha. Banyak oo tanggungjawab. Bersediakah aku?

Aku tak boleh lupa ada satu forum ni aku tengok dekat Astro Oasis.

“Sekarang ni semua orang suka topic kahwin awal, kahwin muda. Semua cerita kahwin. Kalau dah jodoh. Tapi takde pulak nak cerita mati. Mati tu bebila masa je”

Gulp.

Cerita kahwin seronok. Cerita mati sume terdiam.

Fikir-fikirkan lah. Pentingkan apa yang lebih penting.

Cuma kalau kahwin tu jangan lupa ajak eh. Nak gak makan nasi minyak hehehehehehe.