Skip to main content

Top 5 Traveller Apps

3 November 2015 | SELASA

Exam midsem dah habes! Yahoo!

So mood menulis is ON. Hehehe

Harini iols nak share a few apps yang berguna untuk kaki travel.

Rasanya bebudak sekarang ni semua dah ada smartphones kan? Ajaib sekali kalau nak nampak orang pakai phone 3310 di zaman ini. Kecuali la tu phone kedua dia. K tu logic sikit. Untuk alarm ke kan. Haha. Tahan seminggu kot bateri tu.

So disini ada 5 apps yang agak wajib untuk geng berjalan ada. Anda boleh download di Play Store atau Apps Store. Inshaa Allah ada. Kalau takde mohon cari dulu jangan bash iols haha.

Skyscanner



Apps ni basically sangat berguna untuk cari flight murah. Yes, murah. Kenapa apps ni bagus? Sebab apps ni akan susun semua flights yang available untuk destinasi berkenaan termasuklah flights antarabangsa.

Contohnya, anda ingin ke Vietnam. Search je KUL-SGN. Pastu dia akan keluarkan berderet available flights untuk tarikh yang anda pilih. Selalunya Vietnam Airlines lebih murah dari flights dari Malaysia. Dah boleh jimat berganda dah dekat situ. Sebab kalau nak compare Vietnam Airlines dengan Air Asia misalnya, air asia takde provide bagasi dan makan tapi Vietnam Airlines ada bagasi 30kg dan makan sedap lagi heheehe.


 TripAdvisor



Ni satu lagi yang sangat penting untuk travellers. Ni macam all-in-one pocket info. Apps ni provide semua maklumat tentang destinasi yang kita nak pergi tu. Termasuklah hotel, tempat makan best, aktiviti yang boleh dilakukan kat situ. Pengguna apps ni jugak boleh buat review kat tempat-tempat yang diorang dah pergi jadi dalam masa yang sama kita boleh la buat survey berdasarkan review yang diorang tulis.

Trivago



Trivago ni salah satu apps yang sediakan khidmat untuk carian hotel. Sebenarnya banyak sangat apps untuk hotel macam Agoda, Hotel.com dan macam-macam lagi la. Terpulang la nak guna apps mana satu tapi saya guna yang ni hehe. Free booking and free cancellation.

XE



XE ni apps untuk kiraan currency exchange. Penting ya kengkawan untuk kita buat perbandingan duit sebelum fly away hahaha. Kiraan dalam apps ni akan lebih rendah dari di kedai sebab di tempat pertukaran tu dia mesti la ada cas perkhidmatan sikit. Tapi apps ni boleh jadi guideline la untuk tahu purata tukaran asing semasa.

 Waze



Rasanya apps ni dah terlalu femes untuk diketengahkan. Tapi takpe, iols masukkan lah sekali. Sekarang ni kalau sesat je boleh ON waze cari jalan. Jarang dah orang sesat.Tapi awas! Waze juga boleh menyesatkan hahahaa. So agak-agak la jalan tu. Tapi waze sangat membantu lagi-lagi kalau korang ke tempat yang pertama kali dikunjungi. Bila dah ada tempat yang nak dituju, tinggal type je dekat waze dan sampai!


Semoga bermanfaat! Jaa ne!