Skip to main content

Baca Buku JOM!

  
21 November 2014

Alhamdulillah masih bernyawa.

Tetiba rasa nak menulis harini. Haritu aku terfikir, dulu waktu kecik-kecik aku pernah dengar orang berucap kat majlis cakap

Purata rakyat Malaysia membaca buku ialah sebuah buku untuk tempoh setahun

Dan aku rasa statistik lama tu dah lame. Hahaha. Maksud aku zaman sekarang ni sebenarnya orang suka membaca. Yelah tak de lah tertumpu kepada buku pendidikan je. Novel, komik, cerpen, jurnal. Tu kira membaca jugak kan?

Waktu sekolah dulu pun. Kita cuma diadili dengan buku nilam kaler pink tu je. Sape penuh buku tu kira banyak la buku dia baca. Haha. Kira malang la bagi aku yang suka membaca tapi malas nak tulis dalam buku pink tu sebab bila tak tulis aku dikira tak membaca buku. Kan macam zzzzzz je tu hahaha

Oh k sebenarnya aku melalut tu saje je nak luah kan perasaan. ^^

Bila tengok orang sekarang. Even budak muda pun dah suka membaca. So banyak jugak buku buku ilmiah yang berbentuk islamik muncul dalam bentuk bentuk yang comel lagi menawan untuk menarik minat orang memuda ni.

Contohnya, Majalah JOM!

 
Credit : Google


Aku bukan lah promoter berbayar ke apa ke. Aku cuma nak share yang majalah ni superb! Serious best!

Bagi aku la, yang suka kan benda benda cantik comel menawan dan simple. Majalah ni sangat santai dan menyentap ke tangkai hati haha

Pengisian majalah ni berat tapi disampaikan dengan santai. Dengan ilustrasi yang menarik dan senang sangat nak faham. Aku memula try jelah baca sebab macam best. Alhamdulillah memang best! Boleh belajar bahasa Arab, doa doa harian, kisah para Sahabat, tafsir Al-Quran, memacam lah.

Penulis dia pun sume best best. Kalau kenal blogger femes emes, Budak Tomato, Aiman, Iche Kopiah dan lain lain. Haa dorang pun menyumbang jugak dalam penulisan majalah ni. Aku suka tulisan diorang. Sebab rasa dekat sangat. Dekat dan dekat dan sentap tepat terkena ouch! Haha

So yeah, boleh la try k. Majalah JOM!




 
Credit : Google



 Jom baca buku!