Skip to main content

#SindromBudakBusy

Alhamdulillah masih bernyawa. Hari sabtu yang indah dan tenang.

Semalam aku tanya kawan, “Esok kita ada pape tak ek? Macam pelik je takde apa-apa”

Dan kawan aku dengan selamba je berkata, betul takde apa-apa. Ni lah sindrom budak-budak selalu busy masa weekend. Hahaha. The truth is, aku dah terbiasa terkejar sana sini kena buat macam-macam. So bila tetiba masa lapang jadi pelik, rasa awkward.

Sebabtu laa orang kata kesibukan itu sebenarnya nikmat. Kita tak sempat pun nak melagha, fikir benda bukan-bukan. Drama korea, jepun, Hindustan apatah lagi. Memang jauh bara dari api.

Ni bukan cerita budak nak baru nak up dan bajet alim. Ni cerita benar budak yang cuba menyibukkan diri supaya tak terleka dengan masa lapang. Takut kot. Setiap daripada masa yang kita gunakan akan disoal. Worst case, akan ditayang semula di padang masyar nanti. Allahualam.

Masa muda ni kejap je. Let’s say belia sampai umur 40 tahun je. Tapi masa emas zaman muda ni area 20-30 je. Sebab lepas tu in shaa Allah kita pun banyak lagi komitmen lain, dengan keluarga, anak-anak lagi. Mungkin masa tu pun dah tak sekuat masa umur 20-30 ni. Faktor usia dan kesihatan lagi. Jadi ada la dalam 10 tahun kita nak guna sepenuhnya untuk kebaikan dan manfaat kepada orang lain. Sekejap kan?

Tahun ni, aku dah 21 tahun. Ada 9 tahun lagi menjelang 30. Apa yang aku dah buat? Kalau Sultan Al Fateh dah berjaya tawan Konstantinople, kalau Salahudin Al Ayubi dah menang beberapa siri perang, kalau Imam Syafie dah jadi guru yang hebat. Aku? Adehh insof kejap.

Umur kita ni tak panjang. Taktahu pun sampai bila. Mungkin esok, mungkin lusa. Seharusnya kita ni ada perancangan masa depan yang cemerlang. Yang terperinci. Bukan sekadar nak travel keliling dunia, nak ada kereta mewah sebijik dua, rumah 4 tingkat yada yada. Allah, duniawi sangat semua tu. Tapi impian yang lebih tinggi dan mulia. Nak pergi haji, nak bawak parents pergi haji, dan akhirnya membawa kepada tujuan paling sempurna, sorga Allah. Sesungguhnya sorga itu mahal sekali. Tak dapat beli dekat pasar basah. Tapi perlu pengorbanan dari segala segi. Perlunya susah payah.

Aku dah lama terfikir benda ni. Serious. In shaa Allah doakan lah aku kuat. Nak membentuk orang lain perlu dimulakan dengan membentuk diri sendiri. Tulisan ini buat aku khususnya dan buat kalian yang membaca.

Nak jadi baik ni biarlah ramai-ramai. Kalau aku jatuh, tariklah aku semula. Kalau aku rebah, papahlah aku. Kalau aku lemah, lontarkanlah kata-kata semangat.

Doakan aku, aku juga mendoakanmu. Semoga tsabat semoga kuat. 

Khas buat member-ku yang tercayang <3 p="">
P/S: Pabel tunggu gambar raya tahun depan ek hehe