Skip to main content

The Second Quadrant



21 Oktober 2016 | JUMAAT

Remember my older post pasal macam mana nak uruskan masa tu? Okay fine, taktahu. Boleh klik sini. 

Sebenarnya haritu ada pergi bengkel. Dalam tu ada slot The Second Quadrant. Masa memula tu jurulatih bengkel tanya, siapa yang tak pernah dengar pasal ni. And hampir semua peserta angkat tangan termasuklah aku. Cerita dia, memang tak pernah dengar so sis jujur haha

Bila jurulatih mula melukis dekat papan putih. Tahulah aku, yang benda ni rupanya dah lama aku buat. Dah 2 sem. Tapi taktahu pun nama dia apa. Sebenarnya teknik ni lebih kepada wise management. Orang nak hebat dalam management sepatutnya tahu la teknik ni.

Jadi, apa yang aku belajar dalam bengkel tu?

Sebenarnya tak semua orang mampu nak buat The Quadrant ni. Sebabnya semua orang pun berbeza cara pengurusan hidup. For me, yang memang guna teknik ni, aku rasa sangat bagus la. Rupanya selama ni apa yang aku buat tak berapa tepat. Tu laa jadinya bila kita tak berguru. *Kuang kuang kuang*

Al-kisahnya, benda petak-petak ni aku dapat masa aku melawat bilik kawan di kolej kediaman yang sama dengan aku. Bila tengok dia susun setiap perkara yang dia nak buat tu secara tersusun, aku rasa ni satu benda yang patut ditiru. Contoh yang baik dalam pengurusan masa. Jadi, balik je ke bilik aku. Aku terus buat yang sama macam apa yang aku nampak.

Dan sebenarnya, bila aku pergi bengkel ni, tahulah aku yang setiap kotak tu ada ciri-ciri tersendiri. Dia bukan ikut suka je nak letak dalam kotak mana. Sebenarnya ada panduan untuk mengkelaskan kita buat kerja.

Jadi meh I clarify-kan.

1st Quadrant (Important + Urgent) – crisis and emergencies
2nd Quadrant (Important + Not Urgent) – prevention, planning, improvement
3rd Quadrant (Not Important + Urgent) – interruptions
4th Quadrant (Not Important + Not Urgent) – time waster

Jadi, sebenarnya macam mana kita uruskan kerja seharian kita?

Kita tak sepatutnya ada banyak ‘sticky notes’ pada 1st Quadrant. Sebab kotak ni la penyebab kita stress sebenarnya. Jadi banyakkan ‘sticky notes’ pada 2nd Quadrant. So, we have ample time to finish this tasks. As it is prevention, planning and improvements box. Kurangkan 4th Quadrant, lebih baik kosong. 3rd Quadrant pun lebih kurang je.

Moral of the story, bengkel ni sangat bagus. Dan bergurulah untuk setiap ilmu. Jangan pandai pandai haha. kbaii semoga bermanfaat!