Skip to main content

3 Tips Berkesan Menguruskan Masa

10 Mei 2016 | SELASA

Kalau anda perasan, aku makin kerap update blog.

Kenapa? Hm basically, I’m practising my writing skills. Gittew. Sedang mencari the best funkiest coolest way to deliver things and opinion. Doakan please hehe

So apa aku nak share harini, sesuatu perkongsian yang menarik sebenarnya untuk dipraktikkan. Sebab entry harini berkaitan pengurusan masa.

Anda pelajar seperti saya? Atau pekerja yang sangat sibuk dengan tugasan harian? Takpe kita masih ada persamaan iaitu perlu mengurus masa sebaiknya.

Sebelum ni, aku juga mempunyai masalah yang sama. Susah nak atur masa, banyak benda tak setel, sibuk memanjang. Tapi selepas mengamal kan tips ni, Alhamdulillah semuanya boleh setel on time.

Tak percaya, meh usha tips ni J

Disini, aku huraikan 3 tips menarik tertarik the bomb untuk digunapakai dalam kehidupan seharian anda J

Tips 1: Buat Jadual Tugasan Mengikut Kepentingan

Figure 1 shows my task schedule *acah scientific ciked* HAHA


Jadi, jika diperhatikan aku cuba kelaskan segala task seharian dalam 4 kotak.
1.       Urgent – Important
2.       Urgent – Not Important
3.       Important – Not Urgent
4.       Not Important – Not Urgent

Jadi, persoalannya kotak mana yang kene selesaikan dulu?

***

Okay bagus! Jawapannya, Urgent – Important.

Sangat penting untuk kita tahu cemana nak kelaskan segala tasks tu dalam kotak-kotak yang berkenaan.

The best feeling ever bila semakin hari semakin sikit sticky notes yang tertampal kat situ. Lagi bagus kalau dapat sampai kosongkan kotak tu semua. Alahai heaven gila rasa. Haha

Dengan teknik ini, anda akan berpotensi sangat rendah untuk tertinggal kerja-kerja yang ada dateline etc.

Tips 2: Planner


Sebelum ni aku pernah jugak ada planner, tapi tak reti guna hahaha. Last-last simpan je buat pekasam sampai akhirnya dah habis setahun pastu dah tak guna planner tu.

So, cemana sebenarnya nak guna planner ni?

Planner ni sangat berguna untuk orang yang super duper busy, macam aku untuk susun segala meeting, exam, kuliah dan sebagainya untuk memastikan aku tak tertinggal dan lupa apa-apa. Hoho

Jadi bila kau bukak planner, senang la nak rujuk. Oh esok aku meeting dengan kolej, oh Khamis ada iftar perdana, oh minggu depan quiz 10%. Dan sebagainya hehehe

Tips 3: Prinsip “Tiada istilah masa lapang, hanya tugasan yang belum selesai”

Faham tak quote tu?

Sebenarnya aku terjumpa lama dah quote ni. Dia punya effect sentap tu Alhamdulillah sampai sekarang la. Ia seolah-olah mendorong dan menidakkan aku untuk melagha haha. Bagus en. Tepat je dia shoot jantung aku.

Sebab Hassan Al Banna pun ada kata, tugasan kita lebih banyak dari masa yang kita ada. Jadi betullah, sebenarnya kita ni takde pun istilah masa lapang sebenarnya. Kalau kau banyaak sangat masa lapang, percayalah sebenarnya banyak benda kau tak setel tu huhu

Bila berpegang pada prinsip ni, dan bila terasa ada masa lapang, aku akan cek 4 kotak tu balik. Kalau masih ada sticky notes, aku akan segera untuk setelkan task yang ada. kalau takde, cek pulak planner kalau-kalau ada persiapan nak kene buat ke, kalau takde jugak, akhir sekali bukak la buku. Tambah ilmu.

Bukankah bagus begitu?

Jadi, itulah ketiga-tiga tips pengurusan masa yang meletops untuk perkongsian kali ni.

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." ( Al-Asr: 1-3 )

Semoga bermanfaat!