Skip to main content

Hello December


Tahu tak harini dah Disember? Gilaa cepat kot. Dah hujung tahun pheww.

Kata housemate aku semalam,

“Akak, esok dah 1 Disember, akak bila nak start study?”

Soalan ni sumpah tembus jantung hahaha

Aku sengih jelah sambil makan megi tengah malam sebab lapar sangat baru habes meeting masatu.


Dalam hati aku,


“Akak pun taktahu la bila nak start, In shaa Allah secepat mungkin”.


Dalam dunia ni ada 2 jenis orang

Dua orang ni akan memberi respon berbeza bila diberi tugasan,

Ali

“Okay nanti saya buat.”

Abu

“Okay saya buat sekarang.”


Analogi dia mudah kan?

Kalau kita pilih untuk jadi Abu, Inshaa Allah boleh berjaya sebab kita jenis manusia yang tak suka bertangguh. Kalau jadi Ali, suka bertangguh, lepastu lupa pulak, lepastu kerja tak siap, lagi teruk menyusahkan orang pulak, nah setepek haha, kan dah masalah.

Sebenarnya, saje nak bebel. Peringatan untuk diri sendiri jugak.

Jaaa semoga bermanfaat!