Ostajah



18 Disember 2015 | JUMAAT



“Kau ni macam ustazah la.”

Teringat masa sekolah dulu-dulu orang kata aku macam ustazah. Biasalah bersekolah kat sekolah biasa kalau macam baik sikit je daaah macam ustazah hahahaa. Tapi masa tu aku kata,

“Okay apa kalau jadi ustazah pun”

I think on that time, I really mean it.

*******************

Harini aku dijemput sebagai panel, sebagai Ustazah Jana dalam satu talk show yang dianjurkan oleh pelajar final year Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif. Alhamdulillah. Walaupun hanya ‘berlakon’ tapi dapat la feel jadi ustazah kejap. Susah kot. Memacam soalan dia tembak kite hahaha

Mungkin menjadi ustazah tu bukan senang. Perlunya ilmu penuh di dada. Perlunya kekuatan untuk membidas segala yang silap. Perlunya keberanian untuk menegakkan yang betul.
Disebabkan tajuk forum yang dibincangkan tu Hipster, so terasa dekat sangat. Terasa macam hipster sekejap hahaha

Tak tak,

Point dia sebenarnya tak kesah la jadi ustazah ke tak. Tapi tanggungjawab menyampaikan tu ada pada semua orang. Semoga kita terus tsabat In shaa Allah.


Kbai