Skip to main content

Si Kaunter Pertanyaan

Bila cakap pasal kaunter pertanyaan je, mesti aku teringat Isfa - member asasi/biotech/sakura/assignment aku. Tahu kenapa? Sebab dia suka cakap aku ni kaunter pertanyaan bergerak. And I can’t even deny it! Haha

From 1 to 10, how do you rate your approachability?

Aku, 9/10. Yakin gila 😆

Sebenarnya aku tak perasan pun benda ni sampai lah suatu hari tu Isfa cakap,

‘Kau ni memang kaunter pertanyaan bergerak la, serious. Semua orang nak tanya kau. Sebab muka kau approachable sangat!’

I was like, huh?? Apa yang kau merepek ni.

Disebabkan aku memang selalu cerita apa-apa dekat si Isfa ni. So I can relate la. Bayangkan kadang-kadang tu member kelas yang tak rapat boleh tetiba Whatsapp aku tanya pasal assignments. Ada yang tetiba tanya pasal Uber la apa la, anything. Yes, anything. And it is out of nowhere. Tetiba weh! Aku balas jela dengan baik kan. Bukan nya salah pun. Cuma yela, kenapa aku? Haha 😅😅

Bila aku throwback zaman sekolah. Ada sekali tu, masa tengah tunggu bas. Ada amoi China ni sesat nak cari mall tapi English dia tak clear sangat. Dalam ramai-ramai dekat bus stop tu, dia terus menuju ke aku. Aku yang terbelit-belit speaking masatu belasah jela. Aku ingat amoi Malaysian, rupanya pelancong. Haha. Pengalaman betul.

Even kalau dekat fakulti pun, aku tak pasti la dari first year sampai third year ni berapa orang dah yang aku tak kenal tegur aku nak tanya tempat. Padahal ramai weh orang dekat situ. Adeh.  

Ada satu minggu tu, hari-hari ada orang tanya aku. Macam-macam la. So aku cerita dekat Isfa, sebab aku mesti nak tersengih bila ada orang ‘approach’ aku. Memang teruk la kitorang gelak sama-sama.

Esoknya, aku berjalan ke fakulti dari kolej. Dalam hati aku;

‘Okay, harini takde orang tanya aku’

Tak lama lepas tu ada lori lalu. Aku buat tak tahu jela. Sekali lori tu undur weh! Dia berhenti bebetul dekat dengan aku. Dia tanya arah! Hahahaha aku yang rasa nak tergolek kat situ hahaha, terus aku mesej Isfa sebab I just can’t hold the feeling. Adeh. Seharian aku tersengih sampai telinga sebab teringat kejadian tu.

I will miss everything, seriously.

And thanks for those who asking. Sebab bila orang suka tanya aku macam-macam, aku pun kena tahu banyak benda jugak. Kalau aku taktau pun aku akan cari jugak jawapan sampai dapat. It just an unsettle feeling bila kau tak dapat jawab soalan tu. Huhu. Such a complicated feeling.

Bila dah terbiasa sangat, aku pun dah lali. And yeah, im so glad that I can help so many people.

Tanyalah saya, nanti saya jawab😎


Comments