Journey to Kg Empila

11 Oktober 2015 | Sabtu

Akan datang, Biro Bakti PEMBINA UNIMAS akan adakan program PEMBINA Sekampung 2.0
Jadi, semalam kami bertiga (aku, Sabrena, Afiqah) pergilah mencari kampung. Huhuhu
Dari awal lagi aku dah aim nak Kg Empila since Pabel kata kampung tu lengkap dengan segala fasiliti dan pernah dikunjungi pihak KRIM. So yeah kami pun ke sana. Jauh juga perjalanan. Seronok sikit kalau jauh-jauh ni.

Sampai sahaja di Kg Empila, kami mencari rumah Ketua Kampung. Part ni masalah sikit sebab aku segan nak berhenti randomly rumah orang dan tanya. Kami berhenti kat 3 buah rumah. Berpusing-pusing nak cari rumah Ketua Kampung punya pasal. Maklumat semua tak tepat pulak tu. Haha. Dugaan betul.

Yang sorang ni kata depan rumah ada kancil, padahal ada wira.

Yang sorang ni kata rumah warna putih, padahal kuning. Haha.

Akhirnya kami jumpa juga. Alhamdulillah. 

Kami bertiga je yang datang so its kind of awkward. To be frank, aku terasa communication skills aku tahap dewa punya teruk saat tu. Baru aku sedar pentingnya kau outspoken. Aku sumpah tak berani nak mulakan. Sebab tak reti nak susun ayat kasi cantik dan nampak professional. Boleh tahan gagap la aku. Lepastu ada pause lamaaaa pastu baru aku cakap balik.

Ketua kampung nampak cool je. Adakah dia perasan aku gelabah? Heh memalukan.
Nasib baik aku bawak Sabrena sekali. Sabrena la yang banyak cover conversation tu supaya tak hambar sangat. Thanks Sabsab. *nangis

Apapun everything went well. Ketua kampung akan bagi jawapan dalam masa seminggu. Tapi kata beliau, tengok kepada program dan tentative rasanya takde masalah. Boleh je proceed. Cuma sebagai ketua kampung, beliau kene adil dengan jkkk kg yang lain untuk dapatkan persetujuan bersama. Terbaikkk.

Mohon doakan yang terbaik okay? Ni first program aku handle sebenarnya. Cuaks, hehe.

Dan selepas itu kami pun berhuhuhu cari makan tengahari sebab dah lapo.