Skip to main content

Berkatnya Masa


19 Oktober 2015 | ISNIN

Tergerak hati nak tulis pasal ni.

Mak usrah aku kata

“Bila kita ni sibuk, masa kita berkat”

Sibuk tu sibuk buat apa?

Sibuk la. Mana nak pergi kelas, buat assignment, nak pergi program tarbiyah, usrah, kerja-kerja dalam persatuan lagi, study lagi. Pheww semput.

Kenapa berkat?

Bila kita sibuk dengan semua perkara berfaedah. Takde la kerja nya tidur je. Bangun tido online, main game, makan, marathon movie, tido balik. Ish ish ish. Hambar nya hidup.

Nampak tak bezanya?

Sebab tu lah kita dituntut untuk mengisi masa lapang sebaiknya. Pernah tak dengar? Nikmat yang selalu melalaikan manusia ialah nikmat sihat dan masa lapang. Kalau kita ni tak kuat, kalau ada masa lapang mula la nak buat benda-benda tak berfaedah.

Allah sendiri bersumpah demi masa dalam Surah Al-Asr. Sesungguhnya manusia semua dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Mungkin boleh cari lagu nasyid Demi masa by Raihan. Hayati liriknya.

Aku pernah terbaca suatu artikel ni, katanya bila kita ada waktu lapang je, maksudnya ada something yang tak setel. Sebab, sebenarnya TIADA isitilah masa lapang. Hanya masa yang yang terisi dengan perkara berfaedah.

Jadi, jom berfikir sejenak. Macam mana kita nak buat masa kita sehari-hari lebih berkualiti dan digunakan pada kadar maksimum.

Jom mula buat jadual! 

Jaa mata!