Skip to main content

3 Bahasa

27 Oktober 2015 | SELASA

Semester ni aku full credit hours. 22 maximum credits.

Agak dasyat bagi aku sebenarnya. Dengan komitmen kiri kanan atas bawah. Assignment yang menikam jiwa. Belajar lagi. Ya Allah, give me strength.

But, the best thing about this sem is I learn about 3 languages.

Bahasa Melayu
English for Self Expression
Japanese Language Level 2

Dia jadi 3 bila aku amek Japanese sebagai subjek eleftif aku. Boleh bayang tak, BM dan English aku pada hari yang sama. Pagi aku berusaha cakap Bahasa Melayu tanpa rojak. And in the evening I have to speak in English to express myself. It just wow! Hahaha. Dan pada hari jumaat pula, aku kene belajar cakap Jepun. Hoho. *aku tak reti lagi nak buat full sentences dalam Japanese hoho

Bila kau dalam kelas Bahasa Melayu,

Kau akan nampak pensyarah sebijik macam cikgu sekolah. Comel sangat. Aku rasa muda balik. Haahaha.

Suasana akan berubah seperti,

“Baiklah. Harini kita akan teruskan dengan tajuk Laras Ilmiah. Seperti yang kita tahu minggu lepas, dengan izin ‘Program Go Green’ telah diadakan di UNIMAS”

Seriously tak de lansung bahasa rojak. Nak cakap bahasa inggeris pun kene guna ‘dengan izin’. 

Betapa kita yang Melayu ni pun kadang-kadang terlalu terbiasa dengan English. Sampai kan bila part nak translate pergi tanya kawan ‘Apa eh perkataan ni dalam bahasa Melayu? Hm hm susah la nak explain.’ Hahahahahah seeeeee generasi baru ni. Meh. Aku pun susah wehhh nak practice fully cakap baku. I feel you hokay. Chillex.

But, when you’re in English for Self Expression class,

The class be like,

“Okay guys, how are you today? We’ll finish our class earlier today. So if I have exceed the time just tell me okay?”

Dan masa tu lah masa terbaik kau nak goreng English kau yang tak seberapa tu. Lecturer pulak sporting habes. This class really make me express myself. In very different ways. With all new friends. You just being away from your normal typical life. And I had so much fun in this class.

Point paling penting. Bila habes je kelas ESE ni. Mula lah aku meroyan bajet cakap English. Dia macam melekat je kat lidah ni. Broken pun broken lah kan. Practice make perfect, bro. Hehe

Dan bila kau ke kelas Bahasa Jepun,

Kelas be like,

“Ohayou minna-san! Genki desu ka? Owarimashou!”

Dan selalunya aku mengantuk kelas ni hahaha. To be frank, Japanese level 2 agak susah dan lajuuu. 

So agak susah nak catch up. Vocab yang digunakan pun dah laras tinggi. Kalau tertinggal tu memang kene banyak revision la. Naseb la semangat aku masih tinggi. Ke Jepun ke Kita tu satu impian yang pasti, Inshaa Allah.

Kalau time aku terkenangkan impian aku tu, time tu la aku jadi tetiba semangat nak study. Tengok video kat Youtube. Japanese Society helps a lot. Serious bagus tutorial dia. Lepastu mula la aku usha anime jap. Dengar lagu jepun. Usha lirik. Karaoke. Haha. Karaoke lagu Japanese susah kot. Kau akan tertinggal line bila kau sibuk nak baca dia tulis apa next hahaha. Tengok drama. Baca website jepun. Hahaha. Sebenarnya susah, tapi aku tahu aku boleh. Haiyaaaa, yosh!


*****************

Mungkin kalau diberi peluang, aku nak jugak belajar bahasa lain.

Tamil mungkin?

Bahasa Turki atau Bahasa Urdu pun macam best. Hehe. Boleh la faham Shah Rukh Khan cakap apa pasni hoho.

*masih mood midsem =='

Till then, jaa ne J