Skip to main content

True Love Connection

Alhamdulillah, dah Ramadhan ke-3 tahun ni.

Sejak kelmarin, aku ber-Whatsapp dengan nenek tersayang. Tetiba rasa macam homesick gila nak balik kampung. Rindu dekat atuk, rindu dekat nenek.

Maybe bila aku sebut aku ber-whatsapp dengan nenek tu dia macam ‘Wow’ effect sikit sebab nenek aku pandai main Whatsapp. Haha. Tak dapat dinafikan nenek aku memang maju sikit. Membahan pun terer haha. Walaupun nenek aku maju, atuk aku pulak tak suka guna phone. Puas dah anak-anak atuk nenek aku offer nak bagi smartphone dekat atuk, tapi atuk taknak. Dia tak suka.

Disebabkan atuk takde handphone, so kalau nak call atuk, kene la call rumah kampung. Selalunya memang atuk la yang jawab. Hehe. Kalau berborak dengan atuk, tak pernah atuk lupa sebut untuk doakan cucu dia yang sorang ni.


“Atuk, along nak exam ni. Doakan ya”

“In shaa Allah, nanti atuk bangun malam atuk doakan ya”

Disebabkan aku selalu balik sorang ke kampung, jadi selalunya aku pun keluar bertiga la dengan atuk nenek. Dan selalunya atuk akan tinggalkan kitorang tepi mall ke apa ke, lepastu atuk pergi cari parking. And surprisingly, atuk tak pernah gagal menjumpai kami walau di mana kami berada hahaha. Serious, padahal mana ada handphone ke Whatsapp ke nak tanya, tapi tetiba muncul je atuk dari mana-mana arah.

Selalunya aku gelak je, sebab muka atuk selamba je. Nenek yang bising takut atuk tak jumpa atau taktahu nak cari atuk kat mana.

That’s why aku selalu terfikir, macam mana ek orang dulu-dulu berhubung. Dulu manade handphone segala ni. Tapi instinct tu la kuat. Sebab tu la aku kata true love connection. Atas dasar cinta dan kepercayaan, alat komunikasi pun kalah. Hehe.

Nanti orang balik k, atuk nenek tunggu tau. Nak ready list menu dulu😂

Marjanaady
Cucunda yang kuat makan


Comments