Skip to main content

Final Year Project 2, done!

Alhamdulillah. I can proudly said that I’m done with my Final Year Project 2! Yehuuu! 🙆

Seawal pukul 10.30 pagi aku dah ada dalam bilik presentation tu. Datang awal pun sebab nak tengok flow pembentangan projek member-member. Dapat la jugak idea soalan spot untuk part aku nanti. Tapi jadi orang yang terakhir present serious rasa macam bosan gila. Lama kot nak tunggu sampai pukul 4.30 petang!

Disebabkan salah seorang member aku present pagi, so okay la kita datang kasi support sikit.

“Aku rasa kau nanti mesti kene tanya teruk. Sebab muka kau tu confidence sangat” – Isfa

“Ehh dah tu aku nak buat muka macam mana lagi, stress ah aku dengan kau ni” – Aku

Aku tau dia saje nak kenakan aku. But still mulut dia ni boleh tahan masin dia.

Dan selepas beberapa kali rehat – seriously lama gila nak sampai pukul 4.30 petang tu aku rasa. Masa dah pukul 4 petang tu. Aku dah berdebar macam apa dah. Aku fikir cepatlah selesai cepatlah selesai. Tak mampu dah hahaha

“Last presenter of the day, to present her FYP entitled -------“ – Chairperson

Akhirnyaaaa, what a relief!

Aku pun present laa sampai habis. Alhamdulillah semuanya smooth je. Betullah, practice makes perfect. Itulah pentingnya preparation awal! Hehe

Sampai lah masa Q & A. Disebabkan examiner aku memang dari awal dah aktif tembak semua orang, aku dah prepare dia mesti nak tembak aku gak ni. And yes, sangkaan aku tak meleset lansung! Plus, im the worst person yang kene tembak bertalu-talu! Hahaha. Aku taktahu berapa kali cubaan aku nak off slides and blah, tapi the examiner keep asking the next questions sampai laa last tu aku dah blur sebab soalan dia belit tahap super saiya. Hahaha

Sebenarnya aku tahu jawapan dia. Sebab sebelum ke depan tu PG (postgrad student) lab aku dah pesan examiner akan tanya kefahaman je. Make sure faham bebetul soalan dia. Tapi disebabkan dah 2 kali dia pergi rephrase soalan tu sampai aku dah hilang keyakinan nak jawab hahaha. Paling win tu otak aku interpret jawapan tu dalam gambar. So aku taktahu nak describe cemana. Dengan cuak nya lagi. Memang kosong ah otak aku masatu.

Dan akhirnya the examiner melepaskan aku ke tempat duduk asal. Phewwwww. Know what? Tu sesi Q & A paling lama untuk sesi harini! 😳

Perasaan masa tu macam lega, tapi macam sakit hati gak tak dapat jawab haha

Aku terus menuju laju ke meja di mana labmates berkumpul,

“Apa sebenarnya Dr tu nak tadi? Saya tak faham” – Aku

“Dia nak uji kamu je tadi. Dia bagitahu kalau bla bla bla bla apa jadi? Tahu tak apa jawapan dia? – PG student

“Sebab dia akan jadi macam bla bla bla kan? – Aku

“Haaa betul la tu. Kenapa tak cakap tadi? – PG student

“Sebab saya taktahu nak cakap cemana” – Aku


Huwaaaa bapak sedih. My beloved supervisor pun lalu, dan menyapa kami semua,

“Alhamdulillah Im proud of all your presentation today. Semua nampak confidence. Bukan senang nak berdiri dekat depan tu dan bentang hasil FYP kamu semua. Haqi okay. Marjana steady je dari awal. Ad okay. Nazey pun okay cuma kene serious sikit” – Ms SV

“Marjana, awak okay tadi jawab soalan tu. Cuma mungkin sebab awak boleh jawab semua sebab tu yang last tu Dr pusing baik punya sampai awak tak dapat jawab. Sebenarnya dia tanya basic je tu” – Ms SV

“Saya tahuuu, huhuhuhuhuhuhuhu” – Aku

“Takpelah, overall semua okay. Saya puas hati dengan semua presentation harini. Tahniah semua” – Ms SV

Dan kami pun bersurai.

So moral dia, muka takyah konfiden sangat. Haha!

Masa dekat luar bilik presentation, sempat miss tegur aku,

“Petang ni semua orang pun dah lesu dah. Pagi tadi saya nampak Marjana berseri betul” – Ms SV

Hahahaha aku tau maksud dia sebab aku pun rasa cam selekeh gila petang tadi. Maklumlah dah pukul 4.30 petang. Daripada pagi kot bertapa 😂

So yeah, im gonna miss this seriously. Will read this again in the future for sure. Terima kasih jugak yang datang support, labmates yang super supportive, semoga kita sama-sama berjaya dengan cemerlang! 💪


All the best for the rest of the team, esok! Ganbatte! 💪💪


Comments