Skip to main content

Coretan Hati

Sang murobbiyah berkata,

“Kalau kita tidak menyibukkan diri dengan perkara kebaikan nescaya Allah akan sibukkan diri kita dengan perkara yang sia-sia”

Hidup sebagai pelajar yang penuh dengan assignments, labworks, tentu memenatkan bila turut bergiat aktif dalam aktiviti persatuan. Tak dinafikan memang sangat penat. Serious. Tapi bila fikir balik, sekurang-kurangnya masa yang penuh terisi tampak berkat. Sekurang-kurangnya masa diisi dengan kebaikan dan perkara yang memanfaatkan orang lain.

Aku pun pernah rasa marah dan tertekan. Walaupun marah tu tak tahu nak ditujukan kepada siapa. Tapi biasalah, aku juga manusia. Penuh cela dan takkan pernah sempurna.

Dan selepas segala kepayahan berkurang sikit demi sedikit. Masa aku makin banyak. Sekarang makin lapang.

Percaya atau tidak? Aku bosan. Aku rindukan masa aku yang sibuk, yang terisi dengan program yang memenatkan badan. Sekurang-kurangnya jiwa aku turut terisi. Bila dah lapang ni, aku rasa kosong. Jiwa aku kering.

Betapa beruntungnya hidup dalam jalan yang penuh dengan perkara kebaikan. Aku yang ada masa luang sikit pun dah rasa serba salah. Rasa nak cepat-cepat beli buku baru, baca website-website ilmiah sebab nak tambah ilmu. Sebab aku takut, masa aku terbuang macam tu je tanpa bermanfaat kepada orang lain.

Betapa beruntungnya hidup orang yang sentiasa berfikir masalah ummat, masalah rakan-rakan sekeliling dalam membantu mereka mendekati Allah.

Kadang-kadang aku terfikir, kalaulah dulu aku tak jumpa ‘mereka’, mungkin aku dah lama hanyut. Syukur pada Tuhan. Alhamdulillah. Terima kasih untuk nikmat yang tak terhingga ini. *nangis

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar daripada Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar” – At Taubah: 111

Comments