Skip to main content

Si Comel Ethan

Cerita dua hari lepas, aku terpaksa balik ke Kuala Lumpur selepas mendapat perkhabaran wan yang sakit tenat. Dan kepulangan secara mengejut itu menemukan aku dengan Ethan.

Ethan, mengingatkan aku pada Tom Cruise dalam filem Mission Impossibble 😁

Oh budak kecik comel ni aku jumpa masa dalam flight Air Asia dari Kuching ke Kuala Lumpur. Aku rasa memang style Air Asia kalau book flight lambat dapat duduk dekat Hot Seat. Nice laa. Hot seat kan.

So yeah hot seat telah menemukan aku dengan Ethan yang comel. Ethan bersama neneknya dari Bau travel ke Kuala Lumpur untuk berjumpa ibu Ethan di Melaka.

Since nenek ni pun macam ramah juga, so kami pun berborak sambil memecah kesunyian di ruang udara hewhew

“Ni cucu nenek ke?”

“Ya. Saya jaga dia dari lahir, dah 3 bulan dah”


“Oh ya ka. Comel betul. Ni nenek mau pergi mana?”


“Mau jumpa ibu dia. Saya suruh ibu dia berhenti kerja jaga anak-anak. Kami ni dah tua tak larat nak jaga anak kecil. Ni nak jumpa mak dia nak bawak dia balik sini dengan semua barang”


“Dia tidak menyusu badan?”


“Tidak. Sebulan jak. Lepas tu terus minum susu botol jak sebab mak dia dah balik kerja”


“Oh ya ka, lepas ni mak dia pindah balik Sarawak?”


“Ya, semua pindah balik sini”

And the conversation went well sampai la kami selamat mendarat di KLIA2. Mujurlah aku jumpa nenek ni. Banyak betul barang dia. Dapat la aku tolong bawakan.

Thinking of this, besar pengorbanan nenek budak ni. Besar juga pengorbanan ibu dia. Siapalah kita nak menilai kan?

Looking at this cute liltle boy, my heart melts. Haih. Dia buat aku rasa tak nak kerja lepas kawen. Am I too far? 😅

Hope to see you again, Ethan!

Much love,
Marjanaady




*post ini ditulis pada hari pulang ke Kuala Lumpur (2 Mei 2017)

P/S: Arwah wan telah kembali ke Rahmatullah pada 3 Mei 2017, jam 6.03 petang. Sedekahkah al-fatihah buat wan. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh.

Comments