Skip to main content

TheSIS

Baru-baru ni ada troll pasal TheSIS yang tebal, kalau TheBro dia maybe satu muka surat je. Aku rasa hambar gila kot haha kbai

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas *hiperbola akhirnya thesis aku berjaya disiapkan. Sesungguhnya thesis ini tidak akan berjaya dilengkapkan tanpa insan-insan yang sangat baik hati tolong check content, review thesis, tolong check grammar, tolong buat numbering paging, teman bonceng naik motor pergi print thesis, dan tak lupa juga yang bagi moral support. Semua bentuk bantuan adalah sangat dihargai.

Dengan sampainya thesis ini ke tangan programme coordinator dan supervisor makan berakhirlah ‘penderitaan’ aku *hiperbola kuasa dua. Jadi, sekarang fokus perlu kepada final presentation.

Aku sangat mengharap yang semua orang dah balik masa aku present nanti. Acah-acah kejutan sebab nak tengok aku present adalah tidak dibenarkan. Oh please, jangan ulang macam masa proposal, cuak teruk aku. Amaran keras ni haha.

Mohon doa dari jauh je okay. Semoga dipermudahkan segala urusan. Sikit je lagi ha. Yosh!

p/s: tak sempat nak snap gambar thesis, excited sangat nak hantar 😂


Comments