Kisah Seorang Abah

Assalamualaikum, harini rasa ada mood nak bercerita. Cerita harini kisah seorang abah 😌


Dari kecil, memang aku lebih rapat dengan abah berbanding mak. Mungkin sebab aku anak sulung. Tapi memori zaman kanak-kanak bersama abah masih segar dalam ingatan. Macam-macam peristiwa dan kenangan yang aku masih ingat.


Aku ingat abah pernah ajar aku cara makan buah kopi,


Aku ingat abah pernah ajak main hujan sama2 sampai kuyup hahaha seronok gila


Aku ingat abah pernah bawak pergi kait buah sentul,


Aku ingat setiap kali hari jadi aku abah akan bagi aku hadiah ikut permintaan aku,


Aku ingat setiap kali aku bagitau result aku bagus, abah akan tersenyum bangga dan belanja makan sedap-sedap. Walaupun zaman tu kami hidup susah,


Aku ingat bila aku dapat B dalam SPM dan bukan straight A’s aku peluk abah dan menangis teresak-esak, sampai semua org ingat aku dapat result teruk tapi abah tenangkan aku dengan sangat lembut dan akhirnya aku bertenang dan terima kenyataan yang aku tak dapat straight A’s


Being your dad’s fav is a privilege. Well, i think im my dad’s fav haha 😂


And since then, aku jadi sangat2 patuh dengan abah. For me, thats how i pay for all the good deeds and memories. Nak bagi duit, duit sendiri pun tak banyak. Jadi apa yang mampu tolong aku akan tolong.


Kalau aku nampak abah susah, aku akan jadi susah hati sangat. Kesian betul. Mengalir je air mata bila teringat abah. 


For me, orang yang tak pernah susah memang tak kan faham dan tak boleh faham. Sebab tak semua orang ditakdirkan hidup senang. 


Tapi berapa ramai orang yang hidup senang dari kecik tapi masih tak bersyukur. Nilai syukur ni yang paling susah kita nak terapkan dalam diri sebenarnya.


Walaupun abah masih kuat dan sentiasa tersenyum tapi kadang-kadang abah lupa yang abah dah tua. Abah dah tak kuat macam dulu. Tapi abah terpaksa kerja kuat untuk sara keluarga.


Kadang2 aku fikir kenapalah Allah uji abah aku sebegitu, dia dah lama susah. Dapat merasa senang sekejap tak sampai 3 tahun. Allah uji lagi. Besar sungguh pengorbanan abah.


Betullah, lagi kita beriman, lagi kuat ujian kita. Abah tak pernah buat jahat dengan orang. Semoga Covid-19 ni cepat pergi. Semoga abah terus kuat dan cekal.


Dan lelaki yang takkan buat kita down, yang takkan sakitkan hati kita, dan akan tetap sayang kita tanpa syarat, itulah abah ❤️


I love you, Abah


P/s : aku memang tak banyak gambar abah, nt nak amek lah banyak-banyak hehe simpan

Comments