LANGKAWI 2020

Helooo peeps! Assalamualaikum!

This post have been a draft for sooo long! OMG i cant even manage to finish it 😆

Sebenarnya,

12-14 Januari lepas, kami ke Langkawi. Trip pertama abah, bonda dan Thoriq dengan flight. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. I will try mabest to include every moments yang kami lalui selama 3H2M di sana. Inshaa Allah

Air Asia Free Seat

Tiket yang kami beli sangat murah rentetan pembelian yang dilakukan semasa free seat tahun 2018! Hah, 2 tahun baru dapat fly k. Masa tu Thoriq pun takde lagi. Disebabkan harga baby memang flat rate so takde isu lah

Perjalanan mengambil masa less than an hour. Yang paling merisaukan sebenarnya adalah keadaan Thoriq semasa di dalam flight. But, Alhamdulillah, semua nya baik-baik sahaja.

Disebabkan dia dah bangun terlalu awal pagi tu, he simply went to sleep right away flight tu bergerak nak depart.




Day 01 : Dataran Lang - Wildlife Park - Under Water World - Pantai Cenang

Hari pertama, after landed. Dah janji nak pick up kereta sewa. Isi minyak dan terus ke Dataran Lang. Kedai pun belum bukak lagi sebab masih pagi. Jadi kami pun ke sana untuk gambar kenangan family kecik. Nanti dah besar si Thoriq boleh la tunjuk kat dia. Gituu.

Next stop, Wildlife Park di area Kuah.

Harga tiket jauh lebih murah bila beli online. Kami beli di Tripcarte.asia. So recommended.

Bila sampai kaunter, tinggal tunjuk barcode dan ic sahaja. Dan akan dapat tiket sebenar. Kami beli jugak feeding voucher yang dijual 1 pack - RM8. So sambil jalan tu boleh la bagi haiwan tu semua makan.


Honestly, tempat ni adalah sangat wajib dilawati kalau ada anak. Sebab sangaaat best. The nature feeling tu memang real. Semua haiwan mostly dibiarkan bebas. Bagi mak mak penakut, ia sangat menakutkan la. HAHAHA. Tapi untuk budak, macam pembelajaran luar kelas yang sangat membantu tumbesaran. Haa macam tu.


Hampir tengahari juga kami di Wildlife Park. Selepas tu, terus lunch di area Pekan Kuah.

Next stop, Underwater World Langkawi, Chenang

Tiket UWW ni pun dibeli online dan jauh murah dari kaunter. Tiket UWW ni kami beli di Klook.my

Disebabkan first time purchase on Klook dapat 20% off lagi. Berbaloi-baloi


Unfortunately, disebabkan dah terlalu penat dan mungkin agak pack untuk hari pertama sampai ada dua tempat lawatan, kami semua not really enjoy the moments.


Semua pun dah lembik. Thoriq lagi laa. Tak heran dah. Muka penat gila hahaha

Bila dah macam tu, jalan laju-laju menuju exit. Dan terus menuju ke hotel untuk beristirehat.

Destini Akef Villa, Cenang

Power nap is really powerful,

Bila dah bertenaga semula, kami keluar lagi. Kali ni ke Pantai Cenang pulak. Perjalanan dari hotel tak sampai 10 minit pun. Kami menginap di Destini Akeef Villa. Naisyo!





Jalan pemandangan sunset di Pantai Cenang, makan aiskrim, beli selipar pantai haha, and the rest is about the beautiful sceneries

Makan malam di Selera Lubuk Buaya! Murah dan sedap. Strongly recommend. 👍👍



Day 02 : Oriental Village - Cable Car - 3D Art Museum - Idaman Suri - RAMS - Al Ikhsan

Berpagian ke Oriental Village. Walaupun hakikatnya lambat jugak la. Tapi biasalah bila dah ada anak kecik. Please expect some delay. Haha gituu.

Lepas sarapan di hotel, terus ke Oriental Village. Sebenarnya dah beli Express Lane Ticket via Klook.my tapi rupanya Klook.my dah takde contract dengan Langkawi Cable Car. Terpaksa pulak beli je tiket baru, redeem refund kemudian. Konflik la sikit nak beli express lane ke tak, sebab jauh bezanya. Akhirnya, kentalkan hati jugak beli je.




Andddd Alhamdulillah so worth it. Smooth je. Takyah beratur lama bagai. Well, for me bila dah ada anak ni semua benda kena consider. Macam ni, walaupun mahal sikit tapi anak kau tak sempat menangis pun sebab panas menunggu ke apa kan, so okay laa. Mood holiday kita pun lebih terpelihara hahaha



Sebenarnya lepas cable car nak pergi Dome tapi sebab tunggu lama sangat kami patah balik, masuk 3D Art Museum pulak. Knowing my hubby dia memang malas nak pergi tempat gini tapi ai paksa jugak dan akhirnya dia tewas lol

Surprisingly, my husband enjoyed it too! Hahaha. Takjub kejap sebab memang 3D art tu nampak macam real. So artistic! Hebat laah. Sampai sekarang aku amazed. Tempat nya pun sangat besar. Kena laa dengan gelaran The Biggest 3D Art in Malaysia. No wonder.



Lunch di Oriental Village bersama secawan Tealive di tengah panas litlit memang fuhh padu

Lepas dah kepenatan dan belajar dari kejadian semalam tu, kami terus check in hotel. Rehat dulu baru teruskan perjalanan

Greenish Hotel, Kuah

Sesuai dengan namanya, hotel ni memang penuh kehijauan dan interior design dia memang konsep hijau semata. Haha. I bet mesti MIL suka hotel ni 😜

Berehat sebentar sebelum sesi yang lebih mengujakan di sebelah petang. Shopping!



Hari kedua ni macam hari buang duit la hahaha. So lepas dah rehat di dalam hotel. Kami bergerak menuju ke Idaman Suri. Laki aku dok pandang je macam pulis. Tengok sini, tengok sana, pastu tanya,

"Brand ni femes ke?"

"Yang ni macam tak pernah dengar je."

"Betul ke murah ni?"

Padahal menahan diri hahahahaa sebab dia ni memang sejenis suka barang-barang rumah 😆😆

Disebabkan dah bagitau nak survey dulu, so lebih kepada cuci mata je di Idaman Suri ni.





Next stop, RAMS di Pekan Rabu

Haa masa ni lagi rambang mata sebab lagi banyak pilihan. Compared to Idaman Suri, RAMS lagi banyak pilihan dari jenama yang memang dah well-known macam Corelle, Tefal, Vintage etc. So lagi seronok laa memilih pinggan mangkuk ye macam beli kain pulak 😝

Usaha menghabiskan duit diteruskan lagi ke Al-Ikhsan yang tak jauh pun dari RAMS ni. Konon nak tengok je, tapi bila dah masuk tu tetiba rasa macam selipar takde pulak padahal dah belambak wehhh hahaha. Laki aku menurut jela malas nak cakap banyak dia kata. Selamat RM100 untuk sepasang selipar hitam pink jenama Nike dan sepasang kasut jenama AL. Gitu.




Dah petang tu terus pergi Cenang, since semalam tak puas so datang la lagi sekali. Kali ni makan kat beach area, tapi malangnya tak sesedap yang semalam tu.

Day 03 : Hotel Greenish - Kompleks HIG - Jom Ikan Bakar

Hotel yang kami book ni Langkawi ni memang sengaja pilih yang ada pool. Tapi disebabkan terlalu penat masa kat Cenang. Pool tu tengok jela, tido lagi best hahaha

So masa sampai di Kuah, kita luangkan masa untuk berehat di pool bersama Mat Thoriq. Gigih abah nya mencari pam di kedai area Cenang. Nasib la dijual murah ajo. Hehe





Berpagian di dalam kolam dan siap-siap pergi shopping pulak. Mujur hotel dengan HIG Complex ni dekat gila. Memang jimat masa. Menyopping segala datuk nenek dan ubat-ubatan. Lepastu repacking barang dan check out dari hotel

Lunch di area Padang Matsirat sebab dah dekat dengan airport. Jom Ikan Bakar ni memang port makan wajib singgah bila dah sampai Langkawi. Lauk pauk dia boleh menjadikan korang orang yang tamak. Hahahaaha sebab rasa macam nak ambil semua. Harga sangat murah. Tak yahudi lansuung pulak tu alahaii seronok.





Lagi satu, boleh try coconut shake abang yang jual sebelah kedai makan ni. Mabeles. Dari dulu sampai laaa ni, rasa dia cemtu jugak. sis sukaaa.

Singgah di Beras Terbakar untuk shopping kali terakhir. Last time, rasanya kat sini memang murah. Rupanya tshirt beli kat Cenang lagi cantik dan murah. Tapi sebab dah takde masa nak ulang shopping. Beli jela nak. Hahaha

Dan akhirnya, kami ke airport untuk pulang ke pangkal jalan 😆

Jumpa lagi Langkawi!





Comments