Home Sweet Home

Hi everyone!

Harini nak share pasal pengalaman membeli rumah pertama.

.
.
.

Julai 2018,

Kami suami isteri tekad nak cari rumah. Nak sewa rumah macam tak berbaloi, jadi bila fikir lama-lama, kami pun mampu. Dengan sedikit ilmu di dada kami pun tekad nak beli rumah sendiri.

Perjalanan mencari rumah ni tak senang ya. Petang-petang pusing kawasan perumahan cari rumah subsale, masuk taman-taman baru nak naik, amek contact number, masuk rumah contoh and repeat!

Semua pemaju dah dihubungi, kebanyakan semua dah sold out! Yang tinggal selalunya unit tengah atau yang harga nya terlebih dari kemampuan. Actually kalau ikut gaji lepas, cuma kalau boleh ambil laa yang tak perlu ikat perut pulak nanti. Ada jugak yang harga mahal ya ampuun tapi rumah kecik cenonet je. Macam tu lah.

Niat dihati memang nak amek rumah undercons (baca: under construction) tapi nampaknya semua pun dah habis kene booking. Memang rasa mcm dasyat nya. Laku keras kawasan ni. Hot habis. Haha.

Jadi, next step try pulak ke rumah jenis subsale.

Subsale ni senang nak cari sebab boleh usha di Mudah.my atau website property. Setiap hari rutin kami laki bini, mesti bukak apss Mudah.my tengok kalau kalau ada upload yang baru. So bila berkenan, terus contact seller.

Alkisah terjumpalah rumah yang berkenan,

View rumah subsale pertama,
RM300k
Semi-D
3 bilik, 2 bilik air

Rumah tak besar sangat tapi ada kawasan tanah yang sangat luas, nama pun semi-D kan. Tapi tengok kepada kerosakan, kalau ada 20-50k cash boleh laa terus renovate jadi cantik 😅 Tapi masalahnya wang nya pun nipis gitu. Rumah pulak jadi kawasan segala keluarga kucing beristirehat. Alalala memang tak laa hahaha

Misi mencari rumah subsale diteruskan lagi,



View rumah subsale kedua,
RM330k
Teres setingkat,
4 bilik, 2 bilik air
Include loteng, kitchen cabinet, grill, awning, kipas & lampu

Masa view ni pergi berdua je dengan adik. Suami kerja jadi tak dapat ikut sekali. Taktau kenapa, tengok sekali terus jatuh suka. Mungkin sebab konsep tuan rumah yang minimalist, perabot pun kurang. Simple je deco rumah dia. Bilik pun banyak. Banyak benda dah ada.

Jadinya, cakap kat agen. terus setuju 😌

Balik rumah, bagitahu suami, nak beli rumah tu. Suami pun okay je.

Dan bermulalah proses tukar nama dan sebagainya. Semua tu lawyer yang settle kan, kami cuma dapat update je.

--

Setiap bulan Whatsapp lawyer tanya update, tanya bila boleh dapat kunci, tanya berapa lama lagi nak selesai prosesnya

Dan berlarutan sehingga setahun lebih!

--

27 Julai 2019

Bayaran rumah pertama ke CIMB

Sebenarnya taktau pun dah kena bayar. Dapat tau pun sebab CIMB call kata dah overdue payment rumah. Memang berkejut beruk lerr. Terus bayar cepat-cepat.

Masa ni kami masih tak dapat kunci lagi, haru juga. Mak abah, MIL dah bising, kenapa dah kena bayar walaupun tak duduk lagi

Mesej lawyer,

Katanya memang macam tu lah procedure nya. Sebab first disbursement dah dibuat jadi memang la dah kena start bayar. Jadi kami yang masih rasional ni teruskan bersabar walaupun hakikatnya penat menunggu setahun lebih proses tak selesai lagi huhu 😅

--

24 Ogos 2019

Setelah bayaran kali kedua ke CIMB, baru harini dapat kunci dari owner. Dapat kunci dan kami pun view rumah sekali.

Excited,
Happy,

Akhirnyaaa, dapat jugak rumah subsale yang dibeli setahun lepas, phew! Lega! 😌

Tapi rupanya, dalam kegembiraan orang lain, ada yang tengah berduka 😭

--> Encik Suami

--

Disebabkan itulah kali pertama suami tengok rumah, dia rasa rumah tu macam sangat kecik dan tak berbaloi dengan harga belian, jadilah penyesalan yang tak berpenghujung

Nak marah beriya pun nasi dah jadi bubur, nak salahkan bini tak sampai hati, jadilah murung sekejap dua-tiga hari 😔

Kita sebagai bini ni memang dah masak sangat dengan perangai laki kita, so memang dah boleh agak dia ni kenapa. Dan sebab bini ni pulak jenis hati tisu. Kerjanya menangis jela siang malam hahaha

Nak cerita dasyat betul penangan dapat rumah ni, memang macam-macam jadi

--

4 Sept 2019

Harini dah seminggu lebih selepas dapat kunci,

Emosi pun dah semakin stabil,

Barang pun tengah slow-slow beli,

Idea pun tengah banyak nak deco itu ini,



Jadi, mohon doa semua agar usaha kami dipermudahkan.

Tak senang ya nak beli rumah. Nak beli rumah subsale ke undercons ke semua ada cabaran dia. Well, since aku memang beli subsale so in shaa Allah there will be more updates regarding this. Sharing this supaya orang faham dan bersedia terima apa jua kondisi dan risiko dalam membeli rumah subsale, gitu.

Till next post! Jaa ne 💋

Comments