BUDAK BERTUAH

hello peeps!

Well macam biasa, hidup memang tak selalunya indah. Sebenarnya harini super busy sampai anak merajuk tak kena layan. Taubat bonda nak busy sangat lagi macam tu. Pening nak pujuk gaya mana nak kasi anak tak meraung hoho

Alkisah beberapa bulan lepas, maybe lebih kurang lepas bersalin la. Masatu mintak tolong husben belikan bengkung moden yang zip-zip tu dekat kedai fiffy. Jadi suami mithali ni pun pergi la membeli nyaa. Rasanya itulah benda terakhir yang kami beli dari kedai Fiffy.

Nak jadi cerita, hari tu bukak fesbuk nampak laa Fiffy annouce lucky draw. Dalam hati ni cakap,

'Oh ada lucky draw ke? tak perasan pulak. Kalau tak boleh join'

Lepastu scroll jela lelaju sebab rasanya memang takde kaitan haha

Bila tetiba pada hari yang sama dapat mesej Whatsapp suruh tuntut hadiah, i was like, 'Wehhhhhh dapat hadiahhh!'

Terus lelaju tengok list pemenang, dan no ahli kat kad Fiffy tu




And surprisingly, kami menang grand prize!

Allahu, rezeki Thoriq betul lah!

Cecepat Whatsapp abah Thoriq, excited benor sampai google hadiah tu. Sebab nama dia pelik sangat haha. Bila google, terkejut beruk aaa. Mahal weh hahaha

Alhamdulillah rezeki anak. Allah tak pernah hantar rezeki salah alamat kan. Untung Thoriq.

Dan berlanjutan lagi laa excited tu 😂😂

Kali ni pergi tengok kat main page HQ Fiffy pulak. Rupanya ada video lucky draw tu. Gigih laa bonda ni tengok sampai laa jumpa no kad ahli Thoriq kena sebut. Syukur. Dalam banyak-banyak bil atas meja yang diorang lambak tu, no kad Thoriq yang naik. Haila haila, bonda is sooo over excited! 😝😝😝

___

Masa redeem hadiah, seller kat kedai Fiffy tu sapa,

'Eh ni lah yang menang grand prize tu ya?' Tahniah, rezeki anak puan'

And since dorang susun hadiah tu menggunung, bila kami redeem car seat tu, gondol la gunung hadiah tu. So point dia yang hadiah Thoriq paling mahal laa, atas sekali haha

__

dan selepas beberapa ketika, harini baru ada masa nak test pada empunya car seat yang mahei ni

tau dak hang pas ni dah kena duk dalam ni? 😆😆

Comments