Thoriq Addin

Assalamualaikum peeps!

Pada 10 April 2019 yang lepas, telah lahirnya seorang putera yang diberi nama Muhammad Thoriq Addin pada 10.27 malam di Hospital Tungku Ampuan Rahimah Klang seberat 3.13kg.

Sesungguhnya, pengalaman mengandung dan melahirkan Thoriq sangaaat istimewa dan takde sikit details pun yang boleh aku lupakan. Seriously semua berlaku dengan sekelip mata.

Masa pertama kali tengok Thoriq ditarik keluar dan ditunjukkan pada aku, aku tak nangis tapi perasaan bercampur baur. Indescribable. Speechless teruks. Tak sangka aku dah jadi 'Bonda'.

Allahu, nikmat apa lagi yang ingin kau dustakan? 😭


___

Pagi 10 April,

Aku dah rasa contraction malam semalam tu lagi, kerap dan teratur. Sakit - hilang, sakit lagi - hilang. Dan berlarutan sampai pagi. Pergi google jap, 'What can induce labor?' Salah satunya mandi air panas/suam.

Jadi pagi yang indah dalam sakit sakit hilang tu aku pun mandi air panas. Tengah syiok mandi tu tetiba sakit kuat! Haha nak sangat kan!

Suami yang tengah siram pokok berlari masuk rumah lepas adik aku panggil bagitahu aku dah sakit nak pergi hospital. Disebabkan aku dah sakit start malam semalam tu, suami aku dah bagitahu ofis siap-siap tak masuk ofis harini.

Dalam kelam kabut nak pergi hospital tu, start enjin terus pergi je. Tetiba kat simpang depan rumah terfikir, kenapa tak bawak mak sekali ya? nanti sape nak tolong papah sebab suami nak kene cari parking. Ha, sudah. Terus pusing balik. Rupanya mak aku dah siap nak ikut tetiba kene tinggal je hahahaah sadis betul 😆

Terus ke HTAR, sampai dalam 10.30 pagi. Register dan terus masuk PACS untuk check up. Doktor cek dah 3cm, terus tolak ke ward.

Suami hantar barang semua, habis waktu melawat keluarlah dia tunggu di surau. Masa melawat petang suami datang lagi dengan mak. My mother in law pun datang dengan Maklang & Paklang (sebelah suami) dan Mama & Ayah (sebelah abah). Dapat coklat, makanan. Walaupun aku ni sejenis pemakan, tapi bila dah sakit semua tu dah tak lalu.

Tengah cakap dengan suami, tetiba sakit datang. Mengerang kejap, diam --- lepastu cakap balik. And repeat. Paklang kata, "Tak malam ni, esok pagi bersalin la tu"

Oh apa yang Paklang cakap sebijik doktor cakap masa check up tadi.

Teringat aku ada baca, satu lagi cara nak induce labor, bila contraction datang je tunduk. Buat setiap kali contraction datang, jadi boleh bantu baby ke bawah dengan lebih cepat.

Jadi aku pun praktikkan pergerakan tu dari petang selepas doktor shift petang check bukaan masih 3cm. Keciwa sister. Maksudnya macam lama lagi la tu nak tunggu kan.

__

9.15 malam

Malam tu sakit makin kuat. Jadi bila sakit - tunduk, sakit - tunduk. Sambil-sambil Whatsapp suami sebab masa melawat dah habis. Suami pulak baru nak cari makanan kt Aeon terdekat.

Masa tengah sakit dan tunduk, tetiba 'Poop'!

Ada bunyi macam belon pecah dan banjir kawasan aku duduk tu dengan air. Air ketuban dah pecah!

Sebabkan first time dan takde pengalaman, so aku cam freeze kejap tengok air melimpah keluar tu. Suam-suam air tu keluar dari salur peranakan. Terus mesej suami dan dia pun bergegas balik. Nurse terus suruh duduk atas katil dan bertenang. Doktor datang nak cek bukaan, dah 5cm!

Tetiba perut aku rasa nak berak, rasa nak meneran gitu.

"Nurse, saya rasa macam nak berak la"

"oh yeke, kejap saya cek"

Nurse pun cek sekali lagi bukaan, selang berapa minit je dari masa doktor cek bukaan sebelumnya.

"Dah 7cm!" , nurse kata.

"Awak teran macam nak berak, saya nak bantu awak untuk cepatkan bukaan ni"

"Okay nurse"

Aku pun buat jela macam nurse tu suruh.

"8 cm!"

"9 cm!"

"10 cm!"

"dah call labor room kosong tak, kita dah kena tolak patient ke sana ni"

Punyalah aku terkebil-kebil apa yang berlaku ni. Cepat betul dah 10cm!

Masa tu dia punya sakit Allahu, tak tergambar. Memang rasa nak berak je tapi tahan la sebab tak sampai labor room lagi.

Ingatkan suami boleh masuk, rupanya tunggu di luar je. Masa nurse dan doktor tengah kalut siapkan semua alat dalam labor room, aku jerit.

"Doktor, saya rasa nak berak sangat dah ni!"

Doktor cek baby memang dah nak keluar. Lepastu doktor terus ajar untuk push.

"Kalau awak rasa sakit contraction push ya"

Lepastu aku diam je. Doktor kata kat monitor kata aku tengah sakit tapi aku diam je.

Sebenarnya sebab panik sangat, aku pun tak rasa sakit walaupun sebenarnya sakit gila. Jadi doktor dan nurse yang guide. Bila kat monitor tunjuk tengah sakit, dia suruh push. Selepas 3 kali push akhirnya keluar lah seorang Muhammad Thoriq Addin. Alhamdulillah.

dan proses selepas melahirkan adalah proses yang paling perit untuk diingat. Pengalaman kena jahit hidup-hidup memang scary. Walaupun dah bius tetap sakit gila. Tuhan je tahu.

Walaupun dah bersalin pukul 10.27 malam, segala procedure selepas tu sampai 1 lebih pagi baru aku ditolak semula ke dalam wad.

Suami terkejut sebab tau-tau je diberitahu isteri dan baby dah ada dalam wad huhu

Muka laki ai sangatlah speechless. Dia macam mamai je masa tengok aku dan baby. Muka dia masa tu memang speechless teruk.



Masa suami aku angkat baby dan azankan, mengalir air mata aku tengok. Allahu, macam ni ke rasa bila dapat baby? Syahdu sangat. Berat terasa bahu dengan amanah baru yang Allah kurniaan. Tapi feeling dia Ya Allah happynyaaa tak terkata.

Inshaa Allah bonda & abah akan cuba sedaya upaya untuk berikan yang terbaik! Yosh! 💪

__



Buat anakku Thoriq,

Tatkala kau membaca nukilan ini, mungkin masa ni kau pun dah besar. Ketahuilah, bonda dan abah sayaaaang sangat Thoriq. Semoga membesar menjadi anak yang baik dan soleh ya. Membesarlah dengan sihat dan berbakti semula kepada keluarga, bangsa, negara dan agama 💞

We love youuu 💋

Comments